Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 46

BAB 46

SEBULAN berlalu dengan pantas, hari ini baba dengan bonda akan balik dari bercuti. Aku pula duduk di rumah along selama menunggu kepulangan mereka. Semestinya baba dan bonda bertanya pada Rayyan tentang keberadaan aku. Aku langsung tak balik lepas peristiwa dua minggu lepas. Aku terus kemas pakaian dan barang aku, ikut along balik rumahnya yang terletak di bandar Ara Damansara. Mujur, kakak ipar aku seorang yang open minded. Tak kisah. Bahkan, dia layan aku macam dah lama kenal.

Ting! Tong!

"Aunty! Ada orang datanglah!" beritahu Masyitah dan Arif serentak.

Along dengan Kak Long keluar pergi membeli barang dapur dekat Aeon. Along tak ada pula cakap ada orang nak datang rumah dia. Mujur ada budak kecil dua orang ni teman aku. Rasa seram pula kalau tinggal sorang-sorang.

"Ya. Cari siapa?" Terpegun aku tengok gadis yang sedang berdiri dekat luar pintu pagar rumah along. Cantik sangat orangnya. Macam model. Tapi muka dia macam aku pernah nampak, tapi dekat mana, eh?

"Hai, Raihana kan? Atiana Mysara."

Aku terus tersenyum lebar. Atiana rupanya! Patutlah macam pernah nampak. Aku ni pun satu. Baru aje beberapa hari lepas along video call dengan dia. Memperkenalkan aku dengan Atiana. Atiana ni memang masuk air kepalanya. Lebih kurang macam Emma. Emma pun dah berkenalan dengan dia. Atiana nilah yang akan tolong aku nanti bila dekat Jepun. Dia datang ni pun sebab aku yang minta tolong. Sebab aku nak bertolak ke Jepun awal dari along dengan angah. Aku nak bawa diri lepas masalah ni selesai.

"Atia! Kau ke? Ya Allah, aku ingat bidadari manalah datang rumah ni. Cantik sangat!"

Atia tertawa kecil. Lantas aku membuka pintu pagar mempelawa Atia masuk.

"Amboi, tinggi sangat puji tu. Aku pun ingat aku salah rumah sebab tengok kau macam anak Puteri Raja gitu."

Serentak aku dengan dia ketawa. See. Aku dan dia mudah terhibur.

"Aunty Atia!" jerit Arif dan Masyitah serentak. Nampaknya dua budak kecil ni kecil dengan Atia.

"Hai sayang-sayang, auntySeriously, kita dah lama tak jumpa. Are you miss me, guys?"

Laju kepala dua-dua orang budak itu mengangguk. Atia menghulurkan dua beg kertas yang dipegangnya sejak dari tadi kepada Arif dan Masyitah. Suka sangat mereka dapat hadiah dari Atia.

"Rai, so how are you, now? Masalah dah settle?"

Aku tersenyum seraya menggelengkan kepala.

"Nope. Tapi dah hampir nak selesai. Dalam hari ni mungkin. Aku tengah tunggu Adam. Dia tengah busy dekat kafe sekarang. Ramai pelanggan. Jadinya, aku tunggulah dia free dulu baru boleh pergi pejabat tu. Along tak bagi aku pergi sorang-sorang. Takut sangat si bapak singa tu buat apa-apa dekat aku." Aku tersengih.

Atiana menggelengkan kepalanya. Hari tu aku dah menceritakan semuanya dekat aku. Tapi aku tak expect yang dia akan memaki-hamun dekat dalam panggilan video tu juga. Along cakap Atiana ni nampak aje ayu, cantik dan masuk air. Tapi sekali orang cari masalah, memang kaw-kaw kena dengan dia. Mulut dia boleh tahan pedas tau.

"Alahai kau ni. Kau mesti lupa aku nak datang hari ni kan? Buat apa tunggu Adam tu. Kesian dia, rushing. Jomlah aku teman kau. Bawa je budak-budak ni sekali. Anak-anak Raid ni aku pernah aje jaga masa Raid nak dating dengan Zara tu."

Aku galak ketawa. Kantoi!

"Wah, kesian dekat Adam, eh? Aku tengok kau macam rapat je dengan Adam. Ada apa-apa ke? Masa first time video call hari tu pun, kau dengan Adam bukan main teruja berhai-hoi-hai."

Kali ni Atiana pula ketawa mengekek-ngekek. Suka sangat! Aku syak memang dia ni ada something fishy dengan Adam. Adam pun tak pernah cerita dekat aku pasal Atiana.

"Keluarga aku dengan keluarga Adam rapat. Boleh dikatakan dah macam keluarga. Ami dengan abi aku bestfriend kepada mama dan papa Adam. Sebab tulah. Aku pun dah lama sebenarnya tak jumpa dia secara bersemuka sejak aku sambung belajar dekat Jepun dan tinggal dekat Jepun bertahun-tahun. Last contact pun, masa dia call aku dia bagitahu yang dia nak pergi California."

