Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 36

BAB 36

BEBERAPA hari berlalu dengan pantas, aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan dengan sikap Rayyan yang sesuka hati mengarah aku itu dan ini. Pandai dia menggunakan kuasa veto ugutan dia tu. Tak apa, aku nak tengok sejauh mana dia boleh terlepas. Dan aku? Jangan harap aku akan lepaskan dia. Apa yang dia buat dekat aku, akan dapat semula. Aku tak main cara kasar. Aku akan perhatikan saja. Kumpul bukti dan tunggu masa saja untuk aku beritahu baba dan bonda. Janji aku pada diri sendiri, tak sampai setahun aku jadi isteri Rayyan. Gila ke aku nak seksa diri sampai setahun?

Sekarang ni aku tengah fikir cara untuk beritahu Emma. Minta tolong along dengan angah. Aku memang memerlukan pertolongan mereka. Kalau dulu arwah abang Edri yang sudi bantu aku. Sekarang aku hanya ada Emma, along dan angah. Aku tak nak bebankan ibu dan ayah yang selama ini hidup mereka dah susah. Biar aku kumpul semua bukti apa yang Rayyan buat dekat aku. Macam mana perangai Rayyan yang sebenar dan tiba masanya yang sesuai aku akan bagi semua tu dekat baba dengan bonda. Biar dia tahu betapa tingginya langit ni dan tak akan sampai bila-bila dia tak akan sampai untuk menyentuh langit itu.

"Rai sayang..."

Pecah lamunan aku saat mendengar panggilan manja bonda. Meleret suaranya. Secara automatik aku tersenyum. Aku terus menoleh dan merangkul pinggang bonda. Kepala dilentukkan pada bahunya.

"Baba dengan bonda nak berangkat dah ni. Rai dengan Rayyan jaga diri tau. Bonda love both of you."

Pipi dan dahi aku dikucup lembut oleh bonda. Dari tingkat atas aku terdengar suara baba dan Rayyan sedang berbual sambil menuruni anak tangga. Hari ini baba dan bonda akan pergi bercuti selama sebulan di England setelah berpenat-lelah bekerja selama bertahun-tahun. Dan secara rasminya, Rayyan akan mengambil alih Husaini Holdings. Baba pun dah tak banyak kerja dan tak selalu pergi ke pejabat memandangkan Rayyan pengurusnya sekarang. Yelah, dah kahwin dengan aku. Dah dapat apa yang dia nak... benda tu sekelip mata jadi hak milik dia. Memang betul-betul aku kena mempermainkan. Tak apa... sabar...

"Rai dengan Rayyan jaga diri. Apa-apa roger baba dengan bonda, ya?" pesan baba sambil memeluk tubuh aku sekejap.

Eh, baba! Nanti Rai akan roger baba! Semua pasal perangai bapak singa ni. Sekarang ni Rai tengah kumpul bukti. Baba dengan bonda bercutilah dulu, ya! Hehe...

"Baik baba." Aku sekadar mengangguk.

Terasa bahu aku dipeluk oleh Rayyan dan kami sama-sama berjalan menghantar langkah baba dan bonda ke pintu utama. Beberapa minit kemudian, barulah kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi baba bergerak semakin lama semakin jauh dari pandangan kami. Terus Rayyan mengangkat tangannya kemudian digosok-gosok kedua-dua belah telapak tangannya seperti membuang debu pasir. Tercemarlah kononnya. Siapa suruh peluk bahu aku? Propaganda sangat kan?

"Kenapa tu? Ada pasir debu ke kat tangan kau?" soal aku sinis sambil berpeluk tubuh.

Rayyan mengangkat mukanya kemudian perlahan-lahan menoleh ke arah aku dengan senyuman tersungging di bibirnya. Senyuman joker! Kenalah sangat tu! Memang sepadan dia dengan Joker.

"Bukan. Ada najis melekat kat bahu aku. Kenapa? Nak jilatkan?"

Aku ketawa. Nak cakap ketawa jahat? Hurm... lebih kurang...

"Eh! Tak kuasa aku nak menjilat tangan kau yang menggerutu macam kulit buaya tu. Asyik kena elus dengan kuku hantu kak limah tu je. Tak ingin aku!" Selamba badak aje aku sindir dia. Aku letak sikit perisa pedas dalam sindiran aku tu. Biar dia tahu yang aku ni bukan senang-senang nak mengalah dengan dia macam tu je.

"Kau kenapa, huh?"

"Kau tu yang kenapa? Asal? Tercabar ke? Takkan lah aku usik sikit macam tu dah mencanak ke kecabaran kau tu?"

Rayyan menghampiri aku dengan tangannya sudah diangkat tinggi. Aku hanya tersenyum sinis. Nak tampar aku? Tamparlah! Ada aku kisah ke?

"Hei! Aku hilang sabar dengan kau ni perempuan!" tempik Rayyan kemudian dia berlalu menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik.

BAM!

Aku tersengih. Puas hati dapat sindir pedas mengalahkan Samyang, spicy korean ramen ever! Sebut Samyang, terasa pula tekak aku nak makan Samyang. Agak-agak dekat dapur ada stok tak?

