Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 41

BAB 41

AKU melihat jarum jam yang tidak berhenti-henti bergerak. Masa begitu pantas berlalu. Rasa-rasanya along, angah dengan Adam masih lagi menyiasat. Yelah, sekarang baru pukul 1 pagi dan aku masih tak dapat nak lelapkan mata aku ini. Entah kenapalah susah sangat. Padahal aku ada makan ubat yang mengantuk. Doktor sarankan lepas makan ubat tu terus berehat. Berehat. Tapi masalahnya, kalau aku baring aje mesti terpusing-pusing. Semua serba-serbi tak kena.

Emma mesti dah tidur dah. Sebab kali terakhir aku hubungi dia tadi pukul 12 malam. Dia cakap dia dah mengantuk. Menguap beribu kali. Aku suruhlah dia tidur dulu, apa-apa aku akan hubungi dia. Sekarang ni aku nak tahu sangat yang apa bukti yang along, angah dan Adam dah dapat.

Tok! Tok!

Uish! Gugur jantung aku dengar bunyi pintu bilik aku kena ketuk macam nak pecah gayanya. Cepat-cepat aku tolak selimut dan membuka pintu bilik aku dengan segera. Kut-kutlah baba dengan bonda dah balik. Buat aku cuak ajelah!

“Aazeen...”

Aku mendongakkan kepala. Alangkah terkejutnya aku melihat susuk tubuh Rayyan betul-betul berdiri dekat depan aku. Aku sedaya-upaya mengawal wajahku. Muka dia nampak marah. Kantoi ke?

“Kau buat apa, Aazeen? Kau buat apa!” tengking Rayyan dengan tiba-tiba.

Aku cuba mencari bau sesuatu pada dia tetapi tak ada. Dia tak minum ke? Ke dia bergelek aje? Pergi kelab malam ke tak sebenarnya?

“Aku buat apa? Aku dalam bilik ajelah. Kau dah kenapa?”

Rayyan melepaskan dengusan kasar. “Kau suruh abang-abang kau dengan Adam intip aku ke, huh? Kau lupa ke aku ada pasang mata-mata yang boleh jaga dan lindungi aku?”

Aku terdiam sejenak. Maknanya kantoi ke? Apa jadi dengan along, angah dengan Adam? Patutlah dari tadi diaorang tak hubungi aku apa-apa. Rupanya ini yang terjadi. Macam mana aku boleh lupa yang dia ada pasang mata-mata. Sungguh aku nak dapatkan satu bukti pun susah!

“Ya. Memang aku suruh diaorang intip kau supaya aku boleh dapatkan bukti dan beritahu baba dengan bonda macam perangai kau yang sebenar. Walaupun diaorang percaya aku, aku yakin kalau aku cakap pasal perangai kau mesti diaorang susah nak percaya. Yelah, memandangkan kau aje anak kandung diaorang kan?”

Aku nampak Rayyan menggenggam penumbuknya. Bibir terketap-ketap. Menahan letusan api kemarahan yang hampir saja mahu keluar.

“Kurang ajar kau kan, Aazeen. Pandai kau kan? Kau lupa apa yang aku cakap masa malam tu, huh? Kau berani bertindak macam-macam kau kena. Kau ingat petang tadi apa aku cakap? Malam ni kau akan kena juga.”

Aku menelan air liur kesat. Dia... nak buat apa dekat aku? Sudahlah aku dengan dia saja sekarang. Batang hidung si Serena tu tak nampak pula. Entah ke mana dia pergi. Ke Rayyan balik seorang? Setahu aku biasanya, lepas keluar malam. Diaorang tak balik rumah.

“Kau nak buat apa?” soal aku separa menjerit apabila Rayyan selamba menolak tubuh aku sehingga aku terundur beberapa langkah ke belakang.

“Kita kan suami isteri. So, aku bolehlah tengok body kau kan? Kau boleh kasi Ezra tengok body kau kenapa aku tak boleh? Hmm...”

“Keluar!” jerit aku sekuat hati. Jantung aku masih ni tak tahulah nak terangkan macam mana. Rasa dah macam tak ada jantung.

“Alah sayang. Tenang. Kita enjoylah malam ni sebagai suami dan isteri. Okey? Don’t worry. Kau tak akan mengandung punya. Yelah, baru sekali cuba takkanlah terus masuk kan? Betul tak?”

Aku menjegilkan biji mata aku. Dasar prevert! Aku ambil raket badminton yang tersorok di belakang kerusi. Ini aje yang aku sempat capai. Berani dia nak sentuh aku?

“Wow! Kau nak ajak aku main badminton ke? Mana raket lagi satu? Dengan bulu tangkis sekali. Malam-malam ni bagus juga kalau bersukan,” sindir Rayyan seraya tertawa kecil.

