Home Novel Cinta I Love You 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 37

BAB 37

AKU dah dapat agak dah reaksi Emma bila aku menceritakan pekara yang sebenar. Muka dia merah menahan marah. Along dengan angah membisu sepertinya sedang berfikir. Aku pula hanya menyedut air minuman aku. Pagi-pagi lagi aku dah minta along ambil aku. Mujur along hari ni taklah sesibuk mana. 

“Serius, Rai. Aku... ergh!” Emma menggenggam penumbuk dia dan digenggam erat. Sampai darah berkumpul dekat situ. Merah!

“Emma, sabarlah. Jangan macam ni. Aku okey...”

“Kau okey apa? Kau bagitahu aku? Celah mana yang kau okey? Kau tahu tak aku rasa aku bodoh pergi sokong kau berkahwin dengan si Rayyan tak guna tu! Eii!”

“Sayang, calm down. Jangan macam ni. You kan pregnant,” tegur Iman. 

“Ya, Emma. Jangan macam ni. Kau dah janjikan nak dengar dengan hati terbuka. Kalau macam ni lepas ni aku tak nak ceritalah. Kesian anak saudara aku dalam perut kau tu kena tempias kemarahan kau.” Aku mencebik. Sudahlah mengandung, dia boleh pula tak boleh kawal diri dia. Dia ingat dia macam dulu agaknya, boleh angkat tangan dengan kaki nak belasah orang yang buat aku...

“Yelah, yelah. Okey. Aku tenang...” Emma mengalah lantas menyedut air buah tembikai yang dipesan tadi.

“Jadi apa rancangan kau sekarang? Aku nak tahu. Aku tak nak dengar yang kau nak teruskan hidup sebumbung dengan bapak singa tu. Baik kau cakap, kau nak kitaorang buat apa?” 

Aku tersengih sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Sementara itu, kita tunggu sekejap. Seseorang yang boleh menjayakan lagi rancangan aku. Aku harap menjadilah dengan adanya dia...”

Emma, along dan angah mengerutkan dahi. Mesti tertanya-tanya siapakah yang aku maksudkan itu. Hehehe...

“Hai korang...” 

“Yes! Sampai dah!” Teruja aku menyambut kedatangannya. Dia adalah bestfriend aku sekarang ni! Perubahan dia membawa satu makna yang besar untuk aku walaupun dulu dia pernah menjadi kekasih aku. Sekarang kami adalah teman baik! Dan dia sekarang semakin berubah kepada yang lebih baik. Bukan macam Rayyan tu. Palsu! Fake!

“Adam?” soal Emma hairan.

Aku tersengih seraya menganggukkan kepala. Adam mengambil tempat duduk di sebelah aku. Dia hanya tersenyum memandang aku sebelum menongkat tangannya di atas meja. Sempat lagi memesan air untuk dia.

“Okey! Macam ni...” 

Selepas saja pelayan pergi, aku terus menceritakan tentang rancangan aku. Tak sabar nak buat! Tapi jangan fikir bukan-bukan! Rancangan aku bukan nak bomohkan si Rayyan tu, ya. Aku masih berfikiran waras lagi. Tak ada kerja aku nak buat benda-benda yang memakan diri sendiri tu. Aku cuma nak bagi pengajaran dekat Rayyan sebelum aku melangkah dari hidup dia. Biar dia kenal siapa Nur Aazeen Raihana yang sebenar...

*****

PAGI ini, aku akan berangkat ke pejabat setelah dua minggu bercuti. Lena tidur! Tak ada siapa kacau. Si bapak singa tu pun bukan selalu balik rumah. Bermalam dekat rumah perempuan simpanan dialah tu. Bebas aku duduk dalam rumah. Berkawan dengan bibik Nira dengan bibik Saha lagi syok! Tak adalah menyakitkan hati. 

“Raihana, sarapannya sudah siap. Mari...,” ajak bibik Saha. 

Ya. Aku suruh mereka panggil aku dengan nama saja. Tak payah nak ber-cik ke berpuan sangat. Tak minat aku mendengarnya. Padahal aku menumpang aje dalam rumah ni. Status aku lebih-lebih kurang diaorang pun. Aku bukan anak orang kaya pun. Ni semua pinjaman saja. 

“Bik, nanti tengah hari saya tak balik, eh. Saya lunch dengan kawan saya. Hari ni bik tak payah masak. Kalau nak masak untuk bibik, masaklah eh.”

Bibik Saha menganggukkan kepalanya seraya tersenyum. Laju aku menikmati sarapan yang disediakan oleh bibik Saha. Nasi goreng cina dengan teh tarik! Sememangnya menaikkan selera aku! Nyum! Nyum!

Selesai makan, aku menunggu Adam mengambil aku. Ya! Memandangkan Adam kerap ke Husaini Holdings. Dia mempelawa dirinya sendiri untuk menghantar dan mengambil aku balik. Tak payahlah aku mengharapkan orang tu lagi. Seboleh-bolehnya aku tak nak pun bersemuka atau contact dia kalau tak ada benda yang penting.

