Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 40

BAB 40

AKU melangkah masuk ke dalam rumah setelah memastikan Adam sudah bergerak pulang ke rumahnya. Aku nak ubatkan lebam dia tu, dia tak bagi. Katanya dia sendiri boleh buat. Aku pun tak cakap banyaklah. Badan aku dah letih. Nak jumpa kekasih aku dekat dalam bilik tu aje. Encik Katil yang empuk. Badan aku pun terasa sengal-sengal. Suhu pun macam makin naik. Haih... nak telan ubat ni pun satu hal. Payah sungguh!

“Raihana... baru balik? Encik Rayyan cari Raihana dari tadi,” tegur bibik Saha.

Aku terus memusingkan badan mencari kelibat Rayyan. Tak ada pula.

“Dia...”

“Aku kat sini. Kau pergi mana, huh?” soal Rayyan kasar.

Aku tahu dia berdiri dekat belakang sebab suara dia betul-betul belakang aku. Aku hanya mendiamkan diri. Lebih rela memandang wajah bibik Saha dari nak menatap mata dengan si bapak singa. Tak lama itu, aku ternampak kelibat seseorang sedang berdiri di anak tangga. Sempat lagi aku menjeling sedas. Tak tahu malu punya perempuan! Dah kena blacklist pun masih tunjuk muka! Memang muka tembok!

“Aazeen!”

Bergema-gema suasana ruangan rumah saat Rayyan menyeru nama aku dengan suara lantangnya. Aku perlahan menoleh dan aku nampak Rayyan menghantar isyarat mata tajam ke arah bibik Saha. Tergesa-gesa bibik Saha menaiki anak tangga. Aku malas-malas memandang ke arahnya. Entah masalah apa pula yang dia nak buat sekarang ni. Serius aku dah penat.

“Kau pergi mana? Aku tanya ni kan!”

“Suka hati akulah. Nak pergi mana ke? Nak mati ke, kan? Bukannya kau kisah? Tu isteri kau dekat tangga tu bukan aku.” Baik punya aku perli. Fikir dia tengking-tengking macam tu aku takut ke?

Pang!

Terteleng kepala aku dibuatnya. Wah! Dia tampar aku! Sedapnya. Rasa macam kena suap gula-gula tak pun coklat. Aku langsung tak menyentuh pipi aku sebaliknya aku menoleh kembali menatap wajahnya yang berubah bengis. Serupa singa kelaparan mahu menerkam mangsa.

“Kau... dah makin berani eh? Kau nak jadi isteri derhaka ke? Huh!”

Aku tertawa. Boleh tahan sinis juga bunyi ketawa aku.

“Oh. Isteri derhaka? Kau pula gelar apa? Bawa perempuan lain ke hulur ke hilir macam tak ada isteri. Tu dipanggil apa? Dayus? Dayus tu dah biasa orang guna. Apa kata aku gelar kau, suami yang membimbing isterinya ke neraka. Eh, tak, tak! Suami yang mengheret isterinya ikut dia masuk neraka sekali! Hah! Tu baru kena. Kena sangat dengan kau!” Suara kau sudah naik satu oktaf. Aku paling pantang kalau orang yang asyik nampak salah aku aje. Salah dia? Terkubur dalam tanah macam tu aje. Sikit-sikit nak guna kuasa veto. Isteri derhaka. Huh...

“Aazeen!”

Pang!

“Kau jangan nak sebut nama aku. Aku jijik dengar nama aku kena sebut dengan orang macam kau. Kau tak layak jadi suami akulah, Rayyan. Kau ceraikan aku ajelah! Untuk apa kau simpan aku lama-lama. Nak tunggu kau habiskan harta baba dengan bonda? Huh?”

Ingat dia aje boleh main bola tampar dengan aku? Aku pun bolehlah. Dulu sekolah aku juara dalam sukan bola tampar. Jadi jangan peliklah kalau sekejap lagi pipi si bapak singa ni bengkak. Boleh tahan kuat aku tampar. Aku rasa pakej tampar tambah penumbuk.

“Kau tunggu! Kau tunggu! Malam ni juga kau kena nanti!”

Aku hanya menganggukkan kepala sekali gus mendaki anak tangga. Melepasi si hantu Kak Limah yang masih tercegat dekat anak tangga tu. Dia pun dengan tiba-tiba nak menuruni anak tangga. Gaya dia macam nak langgar bahu aku. Aku dah dapat cam dah sebab cara dia turun tu. Dia ingat drama TV3 agaknya nak main langgar-langgar lepas tu jatuh. Kalau aku jatuh ada Prince Charming nak sambut tak apa. Ni ada bapak singa buat apa?

“Ah! Biy! Sakit! Auch!”

