Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 34

BAB 34

“SAH!”

Para saksi dan wali hakim telah mengesahkan perkahwinan aku dan Rayyan. Sungguh aku tak sangka yang sekarang ni aku dah bergelar isteri kepada Rayyan Husaini. Lelaki yang pernah menjadi abang aku suatu ketika dulu. Dan dia juga dulu yang membuatkan hidup aku terumbang-ambing. Apakah keputusan aku ini salah? Sekali lagi malam semalam Emma memberitahu yang hati dia tak berapa enak. Sepertinya ada sesuatu yang berlaku. Kami sendiri tak tahu apa yang berlaku. Bila diceritakan kepada along dan angah. Mereka menyuruh kami mendoakan secara baik-baik saja. 

“Sayang...” Begitu lembut sekali Rayyan memanggil aku panggilan itu. Jari manisku ditarik lembut kemudian cincin emas permata itu disarungkan dengan senyuman lebar terukir di bibir.  

“Terima kasih sebab teruskan perkahwinan ni. Harap lepas ni kita boleh tempuhi hidup dengan lebih bahagia...,” ucap Rayyan dengan nada berbisik. Tidak mahu para tetamu yang hadir mendengar ucapannya itu.

Aku hanya mampu tersenyum kecil. Kenapa hati aku kuat mengatakan yang Rayyan tidak berubah sepenuhnya? Tolonglah! Aku tak nak berburuk sangka! Aku dah tetapkan hati aku sebelum majlis diadakan lagi! Tolonglah hati jangan seksa perasaan tuan sendiri!

“Jom. Kita ambil gambar.”  

Aku sekadar mengangguk. Dia menggenggam kemas tangan aku dan kami bersama-sama menyertai sesi pengambaran bersama ahli keluarga dan sanak saudara. Ketika ini juga, hati aku tertanya-tanya. Mana Serena? Kenapa dia boleh hilang macam tu saja? Rayyan dengan dia dah putus ke? Tapi macam mana? Banyak betul persoalan yang bermain dalam minda aku. Adakah aku ini terlalu bodoh mengikut kata-kata bonda dan baba atas alasan aku nak balas jasa mereka? Salahkah aku?

“Malam ini jangan lupa, persandingan korang. Ada lagi beberapa jam. Pergilah masuk berehat. Nanti nak gerak awal ke dewan,” beritahu baba kepada Rayyan. Aku di sebelah hanya mendengar.

Rayyan menganggukkan kepalanya sekali gus menoleh ke arah aku dengan sebuah senyuman. Senyuman yang selama ini aku suka. Hanya suka di dalam hati. Senyuman itu tidak lekang dari bibirnya. Mungkin senyuman itu senyuman kebahagiaan? Tapi, kenapa aku cakap mungkin? 

“Rai, Rayyan, malam nanti baba dengan bonda ada sesuatu nak beri dekat korang berdua lepas habis majlis persandingan. Jangan tidur dulu, ya?” pesan bonda. 

Aku tersenyum seraya menganggukkan kepala. Begitu juga dengan Rayyan.

*****
 

“SAYANG! Boleh tak tolong betulkan tali leher saya!” panggil Rayyan dari luar bilik air.

Aku sebenarnya tengah menilik penampilan aku malam ni. Tak terlalu seksi ke pakaian yang Rayyan sendiri pilih ni. Seksa aku memakainya! Dari tadi aku terpusing-pusing depan cermin. Pada aku tak kena! Nampak sangat bahu aku yang luas ni. Belakang badan aku pun sama. Nak tak nak kenalah pakai. Tak akan aku nak pakai baju kurung untuk majlis bersanding ni pula. 

“Ya! Kejap!” sahut aku dari dalam bilik air. Nafas aku tarik dan hembus sebanyak tiga kali. Bedal jelah labu! Suami kau yang pilih. Ikut jelah. Dosa pahala dia yang tanggung! Wah! Pandai pula kau fikir pasal dosa dengan pahala ya, Raihana...

“Sa...”

Dengar saja bunyi pintu bilik air terbuka. Laju saja Rayyan menoleh sekali gus percakapannya terhenti. Lama dia merenung aku tak berkelip. Sumpah! Aku malu gila sekarang ni! Apa yang dia tenung sampai tak lepas-lepas?

“Rayyan...”

“Huh? Ya. Ni... ni betulkan tali leher saya.”

Aku hanya menurut. Sejak bila pula dia bersaya-awak ni? Kekok pula mendengarnya. Telinga pun macam kena sumbat dengan kapas. Saya? Awak? Laju betul dia tukar panggilan dia. Aku pula dari tadi panggil nama dia aje. Isteri boleh ke panggil nama suami? Selamba macam tu? Haih...

Chup

Aku yang sedang membetulkan ikatan tali lehernya, terkaku sejenak. Terasa satu kucupan hangat mendarat betul-betul dekat dahi aku. Dia... cium aku ke? Ke perasan aku je? Tapi tadi aku macam ada dengar bunyi ciuman. Berkhayal lebih ke aku ni? 
 
“Sayang cantik sangat hari ni. Sampai tak kenal saya dibuatnya. Cantik macam bidadari.”

