Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 10

BAB 10

      AKU dari tadi tidak berhenti ketawa mendengar lelucon yang dibuat oleh Ezra. Dia tidak berhenti cerita pengalaman kerja lamanya. Senak perut aku dibuatnya. Serius! Kelakar gila! Pengalaman kerja dia langsung tak pernah dibuat orang. Oh, aku sedar yang aku ini kalau dah sakan sangat ketawa satu bangunan syarikat ni akan dengar. Rayyan marah? Peduli pula aku? Aku tak kisah dah.

      “Raihana!” jerit Rayyan dengan suara lantangnya sambil menapak ke arah aku dengan wajah bengisnya.

       Ezra pula sudah tidak keruan. Takutlah tu. Aku tak takut pun. Berlagak kan?

      “Ya, Tuan Rayyan? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

      Rayyan mendengus kuat seraya mencengkam pergelangan tangan aku. Aku rasa lama-lama aku dah tak ada pergelangan tangan tau. Kesian betul nasib pergelangan tangan aku ni. Apalah nasib? Bekas hari tu dia buat pun masih ada kesan lagi...

      “Wah, wah! Seronoknya bergurau-senda ya? Kerja dah siap belum? Sekarang kan waktu kerja apahal lepak kat sini?” tengkingnya.

     “Tuan, tuan tak boleh eh cakap elok-elok? Pekak telinga saya tau.”

     “Raihana! Kau jangan nak loyar buruk dengan aku, eh!” Semakin kuat Rayyan mencengkam pergelangan tangan aku.

     “Isk! Sakitlah! Let me go!” Aku merentap pergelangan tangan aku sehingga terlepas pegangannya. Puas hati aku! Kau ingat kau siapa!

     “Apa tengok-tengok, hmm?” Aku menjengketkan kaki untuk mencapai tinggi separas wajahnya. Aku sedar yang aku ni rendah. Yang dia ni pula macam hantu galah. Ezra pula sudah masuk ke dalam bilik selepas Rayyan menjengilkan mata ke arahnya.

      “Raihana... kau buat aku rasa nak bunuh kau sekarang je tahu tak!”

      Aku buat-buat ketawa sambil telapak tangan mengacah-acah menutup tawaku.

     “Uuu... takutnya saya. Tolong, ada orang nak bunuh saya!” Aku mengacah-acah meminta tolong tetapi nada suara diperlahankan. Bahaya pula. Karang ada orang ingat betul-betul ada orang nak bunuh aku. Buruk nama Rayyan Husaini jadinya nanti.

     “Kau ikut aku!” Dia menarik aku kasar keluar mengikut pintu belakang pantri.

     “Sakitlah!”

     “Oh! Tahu sakit, hmm? Aku dah tak tahan nak tengok kau tau! Kau ni makin lama makin berani mencabar keegoaan aku!”

     Aku mencebikkan bibir. Kisah pula yang aku ni mencabar keegoaan dia? Sedangkan dia dah banyak buat aku. Apa salahnya, giliran dia pula rasa apa yang aku rasa. Betul tak? Barulah adil!

     “Kenapa? Kau nak buat apa kalau aku cabar keegoaan kau!” soal aku dengan nada sinis. Bibir tersungging seperti mengejek dirinya.

     Rayyan mengetap giginya sehingga rahang bergerak-gerak. Dia mendekati aku tanpa ada seinci jurang di antara kami. Aku mula mengundur setapak demi setapak. Dengan kasut bertumit tinggi membuatkan diri aku sedikit sukar untuk mengimbang diri. Al maklumlah dah lama tak pakai kasut tumit tinggi ni. Rasa janggal pula.

      “Ah!”

      Rayyan pantas memaut pinggang aku. Dan ketika itu juga anak mata aku bertembung dengan anak matanya. Kami merenung sesama sendiri dengan tempoh masa yang agak lama.

     “Kenapa tengok aku macam tu, hmm? Kau suka aku?” soal Rayyan dengan nada berbisik.

      “Kau gila? Kau fikir apa? Sumbang mahram gila!” Dua kali aku memanggil dirinya ‘gila’. Mana taknya? Terkejut aku bila dia tanya soalan aku macam tak ada akal. Aku? Nak suka abang aku sendiri?

      Rayyan tertawa kecil.

     “Kau akan tahu juga kau siapa satu hari nanti. Dan masa tu kau boleh jawab soalan aku,” ujarnya seraya melepaskan pautan pada pinggangku dan berlalu pergi meninggalkan aku yang dalam keadaan terpinga-pinga.

