HIASAN yang penuh berlabuci di bahagian lengan pakaian Laura itu telah membuatkan dia berasa penuh berkeyakinan dan bergaya setiap hari. Tanpa berpakaian yang elegen, sukar untuk Laura untuk bekerja di kedai butik kerana personalitinya yang cukup elegen dengan raut wajahnya yang sangat cantikitu telah membuatkan pelanggan-pelanggan yang datang untuk membeli berasa senang apabila melihat kemesraan Laura terhadap mereka.
“Perrrrrr.. so hot!!!” Laura mengibas-ngibas bajunya kerana suasana di situ terasa panas.
“Ehh! aircon punyalah kuat, masih panas lagi!” Sergah rakan sekerja Laura di butik itu.
“Shakira ku sayang… I ni ke hulur ke hilir, tak duduk-duduk lagi tau. Berpeluh ni haa satu badan, nasib baik cantik lagi tau.” Jeling Laura seketika.
“Alah alah alah. Mentang-mentang dia cantik.”
“Of course, okay!!!”
“Hmm, yelah…”
“Haa!!! Ni nak habak mai ni.” Sergah Laura sambil menyentuh lembut di bahu Shakira.
“Ishh, dia ni. Terkejut tau.”
“Sorry, okay. I want to tell you, next week I nak balik rumah family.” Laura hanya memberikan senyuman sahaja kepada Shakira.
“Cop cop cop!!! Takkan tinggal aku sorang kot. Bos tau ke tak ni kau nak cuti?” Soal Shakira seketika.
“That’s why I told you, dear… I dah bagitahu bos awal-awal.” Senyum Laura lagi.
“Alaaa…”
“Kau pun kena cuti.” Sambung Laura lagi sebelum rakan sekerjanya itu menyoalkannya lagi.
“Ehh, seriuslah!!!” Jerit Shakira seketika.
“Ishh, kejut aku. Iye.. betul.. nak cuti ke tak?” Soal Laura pula.
“Ehh, mestilah nak… tapi,”
“Tak ada tapi tapi. Yang penting bos kita bagi cuti seminggu tau.” Laura membulatkan matanya kepada Shakira.
“Weh, baiknya bos kita. Dah 6 bulan aku kerja kat sini, tak berani aku nak ambil cuti lama macam ni.” Shakira sangat teruja dengan khabar berita yang disampaikan oleh Laura itu.
“Kan..”
“Ehh, tapi kan..” Fikir Shakira seketika.
“Apa lagi!!!”
“Yelah. Selama aku kerja kat sini, aku tak pernah tengok muka bos kita. Sekali-sekala aku nak tengok juga muka bos kita macam mana. Asyik bos panggil kau je.” Rungut Shakira seketika.
“Because I orang lama kat sini. Ada free time nanti bos datanglah jenguk kau.” Pujuk Laura seketika.
“Haraplah…”
“Nanti I bagitahu boslah.” Pujuk Laura lagi.
“Promise!!!” Shakira memandang ke arah Laura dengan penuh sayu.
“Promise, dear.”
“Macam mana muka bos nanti kan, mesti cantik orangnya kan.”
“Of course lah cantik, nama boutique dia pun ‘Sofia’.” Celah Laura.
“Kan.. yelah, orang tu kan dah tengok muka bos. Kita ni je tak tengok lagi.” Perli Shakira seketika.
“Alolololo….”
Laura terasa geli hati apabila melihat gelagat rakan sekerjanya itu. Bukan senang nak dapat kawan yang sebulu dengannya itu. Hanya Shakira dan tiga orang kawan serumahnya itu yang Laura betul-betul menganggap mereka kawan sejati dan boleh dipercayai. Bukan kerana dia memilih kawan, dia cuma memerlukan kawan yang boleh memahami perasaannya dan menyokongnya apabila dia ditimpa kesusahan.
Buat sekarang, empat orang kawannya ini sudah cukup baginya, walaupun Shakira masih baru dia kenali, tapi dia yakin Shakira adalah salah seorang daripada mereka yang tidak pernah bersikap buruk sangka terhadapnya.
