Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 19

BAB 19

      SELEPAS berlaku pergelutan pagi tadi, aku terus masuk ke dalam bilik kerja lama aku dan terperap dalam bilik tu buat beberapa jam. Memikirkan keputusan yang paling matang untuk aku buat. Serena pun bukan masuk dalam bilik ni. Selagi baba tak tahu yang Serena PA baru kepada Rayyan, bilik ini akan menjadi milik aku buat seketika. Jangan risau. Sekejap saja. Aku rasa aku nak buat surat perletakan jawatan dan bekerja di sebuah kafe yang dicadangkan oleh Emma tempoh hari. Kafe itu pun sebenarnya kepunyaan pak cik Emma sendiri. Jadi, aku pasti yang aku akan dapat kerja tu. Kalau tak dapat pun, aku boleh kerja tempat lain.

      “Raihana...”
     
      Terkejut aku mendengar suara garau seseorang yang menerjah masuk ke dalam bilik aku ini. Kus semangat! Aku dahlah tengah mengelamun. Dia bukan nak ketuk pintu ke apa! Aku membaling sebatang pen tepat mengenai dahi Adam.

      “Aduh!” Adam menggosok-gosok dahinya.

     “Hah! Terjah lagi masuk! Kan dah mendapat! Padan muka!”

     Adam tersengih kecil seraya melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan aku.

     “Sorry. I tengok you mengelamun jauh sangat. Ingatkan you perasan I masuk. Rupanya tak.”

      Menyampah pula aku tengok dia sengih macam kerang busuk macam tu. Suka-suka hati dia saja masuk dalam bilik kerja aku tanpa keizinan aku.

     “Siapa suruh you masuk? You keluar sekarang. Ketuk dan bagi salam.”

     “Alah...”

     “Ah! Tak ada alah-alah! Cepat! Sekarang!” Sekali-sekala aku nak tunjuk kegarangan aku pada manusia-manusia yang senang-senang saja mengambil kesempatan ke atas kebaikan aku. Raihana yang baik tu ada cuma dia disimpan buat seketika. Untuk orang tertentu saja yang dapat mengenalnya.

     Aku memerhatikan Adam yang keluar semula dari bilik kerjaku kemudian dia mengetuk seraya memberi salam. Dalam beberapa minit, baru aku izinkan dia masuk. Saja dengki, bagi dia berdiri dekat luar tu lama sikit.

     “Ada apa?” soal aku tanpa memandang wajahnya. Aku ralit menaip pada papan kekunci. Kalau boleh nak siapkan surat perletakan jawatan tu secepat yang mungkin. Aku nak letak notis awal seminggu. Jadi, aku akan bekerja dekat sini seminggu saja lagi. Bolehlah duit gaji aku kerja sini, aku nak buat simpanan persendirian.

      “I nak minta maaf dengan you. I tak tenanglah kalau tak dapat kemaafan dari you. Walaupun hari tu you cakap you maafkan tapi I tak rasa you ikhlas. Please, Rai. Kita get back? I miss you. So much.”

      Aku melepaskan keluhan berat. Kenapalah manusia depan aku ni tak faham bahasa? Dia nak aku cakap bahasa zaman purba ke? Pakai simbol-simbol segala. Aku cakap tak nak tu tak naklah. Kenapa nak dipaksa-paksa?

     “Kan I dah cakap. I dah maafkan. Kita boleh jadi kawan. I tak nak get back ke get front ke, sebab I memang dah tak nak couple semua ni. Please, I ada hak I nak tentukan masa depan I. You tahukan yang I ni...”

     “Yang you ni apa, Rai?” Berkerut dahi Adam memandang aku.

     Hampir saja aku mahu terlepas. Aduhai, Raihana. Kau nak malukan diri kau sendiri ke? Ada ke patut aku nak ceritakan hal aku dengan Ezra tu? Gila ke apa? Hish! Cari nahas saja!

      “Just forget it. Also, forget me. Kalau you rasa nak kawan dengan I, buat cara kawan. Kalau lebih dari tu. Sorry. Hati I dah tertutup. No more couple. No more love. I nak pulihkan hati I ni. Luka dia masih belum sembuh lagi, kering pun tak lagi tau.” Sengaja aku menyindir dirinya.

