Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 12

BAB 12

     MALAM ini aku dan Rayyan akan menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Gilsten Holdings seperti yang dijanjikan. Sehelai Mermaid dress berwarna pink rose separa lutut dan dihiasi dengan kilauan batu-batu manik tersarung kemas pada tubuhku. Wajah pula aku tepekkan dengan jenis solekan Shimmer Makeup dan rambutku didandan dengan jenis ikatan French Braid. Seusai puas membelek diri sendiri, aku mengatur langkah keluar dari bilik, menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

      Kelihatan Rayyan sedang menunggu aku di depan muka pintu seperti biasa dengan wajahnya yang bengis seperti seekor bapak singa.

     “Hah! Kau lambat apa hal? Kau tahu tak, naik berbulu muka aku ni tunggu kau tau! Apa masalah kau siap punya lama. Sedarlah diri tu bukannya cantik pun! Kau solek macam opera cina sekalipun tiada siapa nak terpikat dengan kaulah. Adam tu dulu pun buta je. Tengoklah! Last-last dia tinggalkan kau juga. Ada perempuan lain.”

     Aku memekakkan telinga. Sempat pula dia ni nak ungkit masa lalu aku. Ikutkan hati, nak saja aku baling kasut tinggi ni dekat muka dia. Biar berlubang. Baru dia sedar siapa lagi buruk. Aku ke dia?

     “Woi perempuan! Hesy!” Rayyan mendengus apabila melihat aku mengabaikan dirinya.

     Aku memboloskan diri masuk ke dalam keretanya dan terus memasang tali pinggang keledar. Belikat aku sandarkan pada kusyen tempat duduk. Tak kuasa aku nak melayan lelaki gila macam dia. Membazir air liur aku saja.

     “Eh, kau apa hal nak ignore aku ni? Hah?” Dia menyiku aku beberapa kali.

      PapPap

      Aku menepuk tangan aku di hadapan wajahnya sebanyak dua kali. Terkebil-kebil dia memandang aku. Tahu pun terkejut. Semak saja nak siku-siku aku! Rimas!

      “Kau tak payah nak bising-bising sangat boleh tak? Please, start the car’s engine. Jangan nak membebel saja mengalahkan Tok Batin bagi taklimat dekat orang kampung boleh tak?”

       Selamba saja Rayyan mengajuk semua ayat aku. Makin panas pula aku duduk dalam kereta ini berdua dengan dia. Rasa nak cekik-cekik saja!

      “Rayyan!” Aku menjerit kuat apabila Rayyan sengaja memecut keretanya laju. Dah rasa macam nak terbang. Memang suka dengki dekat aku!

       “Apa?” soalnya tiada rasa serba-salah.

      “Kau nak mati awal ke? Slow lah sikit gila! Bapak laju! Kau nak laju-laju ni pergi mana? Dewannya bukan jauh sangat. Kalau nak mati, mati sorang. Jangan ajak aku!” Aku memukul-mukul bahunya supaya dia memperlahankan keretanya.

      “Woi! Kau pahal!”

      Buk!

      “Auch...” Aku meringis kesakitan apabila kepala aku terhantuk pada cermin tingkap kereta. Puncanya Rayyan menolak aku. Memang tak ada hati dan perasaan langsung!

       “Kau... kau okey tak?” soal Rayyan. Sesekali dia mengerling ke arah aku.

       Aku memeluk tubuh dan membisu. Kepala yang berdenyut-denyut aku abaikan. Boleh tahan sakit juga. Kuat gila dia tolak aku! Dahlah aku nak buat persembahan malam ni. Hesy!

*****

     DARI tadi Raid dan Iman tidak berhenti berbual-bual dengan aku. Rancak sungguh. Walhal aku hanya PA kepada Rayyan Husaini. Rayyan pula hanya duduk diam di mejanya. Di sebelahnya pula ada Adam yang kadangkala mengajaknya berborak bersama. Ezra turut sertai mereka. Aku pula diajak untuk duduk semeja dengan Raid dan Iman. Terasa spesial. Hilang sakit dekat kepala aku sekejap.