“Laura, aku balik dulu tau.”
“Okay, dear. Take care, okay.” Laura menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman lalu mendekatkan dirinya untuk mencium kedua belah pipi Shakira.
“Okay, you too.” Balas Shakira.
‘Ehh, banyak pula anak kunci kat dalam beg aku ni. Mana satu kunci butik ni!!!’, Laura masih lagi mencari-cari kunci butik itu untuk dikunci sebelum bergerak pulang ke rumah.
“Cari apa tu?”
“Cari kunci. Entah mana satu kun….” Tersentak Laura seketika sambil membulatkan kedua-dua belah matanya itu lalu terus menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang menegurnya itu.
“Kunci hati saya tak nak ke?” Senyuman lelaki itu telah membuatkan Laura terkejut seketika.
“Ehh, you you.. you buat apa kat sini?” Gagap Laura seketika.
“Nak jemput kekasih hati I lah. Takkan tak boleh?” Tegur Lan sambil membuat senyuman manis kepada Laura.
“Alahai, so sweet. I boleh naik grab laa.”
“Mana boleh, hari-hari naik grab. Apa salahnya I jemput you.” Lan mengenyikkan mata kirinya kepada Laura.
‘Huhh, boleh tahan mamat ni. Lagi bagus juga kalau mesra secepat ini. Biar cinta dia mendalam buat aku sorang je,’ dalam hati Laura hanya tergelak sahaja.
“Ehh, tersenyum-senyum tu dah kenapa?” Lan hanya tersenyum sahaja.
“Ehh, salah ke I senyum-senyum seorang diri.” Laura hanya menyoalkannya sahaja.
“Tak salah, nanti ada orang lain pula terpikat kat you.” Usik Lan.
“Siapa pula yang ada kat sini, semua orang dah balik. Tinggal I dengan you je ni.” Jawab Laura sambil mengukirkan senyumannya kepada Lan.
“Ehh, siapa kata tak ada orang. Yang kat sana tu, asyik memerhati je kat you.” Lan menunjukkan jari telunjuknya ke arah pintu utama ‘Mall’ itu.
Laura terjenguk-jenguk ke arah yang ditunjukkan oleh Lan itu. Laura mengecilkan matanya sahaja kerana arah yang ditunjukkan oleh Lan itu agak jauh dari pandangannya itu. Lalu, dia terus membulatkan kedua-dua belah matanya itu.
“You ni, agak-agaklah. Pak cik guard kot.” Marah Laura seketika.
“Hahaha…” Gelak Lan apabila melihat riak muka Laura berubah seketika.
“You ni, sukalah tu.” Marah Laura lagi.
“Hahaha.. okay okay, jomlah. Nanti pak cik guard tu ngurat you pula.” Usik Lan lagi.
“Hishh, no!!!”
“Okay okay.” Gelak Lan lagi.
Keadaan menjadi sunyi apabila radio tidak dipasangkan dengan dendangan lagu di dalam kereta Lan ketika mereka berdua dalam perjalanan untuk pulang ke rumah Laura. Lan hanya melihat sekali imbas ke arah wajah Laura yang diam menyepi semenjak mereka mulakan perjalanan dari tempat kerja Laura lagi.
‘Ehh, kenapa dengan si Laura ni. Diam macam patung je aku tengok. Selalu dia yang banyak bunyi,’ Lan hanya meneruskan memandu lalu Lan terfikir akan sesuatu perkara, ‘Ehh, tak boleh jadi ni. Ke, dia dah tawar hati dengan aku. Hishh, tak boleh jadi ni. Aku kena ambil hati dia ni, kalau tak sia-sia plan aku selama ni.’
“You.” Lan memanggil Laura tetapi tidak diendahkan olehnya.
‘Hishh, kalau perempuan ada masalah, memang suka berdiam macam ni ke? Atau, ada hide something kat aku ni,’ terdetik hati Lan seketika.