Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Jadi Isteri Aku, Mau?
Optimus Prime
24/9/2019 22:03:06
3,600
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“MEL, malam ni ikut aku pergi tengok pertandingan nyanyian tu eh.” 

Dengan penuh harapan Aiman harap Camelia akan bersetuju. Kalaulah dia tak dapat pujuk Camelia pergi memang masaklah dia nanti. 

“Malaslah Aiman. Lepas apa yang jantan miang tu buat semalam, aku dah tak ada muka nak tunjuk muka aku ni depan orang. Mesti semua orang ingat aku ni jahat.”

“Pleaselah Mel. Tolonglah kesiankan aku. Kita pergi ya,” pinta Aiman dengan bersungguh-sungguh. Terngiang-ngiang ugutan yang dia terima malam tadi melalui telefon. 

“Make sure Mel datang. Kalau tak aku patah-patahkan kaki tangan kau.” Begitulah bunyi ugutan dari pemanggil tak lain tak bukan abang wrestler yang paling digeruni.

“Kau ni kenapa Aiman? Bersungguh sangat nak pergi. Aku boleh kerat jarilah kau akan menyesal nanti pergi sana. Tak best. Baik duduk rumah. Tidur.”

“Aku akan lagi menyesal kalau tak pergi…” Aiman dah nak menangis. Tak sanggup dia nak menghadapi kemarahan abang wrestler. Camelia pulak degil yang amat. Bukan mudah nak memujuknya. Patutkah dia berterus-terang?

Fikir kejap. Hmm….

Patut! Patut! Kalau tak kena gusti dia nanti. Ah, dia tak nak terlibat dalam show WWE.

“Sesal? Kenapa Aiman? Cuba terangkan kat aku.” Muka takut Aiman buat Camelia risau.

“Abang wrestler ugut aku suruh bawak kau pergi show malam nanti.” 

“Rizqi ugut kau?!” Camelia terkejut bukan main.

Aiman angguk. “So, kita jadilah pergi eh. Tolonglah Mel, kesiankanlah aku.”

“Apa yang dia ugut kau? Dia nak buat apa kalau aku tak pergi?”

“Make sure Mel datang. Kalau tak aku patah-patahkan kaki tangan kau.” Aiman mengulang semula kata-kata ugutan kejam itu. 

Camelia pejam mata. Keluhan berat dilepaskan. Apa lagi yang Rizqi tak puas hati? Tak cukup lagi ke nak menganiayanya? 

“Kita betul-betul kena pergi ke Aiman?” Kalau boleh Camelia tak mahu pergi. Lagi-lagi bila Rizqi yang mahukan dia datang. Pasti jantan miang tu dah rancang sesuatu.

“Mestilah kita kena pergi Mel. Kalau tak habislah aku nanti. Aku takut dengan abang wrestler tu.”

Camelia diam. Berbelah bahagi. 

“Tolonglah aku Mel. Aku takut. Betul-betul takut…” 

Wajah takut Aiman dipandang lama. Rayuan syahdu Aiman buat Camelia tak sanggup nak kata tidak. 

“Okeylah kita pergi.” 

Alhamdulillah... Jawapan Camelia cukup buat Aiman dapat bernafas dengan lega. 

Namun bila dia melirik wajah Camelia yang nampak lesu Aiman dilanda rasa bersalah pula.

Kalau abang wrestler nak permalukan Camelia lagi macam mana?

Kesian Camelia. Bahu Aiman merosot jatuh, rasa lelah dengan drama abang wrestler yang tak habis-habis nak menggila.

Kalau pergi, kesian Camelia.

Tapi kalau tak pergi, kesian dirinya.

Inilah yang orang duk kata ditelan mati mak. Diluah mati bapak. Abang wrestler memang kacak, tapi perangai macam haprak!

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Optimus Prime