Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Jadi Isteri Aku, Mau?
Optimus Prime
24/9/2019 22:03:06
3,598
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

HARAP-HARAP Camelia datang. Itu yang Rizqi harapkan sedari tadi. Kalau tak maka rosaklah rancangannya untuk memikat hati cik bunga. 

Mesej yang baru diterima buat Rizqi senyum sampai ke telinga. Camelia datang. Dah ada dalam dewan dah pun. Tak sabar-sabar rasanya nak perform. 

“Yang kau ni tersengih-sengih macam orang kena sawan sengih ni kenapa? Cubalah serius sikit.” Adam rasa macam nak simpul aje mulut Rizqi. Geram dengan ketololan Rizqi yang makin menjadi-jadi.

“Aku tahulah. Jangan kacau. Aku tengah berbahagia sekarang ni.” Tak bahagia macam mana, cik bunga datang. Sengihannya makin lebar.

“Berbahagia sangatlah. Lepas ni berduka. Kalau kita kalah kau yang salah. Kenapalah kau nak tukar lagu last minute? Tak sampai sehari kita dapat praktis. Susahlah kalau kena ikut kepala dia aje.” 

Fiqri mendengus tak sudah. Dasar jantan buas otak tak waras. Kalaulah suara dia, suara Adam, atau suara Jay sedap memang Rizqi dah lama dia kick out.

Rizqi balas mendengus. “Tak adanya berduka. Kita akan menang. Cubalah confident sikit.” 

Ya, memang Rizqi mengaku yang dia mengambil keputusan yang besar bila tukar lagu last minute. Tapi nak buat macam mana, hati dia yang nak. Berkobar-kobar lagi. 

Kan kata orang kalau nak nyanyi dengan sedap kita kena ada feel. Sebab itulah dia tukar lagu. Tunggu dan lihat saja nanti dengan sepenuh cinta yang tulus lagi suci dia akan nyanyikan lagu khas untuk cik bunga.

“Confident kepala otak kau. Kalau kita kalah, gitar ni melekat kat kepala kau. Aku sumpah!” Jay ketap bibir. Geram sepenuh hati.

Di dewan yang mula dipenuhi dengan penonton, Camelia dah panas punggung. Dia melihat kiri kanan. Tak sangka dia duduk di barisan depan. Sebaris dengan tetamu-tetamu VVIP. 

“Aiman, kau dapat tiket ni dari Rizqi ke?” Camelia berbisik dengan berhati-hati.

“Abang wrestler bagi. Tak sangka baik jugak hati dia kan Meeeel!” Aiman teruja luar biasa. Rasa takutnya kepada Rizqi terbang dikipas tiket VVIP.

“Shhh… control sikit. Tengok siapa kat sebelah kau tu.”

“Opss! Tak sengaja.” Aiman duduk dengan tegap. Dengan penuh sopan. Entah siapa di sebelahnya. Yang pasti orang besar.

Sejam berlalu namun Aiman masih semangat menonton. Kalaulah dia boleh bertanding sama kan seronok. Camelia jangan tanya bagaimana keadaannya, belum band pertama bukak mulut Camelia dah melentok.

Tunggu punya tunggu…

“Mel, Mel, Mel. Bangun. Turn band abang wrestler dah tu. Jangan tidur. Nanti dia marah. Sia-sia aje kita datang.” Camelia yang tengah sedap buat tahi mata dibangunkan cepat-cepat. 

Sorakan kedengaran kuat. Aiman turut bersorak sakan. Tiba-tiba aje dari anti kemudian bertukar menjadi peminat sejati. 

Sementara itu Rizqi sudah siap sedia di pentas. Matanya tertumpu kepada Camelia. Tak sabar-sabar nak tengok reaksi Camelia. 

Inilah kali pertama dia dedicatekan lagu khas kepada seseorang. Harap Camelia akan cair dan jatuh cinta kepadanya. Walah!

Adam, Fiqri dan Jay saling menjeling. Dah dapat tebak penyebab Rizqi mintak tukar lagu. Tu, si cantik jelita yang duduk di seat VVIP lah puncanya. 

Siapa lagi yang punya kerja. Siapa lagi yang suka guna kuasa. Tak lain tak bukan si jantan buas seorang.

“Mel, meh sini aku kenalkan kau dengan abang-abang handsome. Yang kacak terlampau-lampau duk depan mikrofon, pegang gitar tu siapa lagi the one and only abang wrestler musuh abadi cik Camelia Zikri.”

Camelia angguk dengan penuh persetujuan. Memang musuh, kalau ayam dah lama dia bunuh. Nasib baik manusia. Benci. Huh!

“Yang main gitar bass tu namanya Abang Jay. Yang main drum tu Abang Fiq. Yang main gitar sebelah kanan tu namanya Abang Adam.”

