Home Novel Cinta I Love You 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 24

BAB 24

SYUKUR kau dah sampai. Risau doe aku, Rai. Lama aku tunggu kau. Sampai abang Edri dah sedar dah. Dia tanya kau.”

Sampai-sampai saja, aku terus berlari bagaikan masuk dalam pertandingan larian marathon peringkat antarabangsa. Boleh tahan tercungap-cungap nafas aku! Adam pula mengekori juga aku berlari bagai nak rak. Kalau tak tadi aku dah boleh sampai awal. Ini semua si monyet dengan singa tu punya fasal! Kan Emma dah risau dekat aku! Hesy!

Sorry babe. Aku sebenarnya ada masalah sikit tadi. Tapi tak apa. Hal kecik je. Macam mana Abang Edri boleh kemalangan? Berderau darah aku dengar dia kemalangan.”

Emma aku tampak dia sedikit melepaskan keluhan sebelum dia menjawab soalan aku.

“Dia mengantuk secara tiba-tiba. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh mengantuk. Biasanya tak pernah pun macam tu. Entah bahagian dia nak kena kemalangan. Mujur tak teruk sangat tapi pada aku teruklah sampai patah tangan.”

“Seriuslah. Ya Allah. Mengantuk? Hairan pulak..."

Bersungguh-sungguh Emma menganggukkan kepalanya. Tak lama kemudian, kami berdua terdengar suara seseorang menyeru nama kami berdua. Rupa-rupanya along dengan angah. Serius! Aku rindu mereka berdua ni!

“Along! Angah!” Aku memeluk tubuh mereka berdua. Sejak mereka sibuk dengan menguruskan cawangan dekat Negeri Sembilan, kami jarang berjumpa.

“Rai, Rai okey? Emma, Edri macam mana?” soal Iman.

“Rai okey, angah. Abang Edri dah stabil kat dalam wad tu.”

Emma mengajak kami untuk masuk ke dalam wad Abang Edri. Kasihan aku tengok abang Edri, tangannya patah sebelah kiri. Betullah kata Emma. Pada aku boleh tahan teruk juga Abang Edri kemalangan. Mujur tak ada apa-apa.

“Abang Edri okey tak?” soal aku selepas melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan katil wad.

Abang Edri menganggukkan kepalanya seraya tersenyum. “Abang okey. Tak yahlah tunjuk sangat muka risau tu. Abang ada ni...”

Aku nak tergelak tapi aku tahan. Entahlah. Bila dia cakap macam tu seolah-olah kami berdua sedang berada dalam sebuah hubungan istimewa. Tapi dia tak pernah paksa aku cuma dia dah pun luahkan perasaan dia dekat aku. Dia memang dah simpan perasaan dia dekat aku cumanya aku aje sekarang ni yang tak boleh nak move on fasal kes lama. Walaupun aku dengan Adam dah jadi kawan biasa.

“Abang ni lain kali hati-hatilah memandu tu. Seriau tau bila Adam bagitahu abang kemalangan. Nasib baik waktu tu Rai memang dah balik cuma ada berlaku trafik jem dekat dalam mall tadi.”

Serentak kening Abang Edri, Emma, Iman dan Raid bercantum. Wah! Serentak ya! Laju betul. Nak ketawa pula aku tengok muka terkejut diaorang ni. Tak pernah dengar ke ada trafik jem dalam bangunan pusat membeli-belah? Ingat dekat bahagian parkir sajakah.

“Tak yahlah terkejut macam tu sekali. Tadi ada masalah sikit sebab tu Rai lambat. Tapi nasib baik Adam ada, kalau tak Rai tak tahulah sampai hospital ni ke tak...” Aku tersengih.

“Ni mesti Rayyan ganggu adik ke?” soal Raid dengan nada sedikit tidak puas hati. Wajah dia pun dah bertukar keruh.  

“Erm... lebih kuranglah. Tapi jangan risau. Adik okey je...”

“Kiranya Adam jadi hero kaulah tadi, hmm?” usik Emma.

