Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 45

BAB 45

"KAU kenapa tak habis-habis nak kacau hidup Raihana, hmm?" soal Adam dengan nada dingin. Mukanya bengis.

"Kau kenapa nak masuk campur? Kenapa kau cemburu aku dengan Rayyan sekarang? Huh!" Serena berani menjengketkan kakinya dan menengking Adam. Dada Adam ditunjal-tunjalnya menggunakan jari telunjuk.

Aku yang tengok situasi depan ni pun rasa panas hati. Serena memang dah melampau! Dulu perangai dia tak ada seteruk ini. Disebabkan dia cemburu dengan aku. Dia sanggup buat macam ni sekali. Sanggup jual maruah sendiri dekat Rayyan! Aku jijik.

"Serena Shahar! Rayyan tu suami Raihana! Walau macam mana pun, kau tak boleh nak buat semua macam ni. Kau tak tahu malu ke, Serena? Cukuplah dulu kau dah perangkap aku. Kau dah buat aku dan Raihana terputus. Apa yang kau tak puas hati lagi?" suara Adam sudah naik satu oktaf.

"Kenapa kau nak backup sangat Raihana tu? Dia tu dah tak ada maruah tau. Rayyan dah rampas maruah dia. Rayyan dah ro...."

Pang!

Aku sudah hilang sabar. Perlu ke dia nak beritahu macam tu meskipun Adam dah tahu. Dia ni dah kenapa? Kenapa spesies orang macam dia ni kena wujud dekat muka bumi ni? Mencemarkan kehidupan orang tahu tak...

"Serena! Kau dah melampau eh. Kau ingat aku apa, hah? Suka-suka hati nak bukak aib aku. Kau tak takut ke musibah apa yang melanda kau lepas apa yang kau dah buat dekat aku dan Adam? Huh? Takkan kau dah jatuh strok, lumpuh baru kau nak insaf. Jangan harap masa tu aku maafkan kau!" jerit aku sekuat hati.

Serena memegang pipinya yang ditampar oleh aku sebentar tadi. Aku rasa nak naik tangan aje lagi tapi aku sabar. Tadi tu secara refleks aje. Aku tak ada niat pun nak tampar dia. Dia dah melampau sangat. Dia dah buat meter kesabaran aku hampir pecah.

"Aku nak Rayyan! Rayyan aku yang punya. Aku dah kenal dia lamalah," bidas Serena.

"So what? Kau kenal lama ke baru ke? Silakan ambil. Ambillah Rayyan tu. Aku akan tuntut penceraian dekat dia. Kau jangan cabar aku. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh bersama dengan Rayyan. Aku tahu. Kau nak Rayyan sebab Rayyan tu anak orang kaya aje kan? Aku tak rasa yang kau nak Rayyan sebab dia handsome je. Betul tak?"

Serena terdiam. Lama. Dan bingo! Aku dah tahu jawapan dia. Aku puas hati sebab setiap apa yang keluar dari mulut dia aku rakam.

"Serena, kenapa diam? Jawablah soalan aku tu. Aku nak tahu juga. Kau nak Rayyan sebab harta je kan. Sebab kau dah lama hidup susah. Aku kenal kau. Kau ikut belajar dekat luar negara pun sebab biasiswa, itu pun kau tak hargai. Kau tak habis belajar. Kau memang tak sedar diri, Serena. Kau hidup dekat dunia ni memang nak jadi penghancur hidup orang ke?"

Adam pegang belakang lengan aku lembut. Menyuruh aku untuk menenangkan diri. Tak. Aku tak akan tenang selagi dia tak bersuara. Jawapan dari mulut Serena sendiri akan buat Rayyan sedar. Dan aku doa sekarang ni Rayyan dengar apa yang Serena akan cakap. Kenapa aku yakin yang Serena sukakan wang kertas Rayyan? Adam pun anak orang kaya tapi sekaya Rayyan. Kenapa kalau Adam dia boleh tinggal macam tu aje? Kalau dengan Rayyan pun, dia boleh buat juga kan? Mana tahu dia jumpa lelaki yang lebih kaya dari Rayyan. Am I right?

"Serena, I want your answers right now. Don't waste my time. Just tell the truth. You just want Rayyan's money and properties, right?"

Serena mengetap bibirnya. Menahan marah atau geram? Atau dua-dua. Aku tak ambil peduli. Aku nakkan jawapan dari mulut dia sekarang. Lepas tu kerja aku selesai. Tinggal nak beritahu baba saja sebelum dua ekor ni sah jadi suami isteri secara senyap. Aku cakap pun sebab aku terhutang budi dengan baba dan bonda. Kalau ikutkan hati, aku blah saja ikut along dengan keluarga dia.

