Home Novel Cinta Cinta Ajaran Sesat
Cinta Ajaran Sesat
awa
13/10/2022 20:47:32
2,978
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

AGAK lama Jihan termagu. Dapat dia rasakan bercupak mata memberi tumpuan kepada dia. Impaknya, terasa bahang seluruh tubuhnya. Kedinginan penghawa dingin gagal meresap apabila banyak mata menunggu jawapan balas dia.


“So, how Jee? Any question?”


Kiri dan kanan anak mata Jihan bergerak. Peluh di dahi dia hampir tumpah saat mata dia bertembung dengan sepuluh pasang mata lain. Mereka sedang menunggu respon dia.


Jihan ada satu soalan yang mewakili soalan-soalan dia yang lain. Dia ada masalah apabila nama dia seorang tersenarai bagi mencapai visi syarikat. Mereka semua mengharapkan dia sepenuhnya bagi mengekalkan reputasi syarikat.


“I have a question.”  Jihan bersuara setelah agak lama berperang dengan perasaan sendiri yang bercampur baur.


“Carry on.” Encik Malik selaku pengelola mesyuarat hari ini memberi lampu hijau kepada Jihan.


Jihan perlu menolak. Kerja ditawarkan terlalu ekstrem bagi dia. Dia tidak sesuai untuk kerja tersebut! Sepatutnya, Melisa yang mempunyai rupa paras dan perwatakkan menarik perlu turun padang. Bukannya Jihan yang penampilan biasa-biasa saja.


Oh, ya!


Mana mungkin Melisa akan dihantar ke tempat kejadian. Encik Malik itu kekasih gelap Melisa. Di situ saja Jihan dah kalah. Dia tak punya alasan lain memandangkan yang lain-lainnya ada yang mengandung. Ada yang dah berumur. Ada pula terikat dengan kerja dan tanggungjawab sebagai suri rumah.


Jadi apa alasan paling kukuh perlu dia berikan demi menolak perkerjaan tersebut?


“Jee?”


Kelip-kelip Jihan apabila nama dia diseru lagi. Sedang sibuk mencari alasan, sempat dia mengelamun. Jaun menyimpang lamunan dia. Sampai nama Melisa terheret sekali.


“I’ll try my best.” Lain pula yang terluah dari mulut dia. Malah, jawapan dia mengundang tepukan gemuruh daripada semua yang menghadiri mesyuarat hari ini.


Jihan pamerkan senyuman hambar. Tak merasa gembira bila merasakan dia sedang menempah keranda untuk diri sendiri. Dunia dia gelap.


Semakin kekok senyuman Jihan.


“Aku rasakan Jee, kalau kau berjaya gambarkan keadaan dekat sana, aku yakin berita tu akan hangat. Semua orang akan tertunggu-tunggu nak tahu kisah selanjutnya.”


Jihan baru cecah punggung di atas kerusi, seorang office mate dia mendekat lalu singgah meja dia. Apalagi kalau bukan datang nak bergosip.


“Akak sokong cakap Su tu. Lepas ni, Jee dah boleh gantikan tempat Mel. Biar padan dengan muka Si Mel tu.”


Kalau seorang dah datang, wajib berdua. Baru gamat.


Jelingan Jihan singgah pada mereka berdua. Paling terkesan dengan jelingan dia, tentunya Kak Zaha. Sebab Kak Zaha saja nak Jihan kena serang dengan isteri Encik Malik agaknya dengan menjadikan dirinya kekasih gelap nombor dua lelaki tersebut. Melisa yang nak dapat tiket menjadi isteri kedua pun belum berhasil, nak ditambah yang ketiga.


“Sorry, Jee.” Kak Zaha tahu dia agak melampau. Memang patut pun kena jeling dengan Jihan.


“Tapi akak cakap benda yang betul. Melisa tu mana boleh ke sana. Dia tak cukup kental. Gedik sana-sini. Macam mana nak dapat info yang betul nanti? Betul tak?”