      “So, Raihana, are you ready to sing?” soal Raid seraya tersenyum.

      “Ya. I’m ready,” jawab aku dengan lagak tenang. Walaupun dalam hati, jantung aku macam dah nak terkeluar masa ni. Mana taknya. Ramai kot yang hadir malam ni. Hampir penuh satu dewan besar ni. Ada lima buah syarikat yang dijemput oleh Raid.

       “Okay! Good evening, everyone! I’m Haikal! So, hari ini adalah hari ulang tahun Gilsten Holdings yang ke-13 tahun. Tuan Aazeem Raid menjemput anda semua untuk memeriahkan majlis pada malam ini. Bukan itu saja, malam ini anda semua akan dihiburkan dengan beberapa persembahan yang telah menjadi sukarelawan pada malam ini. Dipersilakan kumpulan busker, The Zero!”

       Bergema suasana dewan apabila hampir semua tetamu yang diundang memberikan tepukan gemuruh pada kumpulan tersebut sebelum mereka memulakan persembahan mereka. Aku mengerling ke arah Rayyan, ketika itu juga dia memandang ke arah aku dengan wajah kelatnya. Dia memang tak senang hati kalau aku jauh dengan dia. Biarlah, padan muka. Kau duduklah sana! Tak kuasa aku nak duduk sebelah kau! Tak ingin!

      Satu jam kemudian, barulah semua persembahan berjaya ditamatkan kecuali aku. Bermakna aku adalah penghibur yang terakhir memandangkan sebentar lagi, mereka semua akan menjamu selera. Fuh!

      “Baiklah. Saya mempersilakan seorang gadis yang merupakan wakil dari Husaini Holdings, bernama Nur Aazeen Raihana untuk menyanyikan sebuah lagu bertajuk I Love You 3000 bersama gitar tongnya.”

      Aku mendaki anak tangga pentas dengan penuh berhati-hati. Seseorang menghampiri aku dan menyerahkan sebuah gitar tong kepadaku.

     “Huh, hai semua! Saya Raihana dari Husaini Holdings. Malam ini saya akan menyanyikan sebuah lagu khas untuk anda semua bertajuk I Love You 3000 by Stephanie Poetri. Saya harap sangat anda semua terhibur dengan nyanyian saya...”

      Aku melabuhkan punggung pada satu bangku yang berhadapan dengan mikrofon. Jari-jemari aku mula mengambil posisi pada tali gitar. Petikan pertama diikuti dengan melodi lagu.

Baby, take my hand
I want you to be my husband
'Cause you're my Iron Man
And I love you 3000
Baby, take a chance
'Cause I want this to be something
Straight out of a Hollywood movie

I see you standing there
In your Hulk outerwear
And all I can think
Is where is the ring
'Cause I know you wanna ask
Scared the moment will pass
I can see it in your eyes
Just take me by surprise

And all my friends they tell me they see
You planning to get on one knee
But I want it to be out of the blue
So make sure I have no clues
When you ask

Baby, take my hand
I want you to be my husband
'Cause you're my Iron Man
And I love you 3000
Baby, take a chance
'Cause I want this to be something
Straight out of a Hollywood movie

Now we're having dinner
And baby you're my winner
I see the way you smile
You're thinking about the aisle
You reach in your pocket
Emotion unlocking
And before you could ask
I answer too fast

And all my friends they tell me they see
You planing to get on one knee
So now I can't stop thinking about you
I figured out all the clues
So now I ask

Baby, take my hand
I want you to be my husband
'Cause you're my Iron Man
And I love you 3000
Baby, take a chance
'Cause I want this to be something
Straight out of a Hollywood movie

No spoilers please
No spoilers please

      Aku menghabiskan nyanyianku dengan ucapan terima kasih dan sebuah senyuman manis kepada mereka semua. Punggung aku angkat kemudian menuruni anak tangga dengan cermat. Iman menghampiri aku lalu menghulur tangan ke arah aku. Teragak-agak aku mahu menyambut hulurannya. Kalau kekasih dia nampak, matilah aku.

       Kau ni, Raihana. Memang mencari nahas saja....


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.