Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 36




          Lagu yang didendangkan telah menarik perhatian Lan untuk menyanyi sambil dia memandu kereta. Tiada gangguan, dia menyanyi sepuas hatinya. Berasa tenang. Masa untuk pulang ke rumah.

          “Kroookkkkk.”

          “Aduh! Lapar pula.” Perut Lan mula berbunyi kerana lapar dan dia ingin mencari tempat untuk makan sesuatu sebelum dia pulang ke rumah untuk makam malam bersama keluarganya itu.

          “Mana ye nak singgah. Bobaa… tak nak ahh. Kencing manis aku. Donut… nampak sedap. Ehh, tutup pula.” Lan hanya berbisik akan dirinya sahaja sambil melihat kedai-kedai yang boleh dia menjamu selera.

          “Haa, aku parking kat sini. Lepas tu, aku cari kedai. Sabar ye perut, kita cari makanan ringan dulu.” Bisik Lan lagi.

          Lan keluar dari keretanya itu lalu dia mula mencari-cari kedai yang menjual makanan ringan untuk mengalas perutnya itu supaya tidak terlalu lapar apabila sudah sampai di rumah nanti.

          Mula mencari kedai.

          Masih tidak menjumpai. Bukan tidak jumpa kedai yang menjual makanan ringan, cuma dia rasa tidak berkenan dan tidak kena dengan citarasanya buat masa sekarang.

          Berjalan dan terus berjalan. Mencari dan terus mencari.

          Lan terhenti seketika.

          Dia melihat papan tanda di hadapan kedai itu yang tertulis ‘Starbucks’. Dia mulakan langkahnya untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam, dia terlihat seseorang yang sangat dikenali olehnya itu.

          ‘Ehh, Laura.’ Bisik di dalam hati Lan seketika.

          Lan terus mengundur diri dan segera mencari tempat untuk bersembunyi sebelum Laura ternampak akan dirinya itu.

          ‘Apadia buat kat sini. Time aku nak beli, time tu juga dia ada kat depan mata aku. Masalah betul. Macam mana aku nak masuk ni, kalau dia masih ada kat kaunter tu lagi. Tak masuk kang, rasa teringin pula nak minum air Starbucks. Aduh! Kau ni memang problem dari dulu lagi laa.’ Fikiran Lan sudah bercelaru seketika.

          Lan hanya memerhatikan sahaja setiap pergerakan Laura yang sedang membuat pesanan untuk membeli air di ‘Starbucks’ itu.

          Cuba untuk memerhati dan terus memerhati. Lan hanya melihat Laura sahaja yang ada di situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Laura sudah pun selesai membuat pesanan lalu dia terus menuju ke muka pintu untuk keluar dari kedai itu.

          Lan cuba untuk bersembunyi.

          Laura hanya terhenti seketika di hadapan kedai tersebut lalu dia menerima satu panggilan masuk yang sedang berdering dari dalam kedai lagi.

          Lan mula memerhatikannya sahaja.

          ‘Siapa yang call dia tu. Kenapa Laura tak nak angkat call tu. Selalunya bukan main lagi, cepat je dia angkat call. Ni, dah kenapa pula.’ Fikir Lan seketika lalu dia mula tersentak.

          ‘Ehh! Apa hal pula aku nak kisah pasal dia. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan dah. Yang aku kisah sekarang ni, hanya perut aku je ni.’ Fikir Lan lagi.

          Lan cuba memerhati lagi. Tetapi, Laura tetap tidak berganjak dari situ. Akhirnya, Laura menjawab juga panggilan tersebut yang asyik dari tadi berdering sahaja.

          Lan berpeluh-peluh kerana dari tadi asyik bersembunyi di sebalik mesin layan diri itu.

          ‘Kau boleh angkat call kat tengah-tengah pintu tu. Macam mana aku nak masuk. Ishh, dia ni.’ Lan hanya mampu merungut sahaja di dalam hatinya itu.

          “Kau nak apa lagi, hah!!!”

          Lan terkejut seketika apabila Laura sedang memarahi seseorang di dalam talian telefonnya itu. Lan cuba untuk mendengar perbualan Laura itu dan dia melihat di sekelilingnya yang tiada orang untuk lalu-lalang di kawasan itu.