Camelia beri reaksi hmm... hmm... hmm... tanda tak berminat tapi Aiman yang naif tetap bersemangat memperkenalkan satu per satu lelaki-lelaki yang dia anggap hebat kepada Camelia.

Aiman nak Camelia sedar yang selain abang wrestler, tiga orang jejaka tampan itu tak seburuk yang Camelia sangka. Buktinya...

Aiman tahu Adam dan Fiqri memang baik hati kalau tak takkanlah sanggup mengusung tubuh gendutnya ke klinik. Siap tunggu sampai dia sedar lagi.

Jay pula padanya orang yang mesra. Setiap kali dia terserempak, dan tiap-tiap kali itu dengan perempuan berlainan Jay selalu memperkenalkan dia sebagai kawan. Langsung tak malu dengan dirinya yang memalukan ini.

Ya, abaikan saja sifat buayanya, yang penting Jay mesra gila.

Rizqi menghalakan pandangannya kepada Camelia. Dengan ini diumumkan tarikh misi memikat cik bunga dimulakan tika dan saat ini.

Camelia dapat rasakan pandangan Rizqi yang seakan tertumpu kepadanya mula tak senang duduk. Dia terlebih perasan ke? Atau memang betul? 

Rizqi sedaya upaya mengukirkan senyuman yang paling manis sejak kewujudannya selama 23 tahun di atas muka bumi ni. Harap senyumannya menjadi dan cik bunga tergoda hati dan sudi menjadi kekasih hati. Jadi tak ada lagi drama cintaku ditolak hatiku retak siri kedua.

Zzap! Entah bagaimana dan mengapa senyuman Rizqi berjaya tembus ke hati Camelia. Bak kata Abang Faizal Tahir, kau panah hatiku.

Jantung Camelia bagaikan berhenti sesaat dan lepas tu duk hentam dadanya berdup dap dup dap macam nak gila. Nak bernafas pun macam lepas tak lepas.

Camelia makin tak keruan. Benci nak akui yang dia terpesona dengan senyuman Rizqi. Jantungnya berdegup di luar paras normal tak nak normal-normal dari tadi asyik menggila aje kerjanya walaupun dia dah usaha hentikan sedaya upaya.

Benci!!! Dia tak suka dengan reaksi dirinya. Kalau ada suis yang boleh off kan apa yang dia rasa saat ini, memang dah lama dia tekan. 

Entah kenapa dia rasa senyuman Rizqi maniiisss sangat. Dan entah kenapa dia jadi buang tabiat tak nak lepaskan peluang nak tatap senyuman itu sampai habis.

Dan lagi buat dia rasa nak gila bila dia rasa nak sangat naik atas pentas dan nyanyi lagu dulu-dulu. Betapa manisnya, manisnya senyumanmuuuu...

Tanpa mampu dikawal ada perasaan aneh mula menyelinap masuk ke dalam jiwanya.

Mel, jangan cari pasal. Lupakan senyuman yang menawan tu. Lupakan! Lupakaaaaan!!! 

Muzik mula dimainkan. Indah alunan suara merdu Rizqi  mula kedengaran. 


Selamanya hati ini akan selalu memujamu

Mencintaimu adalah dahagaku

Waktu dengarkanlah

 Selalu dekatkan ku dengannya

Hingga ku menutup mata

Satukanlah hati…


Tegak habis bulu roma Camelia. Suara Rizqi kedengaran sungguh mendayu dan menggoda. 

Menggoda? Oh My God!!! Jangan disebut benda-benda haram macam tu.


Jadikan malamku lebih indah

Jadikan siangku lebih terang

Biarkan bungaku mewangi selamanya


Pandanglah arah lain. Yang kau duk pandang aku tu kenapa? Saja nak menguji tahap kekebalan hati aku ke? 

Camelia tunduk. Cuba mengelak dari pandangan Rizqi tapi tak sampai sesaat dia angkat kepala semula. Nak terus pandang dan terus pandang Rizqi. 


Selamanya adalah cintaku kepada dirimu

Mencintaimu seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu dengarkanlah selalu dekatkan ku dengannya

Hingga ku menutup mata

Satukanlah hati…


Rizqi tak habis menyanyi lagi tapi hati Camelia dah berjuta-juta kali terpanah. Memang sah dan tak mampu digugat hatinya dah terpikat walau berjuta kali akalnya cuba mengembalikan tahap kewarasannya. 

Adakah Rizqi ketika ini terlalu hebat untuk ditolak atau hatinya yang terlalu rapuh untuk menolak?


Jadikan malam ku lebih indah

Jadikan siang ku lebih terang

Biarkan bungaku mewangi selamanya


Cik bunga… Bisik hati Rizqi. Jiwa lelakinya makin bergetaran. Meronta-ronta mahukan sesuatu yang tak mungkin dapat dia tunaikan. Sungguh-sungguh dia rasa nak terjun aje dari stage dan peluk Camelia erat-erat.

