Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 44

BAB 44

KAMI berdiri di hadapan pintu bilik bernombor 603. Jantung aku macam dah nak melantun keluar dah. Adam sudah mengangkat tangannya untuk mengetuk pintu itu tetapi cepat-cepat aku menghalang. Aku nak buat sendiri. Aku nak jadi orang pertama melihat aksi-aksi yang diaorang buat dalam bilik ni. Sempat lagi aku kerling ke arah Adam yang sudah bersedia bersama telefon bimbitnya.

Tok! Tok!

"Wait a minute!"

Aku dengar suara Rayyan menyahut ketukan aku. Tak pula aku dengar suara Serena di dalam bilik. Kenapa aku sibuk sangat nak tahu apa yang dia dan Serena buat dalam bilik ni? Kenapa perasaan aku kuat mengatakan yang aku cemburu. Cemburu kalau betul Rayyan berdua-duaan dalam bilik dengan Serena.

"Yes?"

Rayyan dalam keadaan tidak berbaju mendongak perlahan menatap wajah aku kemudian Adam dengan reaksi yang tak dapat aku tafsirkan. Dia terkejut ke apa? Kenapa aku tak boleh nak baca air muka dia?

"Aazeen. Kenapa kau ada kat sini?" soal Rayyan dengan nada keras. Dia buka pintu separuh saja. Tubuh dia pula menghalang aku untuk tengok suasana dalam bilik itu.

"Hotel ni terbuka untuk semua orang. Tak salah untuk aku datang sini. Kau buat apa? Hurm..."

"Aku tengah buat kerja."

Aku tertawa kecil. Buat kerja? Tapi dengan tak berbaju lepas tu berseluar pendek paras lutut macam tu. Wah! Kerja apa yang kau buat, ya?

Dengan kekuatan yang aku ada secara tiba-tiba, aku merempuh masuk ke dalam bilik Rayyan. Dan saat aku melangkah masuk, bebola mata aku dapat menangkap satu figura seorang gadis yang sedang berdiri di tepi katil sambil menutup tubuhnya dengan sehelai kardigan. Siapa lagi kalau bukan Serena. Aku sekarang ni berdiri betul-betul dekat muka pintu bilik dan Rayyan pula berdiri di tepi aku lepas kena tolak dengan aku tadi. Sempat lagi dia menyarung sehelai t-shirt ke tubuhnya.

"Oh. Ini kerja kau rupanya? Megah diri dengan membuat maksiat, huh?"

Adam hanya tercegat berdiri di belakang aku. Dan pastinya aku tahu dia sedang merakam dan menangkap momen-momen 'indah' aku berjumpa dengan Rayyan dan Serena.

"Kau jangan nak cakap aku macam-macam...."

Pang!

Satu tamparan padu aku hadiahkan untuk Rayyan. Aku minta maaf. Aku memang hati tisu. Hati aku tak kuat tengok semua ni. Hati aku sakit sangat bila tengok Rayyan dengan perempuan lain. Sejahat-jahat dia, dia suami aku. Isteri mana yang tak sakit hati bila tengok suami dia dengan perempuan lain. Tak ada, weyh! Tak ada.

"Tu tamparan pertama sebab kau fitnah aku, Rayyan Husaini!" jerkah aku sekuat hati. Lantaklah apa orang nak cakap. Biar diaorang tahu siapa sebenarnya Rayyan Husaini.

Pang!

Tamparan kedua aku tekankan sedikit tenaga aku supaya dia merasai kesakitan yang aku rasa sekarang ni.

"Tu! Tamparan kedua sebab hati aku sakit!" jerit aku. Air mata aku sudah bertakung. Penuh. Tunggu masa saja untuk tumpah.

"Kenapa kau diam, huh!"

Aku nampak dada Rayyan berombak laju. Anak matanya tak lepas-lepas dari merenung aku. Peduli apa aku? Kau nak buat apa dengan aku, buatlah! Aku dah penat! Penat dah nak hadap semua ni. Aku dah tawar hati.

"Kenapa kau diam? Aku tanya kaulah!"

"Kau nak aku cakap apa?" soal Rayyan semula dengan nada bergetar di hujungnya. Ya. Aku tahu dia tahan marah.

"Cakaplah apa-apa! Itu pun nak aku ajar ke? Sejak bila kau jadi bodoh!" Sungguh aku tak mampu mengawal emosi aku lagi. Dan seumur hidup aku, tak pernah aku menengking orang sekuat ini.

"Rai, sabar Rai." Adam mula mencelah bila dia tengok aku macam dah nak hilang kawalan.