Pfft! Bidadari? Dia puji aku cantik macam bidadari? Nak kembang ke tak eh? Jarang-jarang berlaku dalam hidup aku sepanjang hidup dengan Rayyan. Inilah dalam sejarah dia puji aku cantik. Macam bidadari lagi!

“Jangan nak merepek. Aku... err...”

Jeda.

“Hah! Dah siap! Kemas dah. Handsome dah tu. Tak yah handsome-handsome sangat sebab memang dah handsome pun. Lagi-lagi senyuman tu.”

Pup! Aku terus tekup mulut aku. Woi! Mulut! Kau derhaka dengan tuan kau eh! Itu rahsia di antara kita saja yang kau pergi lepas cakap kenapa! Aduh! Mana aku nak sorok sekarang ni? Kantoi dah! 

“Senyuman saya? Sayang suka senyuman saya?” sakat Rayyan sambil merangkul pinggang aku.

“Eh, eh. Cepat-cepat. Nak gerak ke dewan kan. Jomlah,” ajak aku. Mengelat! Mengelat! Tak sanggup dah aku nak berpandangan mata dengan dia. Malu tahap dewa! Aku pun dah tak tahu dah nak terangkan macam mana perasaan malu aku ni. Dah setinggi Gunung Kinabalu agaknya!

“Okey, okey. Jom. Semua dah siap?” soal Rayyan sambil menyelitkan rambut aku yang terjuntai ke belakang telinga. Dia ni memang sengaja nak menambah-nambahkan perasaan malu aku! Aku debik juga karang! Haish! Nasib baik dah jadi suami. 

“Err... da... dah...” Aku terus memulas tombol pintu bilik dan melangkah keluar. Panas duduk dalam tu lama-lama sampai naik merah pipi aku!

“Sayang, wait for me!”

“Haa... ya... ya!” Nak tak nak kenalah patah balik. Jalan beriringan dengan dia.

*****

 
“WEYH, Rai, congratulations tau! Aku tak sangka kau dah jadi isteri kepada bapak singa kesayangan kau tu,” ucap Emma sambil memeluk tubuh aku. Pipinya dilaga-lagakan dengan pipi aku.

“Ish! Kau ni janganlah kuat sangat sebut gelaran rahsia tu. Kita dua je tahu...”

Emma tersengih seperti kerang busuk. Lawa sangatlah sengih macam tu!

“Along dengan angah mana?” soal aku sambil anak mata meliar mencari dua susuk tubuh abang kesayangan aku.

“Ada. Tu. Kat meja sana. Tengah borak-borak dengan Rayyan.”

Aku menganggukkan kepala. Walau Rayyan tu pernah menjatuhkan maruah aku, along dengan angah tak pernah berdendam. Walaupun pada mulanya mereka berdua macam berat nak lepaskan aku jadi isteri Rayyan. Yelah, siapa yang tak berat hati kan? Nak lepaskan satu-satunya adik perempuan dia dekat lelaki yang pernah sakitkan hati aku...

“Rai. Aku still tak sedap hati tau. Aku minta sangat kau jaga diri. Jangan buat aku tak senang duduk. Please, apa-apa contact aku. Kalau bukan aku, Iman atau along. Okey?”

“Ya, kakak ipar kesayanganku. Adik iparmu ini berjanji akan contact kalau ada apa-apa masalah. Okey?” Aku mengangkat tangan seperti berikrar. Tanda aku berjanji yang apa-apa aku akan contact Emma secepat yang mungkin kalau ada sebarang masalah.

“Bagus! Macam nilah. Makin bertambah sayang dekat adik ipar seorang ini. I love you, Raihana. Kau sahabat merangkap adik ipar aku dunia dan akhirat. Aku nak kau ingat tu!”

Aku tersengih sambil mengangguk-anggukkan kepala. Bersungguh-sungguh tau!

“Ya, baiklah kakak iparku. I love you more! Kau pun sahabat merangkap kakak ipar yang paling aku sayang dunia dan akhirat! Aku ingat! Dan aku nak kau ingat juga!”

Serentak kami ketawa bersama. Sempat lagi aku mengerling ke arah Rayyan yang sedang rancak berbual-bual dengan along dan angah. Tika itu juga, dia memandang ke arah aku sambil tersenyum lebar. Matanya dikenyitkan. Hampir saja jantung aku berhenti berdegup. Bahaya betul penangan bapak singa ni!

Penangan apa yang dia bagi dekat aku ni sampai aku tak boleh move on tengok senyuman dia! Tambah pula dia kenyitkan mata! Rasa nak pengsan dekat sini juga! 

Betul ke Rayyan dah berubah? Betul ke dia cintakan aku? Kalau semua tu betul, tak salah aku cuba untuk menerima dia secara perlahan-lahan. Aku akui, aku memang suka tengok senyuman dia sejak dari dulu lagi.

Cinta mungkin akan ada. Sayang? Perasaan tu dah lama muncul masa aku jadi adik dia lagi. Aku memang sayangkan dia. Tapi aku tak tahu sebab apa yang aku sayangkan dia. Tak mungkin hanya kerana senyuman dia.

Tak apa. Malam ni, aku akan dapatkan jawapan dari mulut dia sendiri! Bapak singa kau tunggu!


Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.