“Weh!!! Faris mana?” Lan mencari-cari kelibat kawannya itu.
“Awal pagi tadi dia dah keluar.” Jawab Haidier seketika sambil menikmati hidangannya itu.
“Awal betul.”
“Bukan macam kau.” Sampuk Sam lalu tersenyum sinis.
“Hmmm. Yelah, asyik aku jelah yang kena.” Lan hanya memandang ke arah Sam lalu dia terus menarik kerusi untuk duduk bersarapan bersama dengan mereka.
Lima belas minit kemudian…
“Korang, aku gerak dulu.” Sahut Sam setelah selesai sarapan pagi bersama dengan sahabat-sahabatnya itu.
“Aku pun sama. Pape, roger.” Haidier bergegas ke arah ruang tamu untuk mengambil beg galasnya.
“Haa, kay kay. Leklok.” Jawab Lan.
“Haa, okay.” Sahut Sam dan Haidier.
Mereka bergegas menyiapkan diri mereka untuk menuju ke destinasi mereka masing-masing. Mereka tidak akan pernah berdiam diri di dalam rumah apabila sudah bermula musim cuti mereka. Pada masa cuti inilah mereka dapat berpeluang untuk pergi ke mana-mana sahaja yang mereka inginkan.
Mereka akan meluangkan masa bersama apabila mereka sudah membuat perancangan yang telah ditetapkan dari awal lagi. Itupun, pada hujung minggu sahaja mereka dapat meluangkannya.
Di padang…
“Golllllllllllll……”
“Gol.. Gol..” Faris menjerit dengan sekuat hatinya apabila dapat menjaringkan bola di padang.
Pada awal pagi lagi dia telah keluar dari rumah sewanya untuk pergi bermain bola di padang UITM. Semasa cuti, Faris akan meluangkan masa untuk bermain bola bersama dengan kawan-kawan sepasukannya. Bila ada kelapangan di waktu malam, dia akan mengajak rakan serumahnya iaitu Sam, Lan dan Haidier untuk bermain futsal di dewan kolej, di mana tempat mereka selalu lepak dan belajar di situ dahulu.
Faris memang seorang yang aktif dalam bidang sukan sejak sekolah rendah lagi. Dan dia selalu disukai oleh ramai perempuan kerana kepandaian dan kekacakkan yang dimiliki oleh Faris. Tetapi, bukan semudah itu dia boleh terpikat akan wanita.
“Wowww, cayalah kau…” Kai amat teruja dengan tendangan yang dilakukan oleh Faris tadi.
“Terima kasih, terima kasih.” Sahut Faris.
“Tiga kali berturut-turut tu.” Kawan sepermainannya turut berasa bangga dengan kebolehan Faris.
Walaupun baru dua minggu sahaja mereka berkenalan di tempat permainan futsal, mereka sudah menjadi akrab dan berasa selesa untuk berbual.
“Tak adalah, dah minat aku, mesti aku usahakan sampai berjaya.” Jawab Faris sambil mengelap peluhnya dengan tuala putih berjalur hitam itu.
“Wah, hebat kau… kata-kata yang boleh membawa kejayaan ni.” Kai menepuk-nepuk bahu Faris dengan rasa bangganya.
“Haha… Mestilah.”
Mereka hanya tergelak sahaja sambil melihat gelagat sepermainan yang bermain bola sepak di tengah padang itu. Sementara mereka sedang berehat, Faris hanya merenung sahaja tanpa memikirkan perkara lain.
“Cuti ni kau ada plan nak pergi mana-mana ke?” Soal Kai.
“Entahlah. Tak ada plan lagi.”
“Rugilah, kalau tak pergi mana-mana.”
“Tulah, tak boleh sia-siakan kalau bos dah bagi cuti ni.” Sahut Faris.
“Kau nak tak….”
“Ehh, tak naklah aku.” Celah Faris sepantas kilat tanpa memikirkan akan perkara yang ingin disampaikan oleh Kai.
“Aku tak sempat lagi nak habiskan ayat aku.”
“Aku dah tahu, apa yang kau nak cakap.”
“Apa!!!”
“Kau nak ajak aku pergi kedai Fatimah, kan.”
“Pula dah. Bukan tu laa.”
“Habis tu!!!”
“Aku nak ajak kau pergi trip bersama.”
“Ouhh, ingatkan nak pergi kedai Fatimah.” Faris hanya tersengih sahaja.
“Aishhh kau ni. Tapi, dia dah minat kat kau. Apa salahnya.” Jawab Kai sambil tersenyum ke arah Faris.
“Kau nak, kau ambil.” Celah Faris.
“Ehh, kita pula yang kena.”
Faris hanya tergelak sahaja apabila melihat gelagat Kai yang berada di sebelahnya itu.
“Haa, kau okay tak. Kalau aku ajak kau pergi trip. Bawa kawan kau yang lain pun okay, lagi meriah.” Sambung Kai dengan pendapatnya itu.
“Aku tak ada masalah. Cun juga kan.”
“Kau nak tak…..”
“Tak nak!”
“Kau ni, kang.” Kai hanya merenung dengan tajam ke arah Faris.
“Hee, sorry.” Faris hanya tersengih sahaja.
“Kang aku panggil Fatimah datang sini.” Gurau Kai seketika.
“Jangan kau berani.”
Di tempat gim…
“21… 22… 23…”
“2… 4… 25……”
“Huh, boleh tahan juga beratnya.” Keluh Haidier seketika apabila dia sedang mengira bilangan yang boleh dia lakukan untuk mengangkat beban yang berat itu.
“45… 46… 4… 7… 48…”
Sambil dia terleka dengan senaman ototnya, rakan segim dengannya telah menyergah Haidier yang sedang membuat pengiraan tersebut.
“Woiiiiii.” Dengan sengajanya Kim mengejutkan Haidier yang sedang leka dengan senaman ototnya itu.
“Mak kau hijau….” Haidier melatah seketika dan kemudian terdiamkan diri sahaja di tempat duduknya itu.
“Haa, mak sape yang hijau tu.” Kim tergelak besar apabila dapat mengenakan kawannya itu.
“Ehh kau ni, kang...” Haidier terkejut dengan sergahan Kim yang muncul dari belakangnya itu.
Hampir-hampir sahaja dia mahu tertumbang dengan beban yang telah diangkat olehnya. Hanya Kim sahaja yang berani mengacau Haidier semasa dia sedang melakukan latihan di tempat gim tersebut.
“Oiii, kau ni dah kenapa… tak nampak ke aku sedang pegang benda ni, kang ni makannya.” Marah Haidier seketika lalu menunjukkan dumbbell yang dipegang olehnya ke arah muka Kim.
“Relaklah bro, benda ni bukannya berat sangat… kacang je bro.” Kim hanya berkata-kata sahaja lalu tersengih dengan keadaan mukanya yang poyo itu.
“Ohhhh, kau kata tak berat benda ni… mari sini, kau cuba.” Haidier menghulurkan dumbbell tersebut kepada Kim.
“Lai.. lai..”
“Buat sampai 50 kali… kalau kau berjaya, aku tabik kau bro.” Haidier sengaja mahu mengenakan Kim kerana dia tidak tahu betapa beratnya dumbbell itu walaupun bentuk saiznya yang begitu kecil.