Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 42

BAB 42

AKU membawa Adam ke klinik bersama along, angah dan Emma. Selepas itu, aku dengan Emma bercadang untuk pergi ke satu tempat yang menenangkan untuk aku menceritakan hal yang sebenar. Aku menggeletar. Takut. Perasaan aku bercampur-baur. Kali ini memang betul-betul aku disentuh. Disentuh oleh suami aku sendiri tanpa kerelaan aku. Aku dipaksa. Ya. Memang Rayyan suami aku tapi aku tak bersediakan nak menyerahkan diri aku pada dia. Dengan apa yang dia buat dekat aku. Patutkah aku merelakan diri?

“Rai, kau pasti nak pergi Pantai Morib? Jauh sikit tau.”

Aku menganggukkan kepala. Sungguh sekarang ni aku tak boleh nak berhadapan dengan Rayyan. Aku rasa diri aku ni jijik diperlakukan oleh suami sendiri. Along dan angah belum tahu, begitu juga dengan Emma dan Adam. Kalau aku beritahu mereka, apa reaksi mereka? Aku takut.

Aku mengelamun jauh sampaikan tak sedar, kereta sudah diparkir di ruangan kotak yang kosong, tidak jauh dari taman laut. Adam menyentuh lembut bahu menyebabkan aku tersedar dari lamunan aku sendiri. Segera aku melangkah keluar dari kereta dan berlari anak ke tengah pantai. Aku berhenti di bawah sebatang pokok yang rendang. Lantas menghamburkan segala tangisan dan kemarahan yang aku pendam di dalam hati.

“Adik...” Lembut saja along memanggil aku. Lambat-lambat aku mengangkat muka. Biarlah apa nak jadi. Aku tahu muka aku sekarang ni merah dan basah. Aku dah tak mampu nak tahan lagi. Maruah hidup aku dipijak-pijak tanpa belas kasihan.

“Kenapa ni? Kenapa along tengok dari tadi adik mengelamun jauh. Sampaikan along dah parking kereta pun, adik mengelamun jauh. Apa yang terjadi? Adik risaukan kami sebab kantoi semalam ke? Kami okey je, dik. Jangan macam ni. Adik buat along dengan angah risau.”

Angah yang berdiri di sebelah along menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata along. Aku tak mampu nak menjawab apa-apa. Sebaliknya aku terus mendakap tubuh along. Erat. Tak lama itu, aku terasa rambutku dibelai lembut oleh angah.

“Along... adik kena dengan Rayyan semalam...” Teresak-esak aku menangis. Setiap tutur kataku diselang-seli dengan tangisan. Aku tak dapat nak menahan tangisan yang selama ini aku pendam sendiri. Aku tak tahu apa salah aku sampaikan aku kena hadap macam ni sekali.

“Kena? Kena apa, dik?” soal angah dengan nada pelik.

Perlahan-lahan aku mengangkat muka seraya mengesat air mata yang tidak berhenti mengalir. Aku memandang wajah along dan angah bersilih ganti. Macam mana aku nak mulakan ayat aku? Aku tak tahu. Buntu.

“Rayyan semalam... dia marah sangat dekat adik sampaikan dia paksa adik untuk....”

“Kurang ajar!”

Belum sempat lagi aku menghabiskan percakapan aku. Laju along memotong manakala angah sudah terketap-ketap bibirnya. Tak lama itu, Adam menerjah ke arah aku. Kedua-dua belah lenganku dipegang sekali gus anak mata aku dan dia bertatapan lama. Emma berdiri di belakang seperti mematung. Mungkin terkejut mendengar apa yang aku katakan sebentar tadi.

“Rayyan buat Rai? Rayyan paksa? Dia betul-betul buat dekat Rai macam tu?” soal Adam dengan bertubi-tubi.

Nak tak nak, aku kena jujur. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Aku nampak Adam mengetap bibirnya sehingga merah. Sama seperti angah tadi. Emma pula terus memeluk tubuh aku. Adam dalam keadaan tercengang. Masing-masing menyepi. Mungkin menahan amarah yang membuak-buak bila dapat tahu hal ini.

“Adik, ikut along. Tak payah duduk rumah tu lagi.”

“Tapi along...”