Aku hanya tersenyum nipis. Perempuan ni... ada karang makan penampar padu Adudu aku ni kang! Suka-suka dia aje cakap si Adam tu hero! Kejap lagi karang si Adam ni perasan yang dia dah jadi hero aku tadi. Eh, eh Emma ni! Dia lupa agaknya apa yang Adam dah buat kat aku. Kut ya pun dah maafkan tak payahlah ada niat nak satukan balik aku dengan Adam ni. Tak nak aku couple dengan monyet. Nanti jadi macam pepatah tu, cinta monyet. Ada yang berduka-lara nanti. Aku juga yang susah....

“Apa-apa jelah kau ni, Emma. Jangan buat-buat lupa pula.” Sindir aku sambil tersengih seperti kerang wangi. Asyik kerang busuk aje, sekali-sekala aku sengihlah macam kerang wangi. Apa-apa sajalah! 

Emma memuncungkan sedikit bibirnya. Kisah pula aku! Betullah apa aku cakap. Dulu bukan main dia yang paling marah sampai si Adam dengan Serena kena balingan lontar peluru dia tu guna barang-barang dekat dalam bilik tu. Nasib tak berlubang muka dua ekor tu masa tu! Kalau tak sia-sia aje kena saman!

*****

DARI tadi aku tak senang duduk. Bukan apa, telefok bimbit aku ni dok bergetar-getar dari tadi. Malas betullah aku nak angkat panggilan si bapak singa ni. Ada karang aku sekat dia dari terus buat panggilan. Nak dekat 130 panggilan dia buat. Tak ada kerja ke apa dia ni sekarang? Kenapa nak kacau aku? Kan Serena ada? Aku juga dia nak kacau. Aku rasa memang sahlah bapak singa ni rindu aku. Bukan rindu apa pun, rindu nak menyeksa hidup aku sebab aku tak balik rumah.

Weyh, kau kenapa? Terteleng-teleng kepala tu. Kena sampuk ke apa?” soal Emma sebaik saja dia melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan dengan aku. 

“Tak. Ni, mamat ni non-stop calling aku. Aku tak tahu apa masalah dia. Aku malas doe nak angkat. Semak tau! Dahlah dia dah buat onar dekat tempat kerja aku tu! Suka-suka dia je nak paksa aku balik ikut dia! Selagi baba dengan bonda tak balik memang taklah aku nak balik rumah tu! Tak kuasa aku nak hadap muka dia tu!”

Emma menggelengkan kepala seraya melepaskan keluhan berat. Dia selamba mencapai telefon bimbitku lantas mengangkat panggilan tersebut. Melopong mulut aku dibuatnya. Weyh! Aku tak nak angkat! Apa hal dia angkat call bapak singa tu!

Weyh, Rayyan calm down. Kau tak payah nak tengking-tengking boleh tak? Cuba cakap tu elok-elok sikit. Raihana tak nak balik rumah selagi...”

Berkerut dahi aku apabila Emma menghentikan percakapannya. Aku sendiri boleh dengar suara-suara halus Rayyan menengking. Bukan main dia tengking kawan baik aku ni. Memang tak ada adab betul! Anak siapalah dia ni, kan? Memalukan sungguh!

“Aik? Habis dah?” soal aku apabila Emma meletakkan telefon bimbit aku di atas riba aku.

“Baba dengan bonda kau dah nak sampai KL. Better kau baliklah, weyh. Mengamuk sungguh si Rayyan tu. Dia cakap kalau baba dengan bonda sampai dulu, matilah dia nak jawab apa. Betul-betul dia takut tu.”

Aku mencebik. Eh? Dia takut? Kisahnya aku? Tak kisah pun. Aku boleh cakap apa yang dia buat dekat aku setiap kali baba dengan bonda tak ada. Kalau boleh aku nak sangat baba dengan bonda tahu perangai anak kandung dia ni yang sebenar.

Biar dia rasakan! Sama macam mana dia seksa aku! Fair and square! Sekali-sekala kena buat singa ni tersembam atas tanah! Mahu segala bulu-bulu dekat muka dia tu tertanggal! Dah kejam lagikan zalim lagi! Sampai bila-bila aku tak akan lupakan apa yang dia dah buat dekat aku dari kecik sampai sekarang!

No way!



Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.