Jihan tak rasa Kak Zaha akan berhenti bercakap. Mentang-mentang dia selaku ketua unit dah rela hati nak berkampung di sana demi menjadi wartawan tak berbayar semata-mata mendapatkan berita sahih, bukan main riuh mulut mereka memuji. Cuba kalau Jihan buka kaunter mencari sukarelawan di kalangan orang bawahannya, memang semua tunduk kepala. Belum dengar lagi alasan mereka semua yang tahap meraih simpati.


Jadi, Jihan sanggup jadi bidan terjun. Hanya dia yang single. Yang tidak perlu kebenaran sesiapa untuk kerja di luar kawasan.


“Kali ni, content kita mesti kebabom! Ramai yang nak sangat tahu ajaran apa yang mereka karutkan sampai ada dua puluh ribu orang pengikut.” Suraya bercakap dah lupa dunia. Lupa kerja dia sebagai editor berita-berita alam maya. Sibuk bercerita sampai tak ingat kerja yang tergendala.


“Kak Zaha pun rasa macam tu…Cerita ni tengah hot sebab tak ada saksi yang berani tampil bagi keterangan.” Kak Zaha dengan Suraya tiada bezanya. Masing-masing teruja dalam mengupas isu semasa. Kalah ahli-ahli politik.


Kepala Jihan dah mula berdenyut. Dia menjeling jam dinding. Padanlah, waktu lunch dah sepuluh minit berlalu. Dia perlu makan sebelum kandungan gula dalam badan dia menjunam. Dia ada sejarah bacaan gula drop, dan dia hampir pitam. Dia perlu elak perkara tersebut berulang kerana dia hilang tempat untuk diharapkan sejak hidup sendiri. Dia perlu biasakan diri hidup berdikari semula.


“Tak sia-sia Nadi Media ada pekerja macam Jee!”


Jihan dah lali dengan pujian mereka semua. Dan percayalah, keputusan dia di bilik mesyuarat sebentar tadi membuatkan dia bakal menerima pujian hampir seminggu lamanya. Boleh jadi pujian itu berlarutan hingga sebulan. Cuba kalau dia menolak, mulalah satu pejabat ini merungut. Menjeling dia tanpa henti. Herot-berot mulut mereka mengharapkan dia.


Silap haribulan, pejabat mereka perlu siap-siapa menghadapi musim tengkujuh. Takut banjir air mata bakal melanda. Perkara itu wajib dielak kalau tak nak Jihan ikut sama lemas.


“Ada yang nak ikut?” Jihan dah sambar beg tangan dia. Hari ini, hari terakhir Jihan makan dengan mereka. Esok dia akan bergerak ke Besut, berkampung di sana. Mungkin berhari-hari. Tak berhari, mungkin berminggu.


“Kali ni biar Kak Zaha belanja!” Kak Zaha terkoncoh-koncoh ke meja dia mengambil dompet segi empat miliknya.


“Su belanja! Sementara masih bujang. Nanti Su dah nak kahwin, bajet dah lari. Ni je la masanya.” Suraya pun tak nak kalah, lekas dia ke drawer mengambil beg.


Geleng kepala Jihan dibuatnya. Setiap kali keluar makan, topik yang sama mereka gaduhkan. Selalunya, Jihan akan pura-pura ke tandas, dan dalam diam dia yang akan membayar makanan mereka. Sekaligus menamatkan perbalahan di antara orang muda dan orang pertengahan umur.




PELIPIS dipicit perlahan. Awal-awal lagi dia sudah ditimpa masalah. Dia berpura-pura seperti orang yang baru pindah ke sini, kemudian barulah dia akan cuba rapat-rapat dengan kejiranan. Masalahnya sekarang, dia tidak pura-pura. Dia memang dah sesat! Dia gagal menemui rumah sewanya.


Sepuluh minit dia berpusing dan berhenti di tempat yang sama. Sampaikan dia merasakan kemungkinan besar yang dia berada di alam bunian. Namun perkara mengarut itu ditepis.