“Tak ada tapi-tapi!” tengking along secara tidak sengaja dan aku langsung tak terkejut pun. Aku tahu dia akan marah. Marah sangat.

“Raid, aku bukan nak cakap apa. Rai isteri Rayyan. Apa-apa Rayyan kena tahu dia ikut siapa. Dia tu masih suami Rai. Kau nak ke Rai tanggung dosa besar macam ni. Kita kasi settel baik-baik. Sekarang ni kita kena bagi sokongan dekat Rai. Aku tahu yang aku tak ada kat tempat dia tapi aku tahu perasaan dia,” celah Adam.

Aku tersentuh mendengar kata-kata Adam. Dia menenangkan keadaan. Aku fikirkan dia nak mengamuk juga macam along. Angah pula hanya membisu. Dia kalau marah memang mendiamkan diri. Emma pula dari tadi tak bercakap apa-apa. Tapi aku tahu dari reaksi muka dia. Dia tengah terkejut.

“Hmm... okey...,” balas along dengan nada perlahan. Mukanya masih tidak puas hati.

“Sekarang ni, Rai nak pergi mana? Nak makan?” soal Adam lembut.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Dari pagi tadi aku tak menjamah sedikit pun makanan. Aku langsung tak terasa lapar. Sekarang ni bila Adam tanya secara automatik perut aku jadi lapar.

“Rai, aku tak nak kau terus menderita. Lepas kita makan, aku nak kita bincang benda ni sama-sama. Kau ingat Rai. Kau tak keseorangan. Kau ada aku, along, Iman dengan Adam. Kita settlekan masalah kau ni secepat mungkin. Lepas tu kau ikut apa plan yang along ada. Okey?”

Aku tersenyum nipis seraya menganggukkan kepala. Ya. Aku nak selesaikan masalah aku ni dengan cepat. Aku tak nak duduk sebumbung dengan dia lagi dan aku dah tak nak jadi isteri dia lagi. Aku akan tuntut penceraian dekat dia.

*****

“IKUT along pergi Jepun? Bila?” soal aku dengan nada teruja. Dengar along sebut nama negara idaman aku terus lupa segala masalah aku. Dah lama aku teringin nak pergi sana tapi masih belum kesempatan untuk menjejakkan kaki dekat sana.

“Along pindah sana atas suruhan papa angkat along. Dia minta along uruskan syarikat dia dekat sana. Syarikat tu baru bukak jadi perlukan perhatian yang lebih. Tapi along pergi dalam dua bulan lagi. Kalau Rai setuju nak ikut, along ada seorang kawan perempuan dekat sana. Along dengan dia berkenalan pun sebab event masa kat Jepun dua tahun lepas.”

Aku menganggukkan kepala. Teruja. Siapa yang tak nak pergi Jepun, weyh!

“Pastikan adik boleh settlekan masalah adik dengan Rayyan secepat mungkin. Along tak nak adik bagi muka dekat dia lagi. Along pantang kalau orang buat main pasal perkahwinan ni. Tak matang sungguh! Dia ingat apa? Macam main futsal ke? Bola keranjang?”

Along kalau dah membebel boleh tahan. Macam peluru machinegunNon-stop!

“Mata keranjang kenalah kat dia tu, along,” celah Emma.

Angah sudah menjegilkan biji matanya ke arah Emma. Emma tersengih sambil menganggukkan kepalanya sekali. Payah kalau mak buyung ni selalu terlepas cakap. Nak-nak kena dapat pandangan maut Aafeeq Raiman.

“Jadi sekarang ni, apa adik nak buat? Apa plan adik? Along nak tahu. Semua orang nak tahu...”

Aku terdiam sejenak. Sebelum aku nak tuntut penceraian, aku akan pastikan baba dan bonda tahu perangai dia yang sebenar. Walaupun bukti dia ke kelab malam tu terlepas tapi aku ada satu bukti yang tak seberapa tapi jelas lagikan bersuluh. Aku akan pastikan dia kena dengan baba dan bonda sebelum aku pergi jauh dari hidup dia. Aku nekad.

Kali ni aku tak main-main dengan kata-kata aku sendiri. Aku tak boleh terima apa yang Rayyan dah buat dekat aku. Maruah aku dia rampas tanpa kerelaan aku dan sampai bila-bila aku tak akan maafkan dia.

Japan, wait for me!


Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.