Aku mengangguk-anggukkan kepala. Rasanya Adam pernah beritahu pasal Atiana ni tapi aku yang lupa kut. Yelah. Ceritanya sekali aje. Mana aku nak ingat. Adam memang tak pernah bukak cerita pasal Atiana.

"Lah... patutlah. Tapi serius, Adam tak pernah cerita dekat aku apa-apa pasal kau."

"Orang dah sibuk bercinta masa tu. Buat apa nak cerita pasal perempuan lain, kan? Nanti kau yang cemburu."

Aku mencebik. Boleh pulak dia perli aku.

"Aku tak cemburulah. Sekarang aku dengan dia dah jadi bestfriendSo, nothing between us. Aku sekarang ni fikir nak..." Aku menekup mulutku. Kenapa tekak aku loya sangat? Secara tiba-tiba...

"Rai? Are you okay?"

"Werk...." Aku terus berlari ke kamar mandi yang terdekat dan terus memuntahkan isi perut ke sinki. Tak sempat nak buat apa. Isi perut aku menggelodak habis. Makanan sarapan aku tadi habis aku keluarkan semula.

"Hey, Rai. Kau okey tak ni? Kau buat aku risau..." Atiana mengusap-usap belakang aku. Aku terus-menerus memuntahkan isi perut.

"Aunty, kenapa dengan aunty Hana...," soal Masyitah yang sudah berdiri di muka pintu bersama Arif.

"Aunty tak sedap perut aje. Ita dengan Arif pergi tengok Kartun, ya? Nanti aunty datang...," beritahu Atiana.

Masyitah dan Arif akur. Terus aje berlalu pergi ke ruang tamu semula.

"Serius kau okey tak ni, Rai?"

Aku menggeleng-gelengkan kepala aku. Sumpah! Kepala aku berat. Tekak aku tak usah cakap. Loya dia lain macam.

"Kita pergi klinik, okey? Kau duduk sini dulu. Aku ambilkan jaket kau."

"Bilik aku sebelah bilik Ita." Lemah suara aku memberitahu Atiana.

Atiana hanya mengangguk. Segera ke bilik aku seraya menjerit memanggil dua budak kecil itu bersiap-siap. Aku pula dari tadi tak berhenti-henti memicit kepala aku. Apa dah jadi dengan aku ni? Hari tu baru aje aku kebah dari demam. Tak akanlah demam lagi. Sudahlah hari ni aku nak selesaikan masalah dengan Rayyan.

*****

"RAI... kau okey?" soal Atiana sebaik saja kami keluar dari bilik doktor.

Aku tak menjawab. Kepala otak aku ligat berfikir. Selepas sebulan lebih, lepas kejadian kisah silam aku tu. Terus melekat? Aku disahkan mengandung dan kandungan aku sekarang berusia 2 minggu. Aku buntu. Kenapa aku tak sedar yang bulan ni aku datang period lambat.

"Rai, please say something. Jangan buat aku risau," suara Atiana yang semakin cemas menyedarkan aku dari lamunan. Tanpa menjawab aku terus memeluk tubuhnya erat dan melepaskan tangisan.

"Atia, kenapa? Kenapa aku mengandung? Aku dah nak berpisah dengan dia, Atia. Apa aku nak buat ni?" Teresak-esak aku menangis. Atiana mengusap-usap belakang aku lembut.

"Aunty, janganlah menangis. Jangan sedih-sedih." Petah Masyitah memujuk aku sambil hujung baju aku ditarik-tariknya.

Aku terus mendukung Masyitah. Baru berusia 4 tahun tetapi sudah fasih bercakap. Pandai memujuk dan peramah. Sama seperti ibunya. Arif pula didukung oleh Atiana. Kami sama-sama melangkah keluar dari klinik. Kepala aku masih berat. Berat memikirkan kandungan aku. Aku mengandungkan anak Rayyan. Apa aku nak buat sekarang ni? Aku dengan Rayyan dah nak berpisah. Patutkah aku sembunyikan kandungan aku ni?

"Rai, Ita dengan Arif mengadu yang diaorang lapar. Kita pergi kafe Adam, eh? Alang-alang dah dekat ni dan aku tahu kau mesti perlukan Adam sekarang ni. Jomlah."

Aku hanya mengangguk. Membuntuti langkah Atiana ke kereta. Aku peluk tubuh kecil Masyitah sepertinya memerlukan kekuatan dari seseorang. Masyitah ligat membelai rambutku perlahan.

Ya Allah, sungguh berat ujianMu ini. Kuatkanlah aku.


Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.