“Rayyan, aku tak main-mainlah. Keluarlah!”

Beberapa kali dia menggelengkan kepala. Masih lagi menghabiskan sisa tawanya. Aku tak rasa situasi sekarang ni lawak. Kenapa dia ketawa? Psiko!

“Rayyan!” jerit aku saat Rayyan merentap pergelangan tangan aku kemudian raket di tangan dirampas kasar. Dibaling ke tepi.

“Rayyan! Lepaslah!” Aku cuba meronta-ronta melepaskan diri.

No, Aazeen. You’re my wife so you have to treat me tonight. I want it right now.”
 
“No!” jerit aku sekuat hati.

Ya Allah! Tolonglah aku. Aku tak rela. Aku dah bersyukur Ezra tak sentuh tubuh aku. Macam mana aku nak selamatkan maruah aku?

“Rayyan... aku minta maaf. Lepaskanlah aku. Rayyan...” Teresak-esak aku menangis. Sungguh aku tak mampu nak melawan kudrat lelakinya itu.

“Okey sayang. I will forgive you. Untuk tebuskan kesalahan kau. Kau kena belanja aku malam ni.”

Beberapa aku menggelengkan kepala seraya mengalirkan air mata dengan lebat.

“Rayyan, aku merayu. Jangan....”

*****
 

SEDAR-SEDAR saja dari tidur, aku termangu-mangu sendiri. Apa yang jadi semalam tu adakah sekadar mimpi? Tidak. Tu semua realiti. Bila aku bangun dari tidur, pakaian aku bertaburan di atas lantai. Si lelaki durjana tu awal-awal lagi dah nampak. Aku tak tahu bila masa dia keluar. Betis aku peluk erat sekali gus belikat disandarkan pada kepala katil.

Kenapa Rayyan bertindak sekejam ini? Dia merampas maruah aku! Jangan haraplah aku akan maafkan dia. Tak. Aku tak akan maafkan dia. Menangis air mata darah sekalipun. Aku tak nak pandang dia langsung. Sekarang ni macam mana aku nak cakap dengan along, angah dan Adam? Malu. Aku malu. Emma, aku perlukan kau.

Tak-tak. Kau tak boleh jatuh, Nur Aazeen Raihana. Kau kena bangkit. Kau kena tunjukkan yang kau kuat walaupun hakikatnya tak. Ibu, ayah... maafkan adik. Adik tak dapat jaga maruah adik. Maruah adik kena rampas.

Sekali lagi aku menangis. Adakah menangis tandanya aku lemah? Pantas aku menggelengkan kepala. Tak. Menangis bukan bermaksud aku lemah. Aku penat. Lelah dengan semua yang terjadi. Aku tak sangka Rayyan bertindak sekejam ini. Adakah dia sedar akan perbuatannya. Ataupun disebabkan dia terlalu marah aku menyuruh along, angah dan Adam mengintip dia?

Macam mana keadaan along, angah dengan Adam? Mesti diaorang kena belasah. Macam manalah aku boleh lupa yang Rayyan ada penjaga-penjaga setia bersamanya. Ya Allah, bersalahnya aku pada diaorang.

Telefon bimbit aku capai dari bawah bantal. Terdapat beberapa miscalled dari Emma, Adam dan along baru dua jam yang lepas. Cepat-cepat aku mendail semula nombor Emma. Aku tak ada kekuatan untuk bercakap dengan Adam mahupun along.

Hello, Rai. Weyh! Kau kenapa baru sekarang nak call? Risau kitaorang!”

Aku cuba mengawal nada suara aku supaya tak kedengaran serak. “Sorry. Aku baru sedar. Aku tak sedar pukul berapa aku tidur semalam.”

“Malam tadi kantoi, along, angah dengan Adam kena belasah tapi kau jangan risau diaorang okey. Cuma Adam dengan along ni Iman bawak balik rumah. Sebab masing-masing baru lepas kena belasah, kan? Aku nak bagitahu. Adam, dia demam panas. Aku tengok lebam dia macam teruk sangat. Dia ada kena belasah ke sebelum kena belasah malam tadi?” 

Aku terdiam. Adam! Ya Allah, kesiannya dia.

“Err... nantilah aku cerita. Aku gerak sekarang. Bye!” Cepat-cepat aku mematikan talian. Sungguh aku tak dapat nak terima semua ni. Adam sakit sebab aku. Along dengan angah pun sakit sebab aku. Apa yang aku dah buat ni? Jahatnya aku. Pentingkan diri sendiri.  

Macam mana aku nak buat sekarang ni?


Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.