     Apa maksud dia? Satu hari nanti aku akan tahu juga? Maksudnya memang ada rahsia yang aku tak tahulah ni? Okey! Aku rasa ada baiknya aku minta tolong Emma. Suruh dia minta tolong abang dia yang sememangnya handal dalam pekara macam ni.

     “Pssstt...”

     Aku terkejut seraya memusingkan tubuhku menghadap si pemanggil.

     “Aduh. Apa you nak lagi, Adam? I dah penatlah. Hari-hari nak kacau I je kenapa. Please lah. Move on. I dah move on lah! Janganlah kacau life I lagi. Rimas tahu tak rimas?”

       Wajah Adam bertukar menjadi sayu. Peduli pula aku? Fikir aku akan simpati ke kalau tengok muka kesian macam tu? Sorry. Aku memang dah tak ada hati dengan dia. Sekali dia dah buat aku macam tu. Aku tak ada nak bagi muka lagi. Senang-senang saja pijak maruah aku macam tu.

      “I minta maaf. I bodoh. Patutnya I hargai you. Please, give me last chance. I really love you.”

      Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Beberapa kali aku memetik jari di hadapan wajahnya.

      “Mr Adam Harith, I am very sorry. I dah tak ada hati dengan you lagi. Kalau you nak I maafkan you? Insya-Allah boleh. But, for accepting you back...”

      Aku menggelengkan kepala sekali lagi.

      “Sorry. I can’t. Kalau you rasa you nak jadi kawan I. Buat cara berkawan. I tak suka macam ni. Rimas. I tak adalah jahat mana. Tapi kalau untuk menjadi kawan you. Maybe, I can accept it slowly.”

      Aku terus pergi meninggalkan Adam seorang diri di situ. Kalau makin melayan, makin naik lemak pula perangai dia nanti. Cukuplah. Aku dah serik. Semua lelaki susah nak percaya. Semua tahu menyakiti aku. Memang susah aku nak jumpa lelaki yang boleh terima aku seadanya. Susah...

*****

      “HUH, baba dengan bonda nak pergi Sarawak? Two weeks? Lamanya!” soal aku dengan nada tak puas hati. Kalau baba dengan bonda pergi tinggalkan aku dengan si bapak singa ni. Memang teruklah life aku lepas ni. Makin bermaharajalela dia dekat dalam rumah ni. Boleh naik gila aku dibuatnya nanti.

      “Ya sayang. Sorry. We need to go. Just for two weeks. Baba dengan bonda pergi sekejap saja. Rai tinggal dengan Rayyan okey? Baba minta dia jagakan Rai untuk baba dan bonda. Apa-apa masalah Rai boleh cakap dengan Rayyan, okey?”

      Rayyan yang sedang berdiri di belakang baba dan bonda sudah tersenyum-senyum sinis ke arah aku. Macam aku tak tahu apa yang dia tengah fikir dalam kepala otak dia tu. Semestinya strategi-strategi untuk menyakitkan hati aku. Mesti punya!

       “Baba, bonda... please. Jangan lama sangat. Nanti Rai rindu. Rai nak manja dengan baba dan bonda...” Sengaja aku memanaskan hati Rayyan. Bermanja-manjaan dengan baba dan bonda. Mesti dia cemburu punya! Dia memang seorang lelaki yang cemburu buta!

       “Okey. Baba dengan bonda janji. Just for two weeks okay? Habis saja kerja baba dengan bonda terus balik. Rai, please take care of yourself okay? Rayyan, jaga Raihana!” pesan bonda.

      “Baik bonda, baba,” jawab Rayyan dengan riak muka dia tak bersalah langsung. Innocent!

      “Haa... Rayyan. Nanti baba transfer duit belanja untuk Rayyan dan Raihana. Nanti share okey? Jimat untuk dua minggu kami tak ada.”

      Aku terdiam seketika. Kalau baba masukkan duit belanja aku terus ke akaun si bapak singa ni. Alamatnya memang aku tak akan dapat duit belanja aku. Dia? Nak bagi aku duit? Memang taklah! Kalau sampai dinasour hidup balik pun, dia tak akan bagi duit aku tu!

      “Okey, baba...”

       Aku menjeling ke arahnya. Terkumat-kamit bibir aku mengutuknya. Dia mengerling ke arahku dengan muka bengisnya.

      Hoi! Rayyan Husaini! Aku tak takut pun lah! Dasar lelaki tak guna!


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.