Home Novel Cinta Kita Terpaksa Bermusuhan
Kita Terpaksa Bermusuhan
Maryani Zailani
11/11/2022 11:01:07
24,873
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
PROLOG

Kini…

Tahun 2022

Mereka sudah tiba di destinasi sepatutnya. Mawar menghempas pintu kereta dengan agak kuat, matanya tidak lepas daripada mengawasi perkarangan rumah terletak di atas bukit. Awal-awal pagi kira-kira jam 7:00 pagi mereka sudah mengatur perjalanan yang mengambil masa 15 minit dari tempat operasi.

Kicauan burung menarik perhatian Mawar untuk mendongak melihat langit pagi. Kawanan burung berwarna putih tidak diketahui spesies berterbangan keluar dari sarang, mungkin dengan tujuan untuk mencari makanan. Faktor kawasan perbukitan, kabus tebal masih menyelubungi. Matahari seakan malu untuk menunjukkan sinar cahaya sekali gus memberi hawa panas kepada mereka yang makin digigit dengan kedinginan pagi.

“Pelanggan kali ini aneh… membuat permintaan untuk bermain catur dengan you sebelum proceed to the real business,” Kidman keluar dari perut kereta, dia membuka pula pintu belakang.

Dengan kudratnya, dia mengeluarkan sesuatu dalam kotak, bersifat leper dengan kelebaran dan ketinggian kira-kira 40x50 cm.

Mawar menjeling melihat kotak yang sedang dipegang Kidman. Mereka saling tahu apa isi dalamnya, sebuah lukisan daripada galeri. Dapatkan secara sah? Tidak… kerana mereka mempunyai profesion sebagai pencuri karya. Modus operandi dijalankan dengan begitu licik sekali.

Berselindung di sebalik pemilikan galeri seni secara sah. Wajar sahaja para pengkarya berasa selamat untuk menjadikan mereka sebagai orang tengah dalam penjualan karya walhal sebaliknya sedang berlaku tanpa sedar.

Karya-karya itu dipalsukan lalu dicetak keluar dengan banyak dan dibuat kelihatan seperti karya original. Sukar untuk dibezakan kerana terlalu sempurna seperti karya asal malahan, baunya juga sama! Karya yang asli? Tentu sahaja, disorokkan dalam simpanan mereka dan hanya digunakan dalam keadaan mendesak pada masa depan. Itulah cara mereka membuat wang dengan berganda kali banyaknya dalam tempoh 10 tahun ini.

Dan, sehingga kini kegiatan mereka tidak pernah terbongkar malah tiada seorang pun dalam kalangan collector dan pengkarya mengenai karya yang telah dicetak rompak berkali-kali.

Hari ini, mereka akan menjalankan urus niaga dengan seorang misteri yang hanya mahu dikenali dengan Mr.x, nama yang sering digunakan untuk mereka yang menyembunyikan identiti asal. Mr.x sama seperti pelanggan mereka yang lain, seorang pengumpul koleksi seni mencakupi lukisan dan barang-barang antik yang lain. Dan, tentu sekali Mr.x tidak tahu lukisan yang sedang dibawa itu merupakan lukisan palsu.

“Well… kepuasan pelanggan itu penting,” respon Mawar.

Memang ada benarnya kata-kata partner in crime Mawar itu. Permintaan yang pelik cuma, dia malas untuk mengambil pusing sangat.

“How about pelanggan yang… you know what I mean,” jeratnya, menduga jawapan Mawar dengan soalan nakal.

Soalan itu membuatkan Mawar berasa tidak selesa. Membuat perkara salah di sisi undang-undang tidak semestinya mengundang dia ke arah yang dimaksudkan Kidman. Dia juga mempunyai maruah yang perlu dijaga.

“Jangan jadi bodoh sangat. Kalau permintaan melebihi batas… you rasa I akan ikut ke?” Sindir Mawar, bar kemarahan sudah naik 1 meter.

“Well… what can I say,” katanya sambil ketawa kecil dengan fikiran nakalnya.

Mereka mengakhiri perbualan mereka, menuju ke pintu utama rumah besar. Di situ, kedatangan mereka disambut dengan pembantu rumah yang merupakan seorang wanita muda lalu dipersilakan ke ruang tamu.

Pembantu itu meminta diri, sempat memberitahu sarapan pagi akan tersedia dalam masa 5 minit. Apabila sarapan terhidang, mereka menikmatinya dengan penuh berselera lantaran lapar kerana tidak sempat mengisi perut sebelum bertolak tadi dan juga kerana rasanya yang sangat luar biasa sedapnya.


Mereka selesai menikmati hidangan sarapan pagi. Kidman mengelap mulutnya dengan sapu tangan tersedia. Mawar menyemak solekan melalui cermin bedak padat. Semasa mengoles gincu merah menyala ke bibir, dia perasan seorang wanita lain dalam pakaian suit hitam, Mawar menyangka itu butler di rumah besar itu datang menghampiri mereka. 

“Tuan sudah panggil awak berdua,” tegurnya dengan suara kedengaran tegas.

Kidman bangun, dia merenggangkan badan. Semangatnya berkobar-kobar, terbayang-bayang hujan wang ringgit hasil penjualan lukisan nanti.

Mawar memasukkan bedak padat ke dalam beg tangan. Dia juga bangkit, tidak mahu melengahkan masa. 

“Ikut sini,” kata butler itu, menunjukkan arah sambil menundukkan sedikit badan sebagai menghormati kedatangan mereka.

Mereka mengikuti sahaja dengan senang hati. Semasa Mawar melintasi butler itu, dia tersentak. Sepasang mata milik butler itu mengingatkan dia dengan seseorang. Butler itu bersifat professional namun, pandangan matanya bagi Mawar menunjukkan keghairahan terhadap sesuatu yang membara-bara. Aura yang terasa gelap dan membuatkan bulu romanya setiap yang melihat ke dalamnya tegak.

Mungkin penampilan boleh menipu pandangan sesiapa sahaja. Bagi Mawar, pandangan matanya menyuarakan isi hatinya yang sebenar.

“Adakah saya kenal awak?” Spontan Mawar bertanya. 

“Saya rasa jawapannya… tidak,” laju butler itu menjawab, tersenyum sinis disertai renungan mata mengandungi maksud tersembunyi.

“Oh…” Mawar tidak puas hati dan tidak juga ingin melanjutkan pertanyaan, tetap menatap sepasang mata itu dengan harapan dapat dibaca isi hatinya. 

‘Aku benci dengan renungan matanya seseolah tidak sabar untuk melakukan sesuatu terhadap aku,’ detik Mawar dalam hati.

Beberapa saat mereka saling merenung.

“Come on,” ajak Kidman, menguis lengan baju Mawar.

Kidman mahu Mawar fokus dengan urusan utama mereka tanpa menyibuk urusan peribadi orang lain. Habis urusan, mereka akan segera pergi dari situ. Lagi cepat, lagi bagus..


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.