"Bibik Nira..." Aku sebenarnya rindu bibik lama. Bibik-bibik lama semua dah balik kampung masing-masing. Dah berhenti lepas aku keluar dari rumah. Aku dapat tahu punya diaorang semua tak tahan dengan perangai Rayyan tu.

"Ya cik. Mau apa ya?" soal bibik Nira sambil mengelap tangannya pada kain tuala.

Aku tersengih-sengih sambil membuka laci kabinet berdekatan. Mencari kelibat Samyang untuk mengisi perutku.

"Ada stok Samyang tak? Yang maggi Korea tu..."

Bibik Nira menganggukkan kepalanya. "Ada cik. Mau bibik masakan ka?"

Aku menggelengkan kepala. Setakat maggi aje nak suruh bibik masak. Memang mengambil kesempatan betul. Mentang-mentang bibik ada, semua nak suruh bibik buat. Kalau aku, memang tidaklah. Selagi aku boleh masak sendiri. Aku masak melainkan aku betul-betul malas atau sakit. Hehehe....

Setelah siap menuangkan air panas ke dalam mangkuk Samyang. Aku duduk di atas kerusi meja makan sambil menopang dagu. Termenung seketika memikirkan nasib aku yang sebenarnya. Walaupun dah beberapa hari aku berkahwin dengan dia. Tapi serius, sampai sekarang aku tak percaya Rayyan buat aku macam ni. Dia mempermainkan aku dan juga keluarga aku. Sekarang ni, aku tengah cari cara nak jumpa Emma, along dan angah untuk ceritakan apa yang terjadi sebenarnya. Aku kena kawal Emma. Sebab kalau dia dapat tahu ni semestinya dia auto naik angin. Along dengan angah marah-marah diaorang pun boleh kawal lagi.

Emma ni memang tak boleh. Dia memang pantang. Tengoklah macam Adam dengan Ezra selamba dia aje serang lelaki-lelaki tu. Cakap pasal Adam dengan Ezra. Patut ke aku bagitahu diaorang pasal kes aku ni? Ezra... aku tak pasti dia boleh dipercayai ke tidak tapi kalau Adam. Aku ada 50% keyakinan dan kepercayaan dekat dia.

Haih... macam-macam aku kena hadap. Aku ingat Rayyan betul-betul berubah.

"Tak habis-habis makan Samyang. Kang kena kanser perut baru kau tahu. Baru nak bertaubat dah terlambat nanti..."

Tersedak aku dengar percakapan seorang lelaki yang tak sedar diri ni. Dia cakap aku? Dia tu tak sedar ke? Ish! Kena ketuk dengan penukul sedap ni! Baru dia sedar sikit dan peka dengan keadaan sekeliling sebelum dia mengata orang tu. Wah wah! Ni boleh mendatangkan kemarahan yang luar biasa!

Aku buat dek aje dulu. Nak tengok apa reaksi dia. Maggi Samyang aku sudah siap dimasak dengan sempurna dan bila aku buka penutup dia dan memasukkan beberapa perencah dan digaulkan bersama magginya. Pergh! Bau aroma Samyang itu menusuk ke rongga hidungku! Serius! Dah lama tak makan!

PAM!

"Woi! Kau dengar tak apa aku cakap tadi?"

Aku tak terkejut pun dia tampar meja betul-betul depan aku sebab aku tengah menikmati Samyang yang sudah berada di atas lidah. Dikunyah-kunyah dengan penuh kelazatan! Marvelous!

"Hey perempuan ni! Aazeen! Aku cakap dengan kau ni!"

Haih... Rayyan, Rayyan memang betul-betul terdesak nak perhatian ni. Kalau aku tak layan pun biarlah. Apa hal nak aku bagi perhatian dekat dia? Tak apalah. Aku layan ya... penuh kasih dan sayang!

"Nah, makanlah. Jangan bising je. Alang-alang boleh tahu betapa sedapnya Samyang ini!" Selamba saja aku menyuap maggi Samyang ke dalam mulutnya yang sedang membebel-bebel mengalahkan guru disiplin.

"Uhuk! Ah... pedas-pedas!" Menggelupur Rayyan pergi ke laci kabinet gelas. Cepat-cepat dia tuang air ke dalam gelas kemudian diteguk beberapa kali.

Mak ai! Aku baru aje suap. Belum kunyah pun lagi. Dah pedas ke? Aduh! Hahaha! Aku lupalah! Rayyan tak makan pedas! Walau pedas tu hanya sipi-sipi bibir, dia punya air mata tu macam tonton babak sedih dalam Kdrama.

"Ops! Sorry, Rayyan! Aku lupa kau tak makan pedas. Hehehe..." Cepat-cepat aku mengangkat mangkuk Samyang bersama sebotol air sejuk yang aku ambil tadi kemudian bergegas ke tingkat atas. Makan dekat dalam bilik aku sendiri. Lagi syok!

Sebenarnya nak aje aku cakap tadi, padan muka kau Rayyan! Hahaha!


Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.