Pin! Pin!

Aku tersenyum. Ngam-ngam aku pakai kasut, Adam sampai! 

“Hai, Adam. Sorry lambat...” 

Adam tersenyum seraya menggelengkan kepala. “Tak adalah. Jom. Dah ready?” 

Laju aku menganggukkan kepala seraya memakai tali pinggang keledar. Adam mula fokus pada pemanduannya. Hari ni dia nampak segak. Betul-betul dia nak menjiwai watak sebagai ‘kekasih lakonan’ aku. Dia cakap dia tak akan ada apa-apa perasaan dengan aku. Dia dah move on kisah lama. Sekarang ni dia cakap, dia nak sentiasa ada dengan aku. Dia akan tolong aku untuk rancangan aku ni. Katanya selagi dia ada, dia akan sentiasa ada untuk aku. Sweet tak? Kalah Rayyan kan! Hehe...

“Ni Adam nak beritahu. Orang upahan Adam cakap, hari ni Rayyan bawa Serena ke pejabat. Tak tahulah apa muslihat dia kali ni. Berani nak bawa Serena tu. Sedangkan dia dah kena blacklist dengan Tuan Razif.”

Aku terdiam. Kenapa bila Adam sebut nama Serena, ada satu perasaan aneh timbul dalam hati aku. Cemburu ke? Dah kenapa pula aku nak cemburu? Aduh, payahlah aku ni. Diri sendiri ni jangan nak menggedik sangat boleh tak!

“Biarlah dia. Dia dengan Serena berpisah tiada. Kalau boleh jadi kembar siam. Sapu gam UHU ke gam gajah semua sentiasa melekat. Senang nak ke mana-mana...”

Mengekek Adam ketawa. Lawak eh ayat aku tadi? Tak sangka pula. Aku pula yang tersenyum bila dengar Adam ketawa. 

“Tu marah ke cemburu, huh?” tanya Adam.

Aku terdiam. Adam pun perasan aku cemburu ke? Tak, tak. Aku tak cemburu! Tak kisahlah mamat tu nak keluar dengan siapa pun! Dia nak ikat perempuan keliling pinggang dia pun aku tak kisah. Kalau baba dengan bonda dapat tahu, kantoi. Jangan salahkan akulah...

*****

“NANTI waktu lunch, Adam tunggu dekat lobi, okey? Apa-apa call Adam...”

Aku menganggukkan kepala. Melambai tangan ke arahnya sebelum memasuki ke dalam perut lif. 

“Morning, Raihana...”

Aku membungkam. Aduh! Kenapa aku kena hadap dua ekor ni? Naik lif yang sama? Kenapa, kenapa! Aku tak nak! Nak keluar balik. Pintu lif dah tutup dan mula bergerak ke tingkat atas. Apalah nasib aku. Adam pula nak jumpa klien dekat luar. Kalau tak dia boleh teman sampai atas. Rancangan aku belum nampak sinarnya lagi. Haih...

“Orang sapa tu janganlah sombong sangat...,” tegur Rayyan. 

Aku menjeling sedas. Tak mati pun kalau tak balas sapaan minah senget tu. Tak kuasa aku. Dok peluk-peluk lengan tu macam aku ni siapa aje. Tak malu langsung. Dayus! Sajalah tu nak sakitkan hati aku. Macam aku tak kenal Rayyan Husaini ni. Berani-berani bawa Serena datang Husaini Holdings lagi. Ni kalau baba dapat tahu. Aku rasa silap haribulan runtuh Husaini Holdings. Tinggal tanah rata aje! Haaa... baru kau tahu!

“Suka hatilah nak balas ke tak? Nak kan sangat perhatian ke sampai berharap balasan dari orang? Hurm? Kan dah ada buah hati tu. Pergi bermesra-mesraan sana...”

Ting!

Pintu lif terbuka, aku orang pertama yang melepasi pintu lif itu. Peduli pulak aku nak balas sapa-sapaan dia! Tak kuasa! Baik aku buat kerja dan nak siapkan sebelum Adam tunggu aku dekat lobi pukul 12 tengah hari nanti. Kalau aku layan dua ekor tu, dengan aku-aku sekali boleh jadi gila!

Tak apa, Rayyan. Kau main sajalah dengan permainan kau tu! Kau fikir kau boleh perangkap aku lama-lama. Sorry, Rayyan. Kau silap orang. Mungkin kau ingat aku Raihana yang dulu tapi sebenarnya, aku dah berubah, Rayyan. Aku bukan lagi Raihana yang kau boleh pijak-pijak. Aku tak pernah dendam dengan kau cuma aku nak bagi kau celikkan mata kau tu sebelum aku betul-betul hilang dalam hidup kau.

Just wait and see, Rayyan Husaini!


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.