"Aku memang boleh bersabar lagi. Tapi dua ekor ni yang buat aku hilang sabar. Diaorang dua ni buat aku macam tak ada hati dan perasaan." Terketap-ketap bibir aku cuba untuk mengawal diri.

"Rai, kau jangan nak buat kecoh dekat sinilah. Kau sedarlah yang Rayyan tak pandang kaulah. Kau juga dah tahukan yang selama ini, Rayyan berpura-pura. Dan dia nak berkahwin dengan kau disebabkan harta ni. Hari tu yang dia tersentuh kau, dia tak ada niat pun. Dah kau cabar ego dia. Siapa suruh? Kan dah mendapat...."

Aku tersenyum. Mengejek. Aku perhati aje dengan selamba badak dia, boleh lagi sarung jaket panjang dia. Tahu pula malu nak tutup badan. Tadi bukan main kalau boleh nak tunjuk semua dekat orang.

"Ada aku tanya kau ke betina sundal?" Sedas aku bagi dekat dia balik. Aku rasa aku tak ada pun tanya dia apa-apa. Dah kenapa tiba-tiba nak bersuara.

"Kau tu yang betina sundal. Tak sedar diri. Rayyan tu tak sayangkan kau. Sedarlah, weyh. Kau tu syok sendiri je lebih. Kau tahu tak, yang aku dengan Rayyan akan berkahwin tak lama lagi. Dan kau pula, goodbye..."

Serena memeluk lengan Rayyan. Memang betul-betullah perempuan ni sejenis muka tembok. Kalah tembok aku rasa. Tembok kalau lama-lama pun boleh pecah. Ini dia aku tak tahu sejenis muka apa.

"Oh. Ye ke? Tahniah aku ucapkan. Syabas, sebab berjaya perangkap aku. Eh, korang berdua sedar tak, yang hidup kat dunia ni tak lama tau. Antara kita semua kat sini, siapa-siapa aje boleh pergi dulu. Mana tahu esok kau ke mati dulu ke, kan? Kau dah bersedia?"

Berubah air muka Serena. Kenapa? Sentap ke takut? Aku ingatkan orang macam dia sejenis tak takut mati. Jenis kental!

"Aik, kenapa senyap? Sentap dah? Ke takut...."

"Eh, dahlah. Kau boleh blah tak?"

Aku tertawa kecil. Entah macam mana air mata aku tadi boleh kering secara tiba-tiba. Ajaib sungguh. Agaknya terhibur tengok dua orang ni tengah buat lawak. Tu boleh kering air mata tu.

"Kau siapa nak halau aku? Owner hotel ni ke? Aku tak akan keluar selagi suami kesayangan aku ni tak cakap apa-apa. Sejak bila dia bisu?" Setiap butir perkataan aku tekan satu per satu. Nak-nak lagi bila aku sebut 'suami kesayangan' tu. Bagi jelas di pendengarannya. Sekali-sekala kan?

"Biy, why are you keeping quiet? Say something. She want to hear your confession that we will marry so soon. Am I right?"

Sedetik. Dua detik. Tiga detik.

"Yes. We will marry so soon."

Akhirnya Rayyan bersuara dan memberi pengakuan jelas dekat aku. Walaupun hati aku macam kena panah dengan anak panah beracun tetapi luaran aku tetap tersenyum. Biar senyuman aku menjadi senyuman terakhir untuk Rayyan Husaini. Lepas ni tak ada lagi senyuman untuk dia.

"Wah. Congratulations, Rayyan," ucap aku dengan nada teruja. Dibuat-buat rasa teruja tu sedangkan hati aku sudah menangis.

"Cukuplah jawapan tu. Aku tak perlu dengar jawapan lain rasanya. Maafkan aku sebab mengacau early honeymoon korang berdua. Semoga cepat dapat anak dan bahagia sehingga hujung nyawa. Aku doakan ya, Rayyan?"

Air mata aku gagal dikawal sebelum aku memalingkan muka dan membawa langkah keluar dari situ. Meninggalkan mereka sekali gus meninggalkan Adam yang masih lagi tercegat di muka pintu.

"Raihana!" Jeritan Adam menghentikan langkah aku. Lambat-lambat aku memusingkan tubuh aku menghadapnya.

"Hey Adam! Lepaskan akulah!" jerit Serena di saat Adam menarik lengannya kasar keluar dari bilik itu dan diheret ke beranda hotel.

Aku terkejut. Rayyan pula tak menghalang. Masih lagi berdiri di dalam balik sepertinya termenung. Aku tak nak buang masa aku lagi. Aku terus mengejar langkah Adam dan Serena yang sudah semakin jauh.

Aku pula yang takut tengok Adam dengan muka bengis dia. Dia nak buat apa dengan Serena?


Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.