Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 29

BAB 29

LAMA aku termenung di atas kerusi tempat ruangan menunggu. Tak ada masa aku nak hadap si bapak singa tu lama-lama dalam wad. Along dengan baba pergi surau menunaikan solat fardhu Maghrib. Aku pula diberikan cuti daripada solat mulai semalam. Ya, aku bersyukur sangat selepas peristiwa hitam aku itu. Aku sentiasa berdoa yang aku tak mengandung. Aku takut. Tak sampai hati aku nak membesarkan anak itu seorang diri tanpa bapa. Dah besar nanti mesti anak tu tanya aku mana ayah dia. Mujur aku tak mengandung. Boleh dikatakan aku tenang sedikit...

“Raihana...”

Uish! Nasib baik aku melompat! Terkejut aku dengar suara garau dari belakang. Tegak bulu roma aku. Sudahlah waktu senja sekarang ini. Tak fasal-fasal benda lain yang tegur aku. Tambah-tambah lagi aku sekarang dekat hospital!

“Err... Ezra?” Terkejut aku selepas aku memusingkan tubuh menghadap si pemanggil. Kenapa aku kena jumpa dia lagi? Baru kejap tadi aku bermonolog fasal mengandung. Tup-tup dia boleh pula muncul depan aku? Apa dia ni sebenarnya boleh baca hati orang ke? Haih...

“Rai, please jangan lari dari aku. Aku nak bagitahu hal sebenar. Hidup aku tak tenang Rai lepas apa yang jadi. Aku menyesal...”

“Tak payahlah, Ez. Aku tahu Rayyan dengan kau kawan baik, kan? Sebab tu kau ada masa parti malam tu. Kau beria-ria pujuk aku sebab kau nak perangkap aku. Aku tahu aku ni bodoh tapi kau silap orang nak menipu aku. Rayyan yang suruh kau untuk buat semua tu, dia sendiri yang mengaku dengan aku...”

Ezra terdiam seribu bahasa. Dari tadi dia menekur lantai. Dah kenapa? Muka aku ni mengeluarkan cahaya bersinar ke sampai silau pandangan dia nak pandang aku?

“Raihana, aku nak kau tahu. Aku tak sentuh kau, Rai. Ya, aku mengaku. Aku kena suruh dengan Rayyan dan aku rela hati nak buat semua tu sebab aku tahu Rayyan tak suka kau. Dan masa tu aku tak expect apa-apa. Aku pun tak kenal kau lagi. Tapi sebab aku dah janji, aku buat. Tapi waktu dekat hotel tu, aku tak pernah sentuh kau. Aku cuma tanggalkan...”

“Cukup! Aku jijik nak dengar semua tu. Kau sentuh atau tak, tapi kau dah nampak semuanya!” Terketap-ketap bibir aku menahan marah. Betul ke dia tak sentuh aku? Sebab tu aku tak mengandung. Tapi dia cakap dia yang tanggalkan baju aku? Takkanlah dia lepas macam tu aje? Dia lelaki kan... tak rasa ke? Ya Allah, patutnya aku bersyukur yang dia tak sentuh aku. Dan aku tak mengandung.

“Rai, aku merayu dengan kau. Maafkan aku. Aku sedar aku bodoh ikut semua ni. Aku rindukan kau. Aku betul-betul ikhlas sayangkan kau. Apa yang aku dah buat semua ni, aku akan bertanggungjawab...”

Aku menjeling sedas. Bertanggungjawab? Tak lalu aku nak kahwin dengan orang yang dah musnahkan kepercayaan aku pada dia. Sama macam Serena.

“Aku boleh maafkan kau tapi bagi aku masa. Aku tak minta kau bertanggungjawab sebab kau sendiri cakap kau tak sentuh aku. Untuk apa kau bertanggungjawab? Tak usah. Aku boleh jaga diri aku sendiri. Mujur hal ni baba dengan bonda tak tahu. Tapi maruah diri aku senang-senang aje dipijak oleh kau dan Rayyan. Ikutkan hati aku, aku tak akan maafkan korang!”

Ezra mendongakkan kepalanya dengan wajah sayu. Nak meraih simpatilah tu? Sorry. Aku tak makan muka rayuan kau tu. Aku boleh maafkan tapi ambil masa. Tak senang-senang aku nak maafkan orang yang dah buat aku macam ni. Macam aku ni mainan yang boleh dibuat sesuka hati!

“Raihana, tolong maafkan aku.” Ezra memegang pergelangan tangan aku. Menghalang aku untuk pergi dari situ.