Kepala Jihan turun pada cebisan kertas yang tertulis alamat rumah sewanya. Kemudian dia menjeling telefonnya yang sepi. Sudah lima kami dia cuba menghubungi tuan rumah, lima kali itu juga panggilan dia tidak bersambut.


Mengikut sesi short briefing Jihan dengan Encik Malik pagi tadi, bayaran serta wang deposit sudah diuruskan oleh Encik Malik. Kelengkapan rumah juga telah disediakan. Tiada apa yang perlu Jihan risaukan. Yang merisaukan, sini kawasan perkampungan. Takut matahari terbenam pun, Jihan masih gagal menemukan rumah sewanya.


Panjang keluhan Jihan.


“Assalamualaikum.”


Hampir terlepas kertas di tangan Jihan. Terkejut dengan suara yang menyapa. Segera dia menoleh.


“Wa…Waalikumsalam.” Dalam takut-takut, Jihan menjawab juga salam orang tersebut.


Pertamanya, Jihan disapa raut wajah sedap mata memandang. Keduanya, orang di depan matanya segak. Tinggi juga, tapi tak tergolong dalam tinggi lampai. Ketiganya, senyuman orang ini menghilangkan rasa takutnya. Jihan tak rasa orang ini penculik.


“Cik cari siapa? Dah tiga kali saya nampak cik dekat sini.”


Kekok senyuman Jihan. Ada yang nampak rupanya.


“Saya cari rumah ni.” Jihan gunakan kesempatan bertanya di mana rumah sewanya. Cebisan kertas dihulurkan kepada jejaka di depan matanya.


“Oh, rumah Haji Isnin!”


Kelip-kelip Jihan pandang jejaka itu. Salah Jihan. Dia lupa bertanya nama tuan tanah.


“Err…Ya.” Hanya itu mampu dia jawab.


“Tapi, rumah Haji Isnin dah kosong.”


“Saya baru sewa.” Potong Jihan.


Lelaki itu angkat muka. Tatkala pandangan mereka bertembung, lelaki itu terlebih dahulu memberi Jihan senyuman, sampai dia hilang susunan ayat.


“Saya hantar awak ke sana.”


“Tak perlu susah payah, tunjuk saja…Pandailah saya cari.” Jihan tak menyusahkan. Mungkin dengan sedikit pandu arah, dia akan jumpa juga rumah sewanya.


“Bahaya Cik.”


Kali ini, tak berkedip Jihan pandang lelaki ini. hilang senyumannya. Jihan dipersembahkan seraut wajah seriusnya pula.


“Saya hantar cik ke sana.”


Entah apa yang merasuk Jihan, kepala diangguk. Setuju dengan cadangannya. Jihan tak patut percayakan sesiapa. Tapi Jihan melanggar prinsipnya.


“Saya Najmi.”


Terima kasih. Selepas ini Jihan akan mengelak bertemu dengan Najmi. Cukup kali ini.


“Panggil Jemi.”


Lidah Jihan dah diharamkan sebut nama lelaki sejak dia berpisah. Minta maaflah Jemi.


Jihan berundur selangkah bila Najmi tiba-tiba mara, merapatkan jurang mereka. Sempat lagi Najmi toleh kiri dan kanan. Jihan dah siap sedia nak buka silat panggung kalau Najmi berani mengapa-apakan dia.


“Sini orang panggil kerajaan langit. Sebab tu bahaya! Lagi bahaya cik merayau seorang diri.” Bisik Najmi. Mata dia nampak berjaga-jaga.


Okey! Jihan tarik semula semua prinsip dia selepas berpisah. Dia jadi tertarik dengan nasihat Najmi.


“Jemi orang sini?” Tanya Jihan.


Najmi merenung Jihan tanpa berkedip. Dia nampak sepasang mata Jihan seperti terdesak mencari peneman.


 















Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.