SUASANA yang semakin hari semakin riuh-rendah telah menjadi tenang dan aman semula di kawasan café tersebut. Sebelum ini, terlampau ramai pelanggan yang mengunjungi ke café dan di situ juga telah berlakunya kekecohan yang teramat sangat sampai membuatkan persekitaran di luar café menjadi tidak aman.
Tetapi, hal itu telah membuatkan rezeki mereka bertambah dan mereka tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini dengan begitu sahaja. Yang riuh itulah patut kita hargai dan memenuhi setiap permintaan pelanggan yang datang untuk membeli.
Dari situ jugalah kita perlu mengingati pada Yang Esa kerana telah memberikan rezeki yang melimpah terhadap insan yang sentiasa bersyukur dan selalu mengingati-Nya. Begitu juga dengan Hany dan Faila yang sentiasa bersatu-padu dan mereka telah bertungkus-lumus untuk membangunkan sebuah kedai kek mereka iaitu, ‘Yummy Cake of Haila’s’, yang diletak di Subang Jaya.
Dari Universiti lagi mereka sudah berminat dalam bidang perniagaan dan pernah menceburi pelbagai kursus perniagaan. Hany dan Faila sudah menjadi akrab sejak orientasi lagi sampaikan kawan-kawan mereka keliru untuk memanggil nama mereka. Mana taknya, muka Hany dan Faila lebih kurang sama sahaja, apatah lagi umur mereka pun sebaya, cuma nama bapa sahaja yang berlainan.
“Fuhhh, berpeluh aku beb.” Hany mengangkat pinggan kotor yang telah dimakan oleh pelanggan di kedai kek mereka itu.
“Tulah, ramai pula hari ni.” Sahut Faila.
“Tau tak apa.”
“Sampai tak cukup tangan dibuatnya. Letih.. letih..” Keluh Faila seketika.
“Mana taknya, kita berdua je yang uruskan kedai kek ni.” Sahut Hany seketika.
“Kita tak nak cari orang untuk kerja ke, Hany.”
“Bukan tak nak Fai. Kita baru buka 5 bulan kat sini. Kita tunggu setahun dulu laa.” Tersengih Hany sambil mengenyikkan matanya kepada Faila.
“Aku okay je. Dan aku bersyukur sangat dapat partner macam kau ni.” Faila tersenyum seketika.
“Kan… Kalaulah kau tu betul-betul kembar aku, lagi aku bersyukur. Haha…” Gelak Hany seketika.
“Tak payahlah Hany.”
“Ehh, kau tak suka kat aku ke.” Celah Hany.
“Bukan itu maksud aku.” Faila hanya tersenyum sahaja.
“Tapi gaya kau macam tak suka je.”
“Bukanlah!!! Kau pun duduk berkepit dengan aku twenty four hour, pe cite.” Jelas Faila.
“Ouhhh, ye ke.”
Hany menjelirkan lidahnya kepada Faila sambil melibas kain lap meja yang berada ditangan kanannya itu ke arah Faila. Sambil-sambil Hany dan Faila mengemas kedai kek mereka itu sebelum pulang ke rumah, Faila ternampak akan seseorang yang berada di luar cermin tingkap kedai kek mereka itu.
Dia berasa curiga dengan seorang wanita yang berambut keperangan itu lalu dia terkejut apabila wanita itu sangat dikenali olehnya. Faila hanya memerhatikan sahaja gelagat wanita itu bersama dengan seorang lelaki yang segak dan bergaya.
Mereka berdua berpakaian seperti ala-ala model dan memang tak salah lagi itu rakan serumahnya iaitu, ‘Cik Laura in the House’, itulah yang digelar oleh Faila.
“Hany..Ny.. Ny..” Faila memanggil Hany.
“Apa!!!”
“HANY..!!!”
“Ya Allah, apa dia?” Hany terus menuju ke arah Faila.
“Sini kejap.” Panggil Faila lagi.
“Siapa yang kau intai tu.. crush ke.” Sahut Hany seketika.
“Bukanlah. Ce kau tengok kat luar tu.” Faila menunjukkan sesuatu ke arah luar café mereka sambil menarik-narik baju kawannya itu.
“Wehhh, sabar sabar. Koyak baju aku ni.”
“Kau tengok tu.”
“Mana..!!!”
“Tu, hah!!!”
“Laki lidi tu ke?” Soal Hany dengan keadaannya yang keliru itu.
“Hishh, bukan yang itu.” Faila menepis tangan kanan Hany seketika.
“Habis tu?”
“Yang kat depan dia tu.” Faila menunjukkan sekali lagi ke arah luar café mereka.
Hany terus meneliti setiap pandangannya ke arah luar café itu. Dia hanya membulatkan matanya yang tidak seberapa nak bulat itu lalu dia berkata…
“Apakah….” Hany hanya memejamkan mata lalu mencelikkan semula matanya itu.
“Terkejut tak.” Celah Faila.
“Apa si anak Samsuri tu buat kat sini.” Itulah yang digelarkan oleh Hany.
“Tak tahu.” Celah Faila lagi.
“Siap berkepit lagi dengan si jantan tu.” Sambung Hany lagi.
“Tapi, aku rasa macam pernah tengok je si mamat tu.” Soal Faila sendirian.
“Semua mamat kat sini kau pernah usha.” Sampuk Hany seketika.
“Ishhh, kau ni.”
“Betul laa.”
“Tu.. tengok kawan kau tu, buat apa merayau kat sini.” Celah Faila.
“Ehhh, bukan kawan kau juga ke.” Hany menenyih kepala Faila.
“Aduh.” Faila mengadu kesakitan.
“Macamlah kau tak kenal perangai dia tu.”
“Tahu.”
“Kita kenal pun sejak sem satu lagi kan, sampailah kita bekerja sekarang ni.” Jawab Hany seketika.
Faila teringat akan sesuatu perkara apabila waktu dia mula-mula berkenalan dengan dua orang gadis cantik iaitu Laura dan Suzy, selepas dia bertemu dengan Hany. Sampai sekarang inilah mereka berempat menjadi kawan baik.
“Nak buat macam mana.” Faila hanya mengangkatkan bahunya sahaja.
“Memanglah, tapi sampai bila nak mempermainkan perasaan orang. Tukar laki sana, tukar laki sini.” Bebel Hany seketika.
“Tulah pasal.” Faila hanya mengiyakan sahaja pendapat kawannya itu.
“Taulah pernah disakiti, tapi nak buat kerja ni sampai bila.” Bebel Hany lagi seorang diri.
Faila hanya mengiyakan sahaja kata-kata sahabatnya itu. Faila hanya terfikir sahaja, ‘ada betulnya juga kata-kata si Hany ni. Sampai bila Cik Laura in the House ni nak jadi playgirl. Masak lelaki-lelaki kat dunia ni, nanti laki aku pula yang dia nak kebas.’
“Astraghfirullah Al adzim!!!” Faila beristighfar seketika.
“Hahh, fikir bukan-bukan laa tu.” Sampuk Hany.
“Erggg, bukan laa..” Keluh Faila seketika.
“Yelah tu.” Hany hanya membuat muka sahaja.
“Positive, okay.”
“Huhh.. yelah.”