“Apa ni? Lepaslah!” Aku merentap semula pergelangan tangan aku. Suka-suka hati dia aje nak sentuh-sentuh aku? Apa dia ingat lepas apa yang terjadi, dia boleh suka-suka nak sentuh akulah? Never!

“Jangan sentuh akulah! Kau kenapa? Dah tak ada perempuan lain ke kau nak sakitkan? Cukuplah, weyh! Cukup! Aku dah penat!” jerit aku tanpa sedar.

“Cik, Encik jangan buat bising ya. Ni hospital...,” tegur salah seorang jururawat yang bertugas di situ.

“Maafkan saya,” ucap aku lalu meninggalkan Ezra di situ. Aku terus melangkah sehingga keluar dari belakang bangunan hospital.

“Raihana!”

Aku menggeleng seraya melepaskan keluhan. Dia ni nak apa sebenarnya? Tak sudah-sudah nak kejar aku? Apa dia ingat sekarang ni ada pengambaran drama hindustan ke? Dia Rahul dan aku Anjali? Macam tu?

“Raihana, aku mohon tolong maafkan aku. Aku tak tenang nak hidup kalau kau tak terima aku. Kalau kau terima aku sebagai kawan macam dulu pun, aku tak kisah. Janji kita boleh mulakan satu hubungan yang baik. Aku dengan Rayyan pun dah putuskan persahabatan. Aku menyesal, Rai.”

Haih... Rahul ni.... Aku pun tak tahu nak cakap bahasa apa dah? Tamil? Tagalog? Korea? Jepun? Aku dah cakap tadi dah yang aku akan cuba maafkan dia. Apa dia ni tuli ke apa? Banyak sangat tahi telinga tu sampai tak dengar apa yang aku cakap tadi...

“Ezra, kau dengarkan tadi apa aku cakap? Bagi aku masa untuk aku maafkan kau. Tentang permintaan kau untuk jadi kawan tu nanti aku fikirkan. Bagi. Aku. Masa. Faham tak?” Sebiji-biji perkataan aku cakap. Siap pakej highlight lagi perkataan tu. Tu kalau tak dengar juga, memang sah dia dah pekak lagikan badak air.

“Kalau kau dah ada jawapan, kau boleh hubungi aku, Rai?”

Aku sekadar menganggukkan kepala.

“Ya. Bagi aku masa. Kalau kau paksa-paksa aku. Tekan-tekan aku macam ni. Aku tak teragak-agak tak nak maafkan kau dan jumpa kau pun aku langsung tak nak! Kau jangan sampai aku jadi kejam, eh!”

Ezra bersungguh-sungguh menganggukkan kepalanya.

“Terima kasih, Rai. Kau jaga diri. Aku... balik dulu.”

Aku menjeling. Harap-harap tak butalah mata aku asyik menjeling orang aje. Nak buat macam mana? Benda tu refleks. Aku menyampah dengan orang yang dah buat aku. Nak-nak lagi si bapak singa tu. Aku lebih rela berkawan dengan singa daripada dia. Fikirkan tentang permintaan bonda pula, bonda biar betul nak aku jadi menantu dia? Aku? Berkahwin dengan Rayyan? Mengarut apa ni? Aduhai....

Tak selera aku nak hadap muka dia setiap hari. Dahlah kalau dah jadi isteri nanti, syurga terletak di telapak kaki dia. Semestinya dia akan guna kuasa veto dia tu. Sikit-sikit ugut aku jadi isteri derhakalah, itulah, inilah...

Hah! Tension! Apa nak jadi dengan kau ni Nur Aazeen Raihana? Hidup kau kacau-bilau! Kalaulah arwah abang Edri masih hidup, mesti aku dah bahagia sekarang ni. Tapi Abang Edri dah pergi tinggalkan aku tanpa jangkaan aku sendiri. Yelah, mati bila-bila masa saja. Tak kira waktu.

Ajal aku pun aku tak tahu bila. Tapi kalau kena kahwin dengan Rayyan...

Aku rasa aku boleh mati awal sebab kena hadap sifat dia yang ‘baik’ tu. Tak apalah, perlahan-lahan, Raihana. Kau boleh settlekan. Tapi kalau permintaan bonda dah macam tu. Apa boleh aku buat? Baba dengan bonda dah banyak bersusah-payah untuk aku. Tak akan aku nak kecilkan hati diaorang? Tak sampai hati.

Harap-harap semuanya baik-baik aje...


Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.