Persembahan berakhir dengan tepukan gemuruh. Rizqi bangga. Terlalu bangga. Bukan bangga kerana mendapat tepukan yang sebegitu kuat. Itu dah biasa dia dapat. Tetapi bangga dapat buat Camelia terpukau. 

Tu tengoklah, orang lain duk tepuk tangan. Camelia tetap terpaku memandangnya. Macam patung. Patung yang jelita. Membuatkan hatinya bahagia berjuta-juta. Kalau si bunga sudi bertakhtah di hati beta. 

“Qi, sudah-sudahlah tu. Orang lain pun nak perform jugak. Bawak-bawaklah mengucap.” Adam menepuk bahu Rizqi. Kalau dibiarkan ada sampai esok melekat tak nak bergerak-gerak.

Rizqi tersentak namun kemudian tersenyum lebar. Rasanya misinya dah berjaya. Buktinya cik bunga masih mematung memandangnya. Memang tak dapat disangkal lagi auranya terlalu hebat sampai cik bunga jadi kejung kerana terpikat. 

Yes!!!Yes!!!Yes!!!

“Lepas nilah sayang kita sambung sesi percintaan kita. Nak tenung sampai tembus pun boleh,” bisik Rizqi. Sebelum bergerak ke belakang pentas dituju-tuju senyuman menggodanya, diakhiri dengan kenyitan mata.

Dia kenyit mata??? 

Pejam celik pejam celik mata Camelia. Terasa lemah seluruh sendi. 

Kalau tanya kondisi jantung, rasanya sikit lagi jantungnya akan meletup. Kalau tanya kondisi hati, rasanya hatinya sudah jatuh meleper. Kalau tanya tahap kewarasan fikiran, rasanya dah tak berapa nak waras. Dah mula rasa nak gila. 

“Mel, kau okey ke?” Aiman rasa nak mengilai bila Camelia jadi patung langsung tak respon.

“Mel!” Dah nak tercabut jarinya duk buat aksi petik-petik. Camelia tetap tak bergerak-gerak.

Ke dia kena panggil abang wrestler suruh bangunkan Camelia dari mimpi indah? 

Indah ke? 

Of courselah indah! Orang sehandsome abang wrestler tuju lagu depan orang ramai. Siap tenung tak lepas, siap senyum menawan tak putus-putus, siap kenyit mata lagi. Kalau dia jadi Camelia bukan setakat jadi patung, dia terkam terus abang wrestler. 

Ngaum!!!

Okey cuba sekali lagi. Kalau tak jalan jugak confirm Camelia dia akan serahkan kepada abang wrestler untuk diuruskan.

“Hoi Mel!!!” Nak tak nak terpaksalah suaranya dikuatkan. Lantaklah tetamu VVIP di sebelahnya nak cakap apa. 

Aiman sebal dengan si jantan tua miang kat sebelahnya. Ada ke dari tadi lagi duk curi-curi pandang Camelia dengan pandangan tak senonoh padahal bini ada di sebelah. Tak sedar diri tu botak lagi buncit. Kasi tahu abang wrestler baru tahu, huh.

Camelia tersentak. Terkebil-kebil memandang Aiman yang tengah tayang senyum mengejek.

“Ada orang tu sampai jadi patung. Terpesona assyikkk gitu.” Aiman ketawa mengekek.

“Jangan mengarut Aiman!” 

Bingung. Ya, Camelia masih bingung. Sedar-sedar stage sudah kosong. Dia bagaikan dipukau dan terpukau. Bila dah sedar diri, mulalah rasa malu menjalar ke segenap tubuh. 

“Mel, bertuahlah kau abang wrestler tujukan lagu untuk kau. Dia pandang kau tak lepas Mel. Tadi dia senyum punyalah manis. Khas untuk kau aje.”

“Shut up, Aiman!” 

“Tak payahlah nak cover line. Aku tahu kau pun suka kat dia. Sampai tenggelam dalam lautan cinta lagi. Awww so sweeet…”

“Mana ada!” Camelia terus menafikan.

Benda tu takkan berlaku. Lagi-lagi dengan jantan miang tu. Tadi dia cuma terpesona. Biasalah, dia pun manusia biasa yang kadang-kadang khilaf bila tengok ciptaan Tuhan yang luar biasa tampan.

Luar biasa tampan??? Camelia tepuk dahi.

Ya Allah... kenapa otaknya tiba-tiba jadi segatal ni?

 Tak apa. Lepas ni akan dia kukuhkan hati. Biar tak terpesona lagi. 

Camelia melihat sekeliling. Ramai mata-mata memandang ke arahnya dengan pelbagai riak wajah. Yang pasti tambah glamorlah dia lepas ni dengan gosip buruk.

“Aiman, jom kita balik.”

“Okey, jom.” Laju Aiman bersetuju. Sebelum sepuluh jari gemuknya meragut mata si jantan tua kat sebelahnya ni, lebih baik dia mengundurkan diri. 


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Optimus Prime