Aku terus menyambung pendakian aku. Sendiri yang nak langgar orang sendiri yang terseliuh kaki secara tiba-tiba. Tulah balasannya! Terang-terangan kena dekat situ juga! Hahaha! Puas hati aku!

Be careful, sayang...”

Aku nampak Rayyan memapah Serena turun tangga.

“Alahai! Macam dah nazak gayanya! Padahal jatuh tangga aje!” sindir aku sebelum masuk ke dalam bilik. Cepat-cepat aku mengunci pintu bilik aku. Ada ke naya nanti kena terjah masuk dengan bapak singa. Dia tu bukan betul. Datang gila dia. Habis aku!

*****

DARI tadi aku terpusing-pusing atas katil ni. Tadi beria-ria nak balik. Nak tidur. Makan ubat pun dah. Sekarang baru jam 7:30 malam. Awal juga. Mata tadi bukan main kuyu tapi kenapa sekarang tak boleh nak lelapkan mata ni. Aduhai! Macam-macam!

Argh! Nak tak nak aku bangun juga. Tekak pun terasa haus! Masa-masa macam nilah nak haus. Tadi masa jamah makanan dekat bawah, lupa pula nak bawa satu botol air masuk dalam bilik.

“Bik, buat apa tu?” soal aku sebaik saja menuruni anak tangga yang terakhir.

“Tengah kemas dapur ni. Kenapa Rai tak tidur lagi?”

“Tak boleh nak tidurlah, bik. Bik, mana majikan bibik yang macam bapak singa tu?” soal aku seraya tertawa kecil.

Aku nampak bibik Nira dengan bibik Saha dah tahan-tahan gelak. Diaorang pun terhibur bila aku panggil Rayyan, bapak singa. Tapi sebenarnya bapak singa lagi comel. Baik. Dari Rayyan tu. Hesy!

“Tadi baru aje keluar dengan perempuan tu. Katanya nak pergi makan malam lepas tu nak singgah kelab malam. Bibik dengar masa tengah menyapu."

Terbuntang mata aku. Mak ai! Kelab malam? Pergh! Ini satu bukti yang boleh dijadikan bukti utama!

“Oh ye ke? Betul eh bibik dengar?”

Laju bibik Nira menganggukkan kepalanya. Apa lagi, aku terus meminta diri untuk naik atas lepas dah hilang haus dekat tekak. Cepat-cepat aku masuk bilik, capai telefon bimbit aku dan terus buat panggilan video. Dalam panggilan tu, ada Emma sekali dengan angah, along dengan Adam.

Korang!” jerit aku teruja selepas ketiga-tiga mereka mengangkat panggilan aku.

“Hah! Terkejut aku. Kenapa ni?” sahut Emma.

Along dengan Adam dok tenung aje aku. Adam macam cover sikit muka dia yang lebam tu. Tak nak diaorang tanyalah tu. Angah pula duduk sebelah Emma sama juga tengah tenung aku.

“Bukti pertama! Rayyan dia pergi kelab malam dengan Serena. Rasa-rasanya mesti diaorang akan pergi kelab malam yang terkenal dekat bandar Kuala Lumpur tu. Ye tak?”

“Kelab malam eh? Baik punya jantan ni!” Selamba saja Emma menghina. Dan-dan tu juga angah tekup mulut dia. Yelah! Tengah mengandung kut! Selamba badak dia aje!

“Oi oi, ingat sikit kau mengandung. Nak mengutuk pun agak-agak. So siapa malam ni free. Boleh tak tolong dapatkan bukti. Esok kita jumpa! Rai belanja Tealive!”

“Wah! Tealive eh! Okey cun!” sahut Emma laju. Yang kena turun padang nanti mestilah angah. Tak adanya angah nak bagi dia ikut untuk menyiasat Rayyan. Awal-awal hari tu dah bagi amaran. Emma kena contact aku aje.

“Okey! Adam dengan along nak jumpa dekat mana? Aku siap-siap sekarang!” ujar Iman. 

“Okey, jumpa dekat kafe biasa. Kafe yang dekat dengan kelab malam tu!” balas along.

“Jumpa kat sana!” jawab Adam sebelum mereka serentak mematikan panggilan.

Aku terbaring dengan senyuman sambil mendepakan kedua-dua belah tanganku. Satu bukti dah berada dalam genggaman aku! Bahagianya! Gembira! Tak sabar! Ni kalau baba dapat tahu dia jejakkan tapak kaki dekat kelab malam. Aku jamin 100% yang sekelip mata saja harta dia kena rampas! Dah macam cerita P.Ramlee dah! Cerita mengisahkan rampasan harta! Tak apa, Rayyan. Kau gelek-gelek dulu. Berdangdut dulu dekat kelab malam tu. One day, kau akan mendapat!


Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.