Home Novel Cinta Kita Terpaksa Bermusuhan
Kita Terpaksa Bermusuhan
Maryani Zailani
11/11/2022 11:01:07
23,233
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

Imbas kembali…

5 bulan lepas


Zaqwan meninjau-ninjau ruangan pameran seni yang masih lengang dengan kedatangan tetamu. Dia tertarik dengan tema pameran kali ini yang menghimpunkan karya-karya lukisan seorang pelukis tanah air iaitu Ismail Mahmud. Pelbagai subject matter mengunakan bermacan media dipamerkan kali ini.

“Terimbas nostalgia lalu,” komennya akan lukisan yang menggunakan subject matter dua orang nelayan membaiki pukat di sebuah pondok kayu.

Zaqwan meliarkan pandangan, dia berniat untuk melihat lukisan itu lebih dekat lalu melangkah melebihi garisan ditetapkan. Dia bagai menghidu sesuatu pada permukaan lukisan.

“Hai, encik. Apa boleh saya bantu?” Tegur suara milik seorang perempuan.

Zaqwan sempat berasa terkejut ditegur secara tiba-tiba. Hampir gugur jantungnya.

“Oh… tiada apa,” balasnya cepat.

“Kalau begitu… mari saya iringi lawatan encik untuk pameran kali ini. Saya belum pernah melihat encik datang semasa pameran sebelum-sebelumnya. Saya Mawar, pemilik galeri ini,” katanya, sambil menghulur tangan dan tersenyum menampakkan lesung pipit.

Bagai terpana melihat senyuman manis wanita itu. Namun, dia cepat-cepat menyambut huluran tangan.

“Zaqwan… saya Zaqwan.”

Tanpa membuang masa, Mawar melangkah terlebih dahulu mengiringi lawatan pertama Zaqwan di situ. Entah macam mana, rambut panjang wanita itu beralun-alun seakan ditiup angin. Wangiannya menerpa ke rongga pernafasan Zaqwan. Dia hanyut dalam keadaan sebegitu.

Deheman Mawar menyedarkan Zaqwan.

“Di sebelah awak ni, merupakan self-potrait Ismail Mahmud dengan refleksi diri dalam kehidupan seharian. Tajuknya, ‘Aku di studio’. Dengan subject matter beliau sendiri sambil memegang berus dan pallete warna dalam keadaan berdiri di depan sebuah kanvas putih bersaiz sederhana sambil latar belakang terdapat beberapa lagi kanvas putih disandarkan pada dinding.” 

Terangguk-angguk kepala Zaqwan mendengar penjelasan pemilik galeri itu. Sebenarnya, dia tidak berapa menumpukan tumpuan. Hanya sekadar menghayati wajah lembut Mawar. Orangnya tidaklah terlalu cerah warna kulitnya namun senyumannya seakan-akan ditabur gula!

Dia terpikat dengan senyuman wanita itu pada pandangan kali pertama lagi.

“Menarik… menarik!” Komennya, sekadar memberi respon tatkala mindanya langsung tidak terfikirkan lukisan yang diterangkan tadi.

Mawar perasan sahaja lelaki itu tidak memberi tumpuan kepada penerangannya. 

“Berdasarkan banyak-banyak lukisan pada pemeran kali ni… encik paling berminat dengan yang mana? Yang mana paling menarik hati encik?”

“Lukisan wajah awak…”

“Sorry?” Celah Mawar sepantas kilat.

Zaqwan cepat-cepat menggeleng kepala apabila menyedari tersalah bicara.

“Masih tak ramai lagi pengunjung,” ujar Zaqwan sambil berlakon memandang sekeliling, cuba untuk mengubah topik perbualan. 

Mawar terpancing dengan kata-kata itu. 

“Awal pagi ni encik. Baru jam 8:40 pagi. Selalunya dekat nak petang baru ramai,” balasnya sambil melihat jam tangan.

“Oh… macam tu! Apa kata kita pergi minum-minum dahulu? Bolehlah saya tanya Cik Mawar berkenan lukisan-lukisan lain.”

“Tak apa encik. Saya dah sarapan.”

Tidak sampai 5 saat, perut Mawar berkeroncong hebat. Terus kurator muda itu memasang senyuman yang dibuat-buat. Zaqwan pula ketawa kecil.

Bermula dari pertemuan pertama, mereka kian rapat hari demi hari sehinggalah masing-masing berani meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.