          “Tolonglah, jangan pernah ganggu aku!!!”

          “Kau dengan aku dah tak ada apa-apa hubungan. Kau faham tak!!! Pergi cari perempuan lain!!!”

          Lan membulatkan matanya sahaja apabila terdengar perbualan Laura itu. Lan terkejut seketika.

          ‘Scandal.’ Itu sahaja yang terlintas dari fikiran Lan.

          ‘Laura ada lelaki lain ke. Biar betul. Patutlah nak minta putus dengan aku. Rupanya, kau ada jantan lain. Memang tak boleh jadi ni.’ Lan ingin bertindak untuk bersemuka dengan Laura. Tetapi, dia terhenti di situ apabila Laura mula memarahi seseorang di dalam taliannya itu.

          “Kau tu jantan tak guna. Nak menyusahkan hidup aku je. Kau berambus laa!!!”

          “Firdaus! Ini last warning, jangan pernah kacau aku lagi. Faham!!!”

          Laura menamatkan panggilannya itu lalu dia terus beredar dari kawasan tersebut.

          Lan hanya memerhatikan sahaja gerak langkah Laura.

          ‘Firdaus! Siapa Firdaus. Dia cakap jantan tak guna. Aku pun jantan. Tapi, berguna. Kali ni memang tak boleh jadi ni. Aku kena pergi tanya dia sendiri,’ fikir Lan lagi lalu dia terus mengekori Laura dari belakang secara diam-diam.

          Lan terus mengekori tanpa Laura sedari.

          Baru sahaja Lan ingin menghampiri Laura, muncul seorang lelaki di hadapan Laura. Lan terhenti langkahnya lagi. Dia mula mencari tempat untuk berselindung daripada ternampak oleh mereka.

          Lan memerhati lagi.

          ‘Aduh! Siapa pula lelaki yang halang Laura tu. Banyak betul scandal kau ye Laura. Ke Firdaus! Ya, Firdaus dalam talian tu yang dimaksudkan oleh Laura.’ Lan mula memikirkan nama yang disebut-sebut oleh Laura itu.

          Lan cuba untuk memerhatikannya lagi dan cuba untuk mendengar perbualan antara mereka berdua.

          Lan hanya terkial-kial sahaja. Sukar baginya untuk mendengar perbualan mereka apabila dia sendiri sangat jauh jaraknya dengan mereka yang berada di tempat letak kereta itu.

          Lan cuba untuk bergerak ke hadapan sedikit sambil dia melihat keadaan di sekelilingnya itu. Dia mula bergegas.

          Lan terpaksa bersembunyi di belakang lori yang tidak jauh jaraknya daripada mereka. Dia cuba untuk menghampiri mereka.

          ‘Harap-harap diorang tak perasan aku kat sini. Dah macam spy pula aku kat sini. Nasib baiklah ada lori ni.’ Lan bermonolog sahaja.

          “Kau nak apa, hah!!!” Jerit Laura seketika kepada lelaki yang berdiri di hadapannya itu.

          “Hahh! Dah mula dah tu.” Lan hanya berbisik akan dirinya sahaja.

          Lan hanya mampu memerhatikannya sahaja.

          “Hei! Kau ingat kau boleh lepas macam tu je!!! Aku takkan pernah lepaskan kau laa!!!”

          “Aku dah cakap kat kau kan! Yang aku dah tak ada kene-mengena dengan kau lagi!!!” Jerit Laura lagi.

          “Aku peduli apa! Selama ini, jantan-jantan yang sukakan kau tu, kau nak permainkan diorang je, kan! Macam mana kau permainkan aku, kau permainkan cinta aku!!!”

          ‘Patutlah dia nak break dengan aku. Inilah puncanya. Dia playgirl rupanya. Ingatkan aku seorang je yang jadi playboy. Memang patut kau kena marah dengan lelaki tu. Ini semua permainan perempuan.’ Lan berasa sedikit geram.

          “Aku langsung tak kisah. Peduli ke aku.” Laura mendekati dirinya kepada lelaki itu untuk memperlinya sahaja.

          Lelaki itu mula rasa hilang sabar dengan ancaman Laura.

          “KAUUUUUU!!!”

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.