     Aku dengar Adam melepaskan keluhan. Dah putus asa ke?

     “I tahu pasal video tu. I tahu yang you dengan staf dekat sini...”

     “Stop it, Adam. Don’t make me remember that again. Please, go away. Kalau dah tak ada apa-apa. Baliklah. I ada kerja.”

      Adam mengangkat kedua-dua belah tangannya. Surrender apa pula dah ni?

     “Okey okey... I am sorry, Raihana. I bukan nak bagi you ingat semula. I nak ada sentiasa dengan you susah dan senang. Like our promise before. Do you remember?”

     Aku menggelengkan kepala. Aku ingat tetapi aku tak nak mengaku. Janji tu pada aku dah terpadam selepas apa yang dia buat dekat aku.

     “I selalu datang sini sebab syarikat baba you dengan syarikat family I partnership. Jadi, I tak akan putus asa untuk pikat hati you semula. Okay?” Dia mengangkat punggung lalu melangkah keluar dari dalam bilik kerjaku.

     Apa-apa sajalah, Adam Harith. Aku dah tak nak ambil tahu apa-apa pasal kau lagi.

*****

     BABA dan bonda sudah balik secara mengejut sebaik saja aku pulang dari pejabat. Ngam-ngam aje aku balik ke rumah ni setelah lama menghilangkan diri. Rayyan pula aku rasa dia tak balik ke rumah lagi. Pergi datinglah tu. Apa lagi?

     “Raihana! Anak bonda! Rindunya!”

     Aku membalas pelukan bonda erat. Rindu! Walaupun aku dah tahu siapa diri aku yang sebenar. Aku tak pernah marah dan salahkan mereka. Disebabkan mereka juga dah bersusah-payah menjaga aku dari kecil. Satu hari nanti, aku kena balik ke pangkuan keluarga sebenar aku juga. Aku rasa dah banyak sangat berhutang-budi dengan mereka. Dah macam-macam kemewahan yang mereka bagi dekat aku. Macam Rayyan cakap, aku ni menumpang saja. Aku sedar, siapa diri aku ni.

     “Rai, ingat tak hari ini birthday Rayyan? Baba dengan bonda dah siap beli kek dengan hadiah. Rai ada beli hadiah untuk dia ke?”

     Aku tersenyum kecil seraya mengangguk. Ya. Waktu lunch dengan Adam tadi, sempat lagi aku mengajak dia pergi ke kedai cenderahati untuk beli hadiah hari kelahiran bapak singa tu. Walaupun dia bencikan aku dan pada masa yang sama aku pun bencikan dia. Masih lagi ada sifat sayang aku pada dia sebagai abang. Walaupun dia tak pernah anggap aku adik dia, tapi suatu ketika dulu, aku sayangkan dia sangat-sangat sebagai seorang abang. Masa tu aku tak tahu apa-apa. Dia layan aku dengan layanan dingin, aku tetap layan dia dengan layanan seorang adik kepada abangnya. Mungkin itu semua hanya tinggal kenangan nanti....

      “Ada, bonda. Dalam beg kertas ni. Rai balik dulu tadi naik Grab sebab Rayyan mungkin sibuk tu. Tadi ada tender baru masuk.”

     Baba dengan bonda menganggukkan kepala seraya tersenyum.

     “Rai naik dulu, ya. Nak sambut hari jadi abang pukul berapa?”

     “Pukul 9 malam ni. Oh ya, pakai baju yang bonda dah letakkan dalam bilik Rai tu ya.”

     Aku menganggukkan kepala. Kaki membawa langkah mendaki anak tangga demi anak tangga. Ketika hendak melangkah ke bilik, aku terpandang pintu bilik Rayyan yang tidak tutup rapat. Aku berkira-kira hendak berikan hadiah ini kepada dia pada waktu bila. Entahlah, aku dapat rasakan, kalau aku bagi hadiah ni. Mesti dia akan buang atau malukan aku depan orang ramai. Malam ni mesti ramai yang hadir nak buat kejutan hari kelahiran dia. Tak apalah. Aku masuk bilik dengan niat untuk letak hadiah ni saja.

     “Happy birthday, Rayyan. Semoga kau selalu bahagia di samping keluarga dan tanpa aku lagi satu hari nanti....”


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.