"Ya! Puas hati kau. Aku nak harta Rayyan. Aku dah penat hidup miskin. Dulu aku nak rampas Adam dari kau. Tapi Adam dah tak boleh terima aku lepas kau tinggalkan dia. Sebab tu aku ambil Rayyan..."

Yes! Rasa nak lompat depan-depan aje sekarang ni. Oh, memang patut pun dia tackle Rayyan, Adam dah tolak dia. Huhuhu... sadisnya. Sedih aku dengar orang yang terdesak nak duit macam perempuan dekat depan aku ni. Aku rasa malulah ada kaum perempuan yang sejenis macam ni. Memalukan.

"Serena!"

Aku tak terkejut pun. Nampakkan aku dah bersedia semua ni dari awal walaupun aku tak jangka yang semua ini akan jadi. Memang betul-betul hari ni hari bersejarah dalam hidup aku. Sejarah yang paling aku ingat sampai bila-bila.

"How could you!" tengking Rayyan. Ini bermakna, Rayyan memang betul-betul ikhlas mencintai Serena Shahar. Oh, bodohnya dia. Aku tak boleh buat apa dah. Semuanya dah terjadi dengan sendirinya tanpa rancangan yang sebenar.

"Ra... Rayyan..." Tergagap-gagap minah tu jadinya nak sebut nama Rayyan. Macam kena renjatan elektrik bila nampak batang tubuh Rayyan dekat hujung beranda tu. Sadis lepas ni hidup kau, Serena. Adam kau tak dapat. Rayyan pun kau tak dapat.

"Okey, Serena. Terima kasih atas jawapan anda. Adam, jom kita balik. Penat." Aku memegang tangan Adam dan terus menarik lelaki itu meninggalkan babak drama yang sedang berlangsung di beranda hotel itu.

"Aazeen!"

Okey. Yang ni aku terkejut. Boleh tahan kuat juga dia jerit nama aku. Dah kenapa? Aku tekan selamba aje punat lif itu untuk turun ke tingkat bawah. Dan aku langsung tak toleh pun pandang Rayyan. Hati, tolong beri kerjasama. Kentalkan sikit. Aku minta kali ni aje, wahai hati.

"Aazeen, nanti!"

Tangan aku disambar oleh Rayyan, menghalang aku untuk memasuki perut lif yang baru saja terbuka pintunya. Adam cuba untuk masuk campur tetapi aku menggenggam lengannya supaya dia tak bergerak ke mana-mana. Aku nak dengar apa yang Rayyan nak cakap. Kalau-kalau dia nak lafazkan cerai dekat sini pun. Aku dah bersedia.

"Aazeen, kita... kita bincang dulu. Kau jangan beritahu baba dengan bonda semua ni. Please. Aku merayu dekat kau. Kita bincang?"

Entah kenapa bibir aku tersenyum sungging sambil pandangan aku perlahan-lahan beralih ke arahnya. Telinga aku tak salah dengar ke? Dia... merayu dekat aku? Ajak aku berbincang. Aku rasa aku dalam mimpi ni.

"Jangan pegang aku. Jijik." Tangan aku direntap kasar. Aku rasa diri aku sepertinya dikawal sesuatu. Entahlah. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi kejam macam ni.

"Aazeen, please..."

"Please untuk apa? Jadi orang macam kau ni memang senangkan? Buat orang macam-macam. Kau merayu macam ni, kau expect aku akan lembut hati untuk kau? Sorry la, Rayyan. Kau mempermainkan perasaan aku? Dari dulu sampai sekarang. Berapa puluh tahun lagi kau nak seksa hidup aku. Orang macam kau ni tak layak jadi suami akulah."

Jeda.

"Aku benci kau, Rayyan. Aku nak kau lepaskan aku. Pasal harta kau tu, aku tak akan mintak sesen pun dekat baba dengan bonda. Aku sedarlah diri aku siapa!"

Pintu lif terbuka, serentak itu aku menghayun langkah bersama Adam masuk ke dalam lif. Cepat-cepat aku menekan butang sehingga pintu lif itu tertutup. Dan di dalam lif itu juga, aku mengalirkan air mata. Adam memeluk bahu aku, cuba untuk memujuk.

Aku dah penat. Izinkan aku untuk bebaskan diri dari semua ni.


Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.