Home Novel Cinta I Love You 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 35

BAB 35

“RAYYAN, Raihana. Ni, baba dengan bonda hadiahkan kat korang berdua sempena perkahwinan kamu.”

Fail yang berada di tangan baba sudah beralih ke tangan Rayyan. Aku yang duduk di sebelah Rayyan cuba merapatkan diri untuk melihat isi kandungan fail tersebut. Terpampang jelas tajuk besar yang terlekat pada fail itu. 

Husaini Holdings

Hati aku mula terdetik sesuatu. Adakah baba menyerahkan Husaini Holdings sebulat-bulatnya kepada Rayyan? Kalau macam tu, beerti Rayyan akan mewarisi semua harta baba dan bonda. Kejap, kejap. Kenapa aku rasa lain? Okey, Raihana. Tenang, jangan fikir negatif. Tolonglah! Rayyan dah berubah. Please, terima yang Rayyan dah berubah.

Seriously baba? Baba tukar nama syarikat kepada nama Rayyan? Whole one?”

Baba menganggukkan kepala. Bonda juga mengangguk. 

“Ya. Baba harap. Rayyan akan jaga Raihana untuk baba dan bonda. Jaga dia macam mana baba dan bonda jaga dia dulu. Ingat, Raihana tu isteri Rayyan. Isteri salah satu punca rezeki seorang suami dimurahkan.”

Beria-ria Rayyan menganggukkan kepalanya. Dia menoleh ke arah aku sekali gus tangan aku digenggam erat. Depan baba dan bonda. Tersenyum-senyum baba dan bonda melihat kami.

“Bonda gembira sangat. Akhirnya, Rai jadi sebahagian daripada keluarga kami. Ini hadiah untuk Raihana dari bonda. Hadiah ni sebenarnya dah lama bonda belikan...,” ujar bonda dengan nada sebak.

Seutas gelang tangan berloceng dan mempunyai batu permata berkilauan dipakaikan pada pergelangan tangan kanan aku. Saat itu juga aku mengerling ke arah Rayyan yang sepertinya tidak puas hati. Air mukanya yang tadinya ceria berubah keruh. Ya. Reaksi dia berubah saat bonda memakaikan gelang itu kepada aku. Jantung aku tak semena-mena berdetak tidak berirama.

“Cantik anak bonda ni pakai. Kalaulah...”

“Sayang, dah jom. Kita masuk bilik. Jangan kacau pengantin baru ni nak beradu.”

Serentak baba dan bonda tertawa kecil. Aku hanya tersenyum nipis manakala Rayyan masih lagi dengan reaksi tadi. Dia sepertinya memikirkan sesuatu. Tangan aku masih lagi di dalam genggamannya lagi. 

“Selamat malam, sayang-sayang bonda.”

“Selamat malam, baba, bonda...,” sahut aku dengan senyuman. 

Perlahan-lahan aku ingin membalas genggaman tangan Rayyan. Baru saja aku hendak membuka mulut, tiba-tiba saja dia menarik tangannya sekali gus berdiri membelakangi aku. Dia meraup wajahnya sebelum mengerling ke arah aku dengan satu jelingan tajam.

Zup! Dari situ aku sudah dapat merasakan sesuatu yang akan terjadi. Tolong, jangan apa-apa. Aku mohon sangat. Rayyan....

“Rayyan... kenapa ni? Aw... awak okey?” Tergagap-gagap aku bertanya. Entah kenapa tiba-tiba keberanian dan kekuatan aku hilang sekelip mata apabila melihat renungan tajam Rayyan. Adakah aku dah buat silap? Emma... adakah Emma benar?

Rayyan mengerling ke arah pintu masuk sebelum dia menjauhkan sedikit dirinya dari aku. Masih berdiri membelakangi aku. Aku baru saja hendak bangun. Terdengar dia melepaskan dengusan kasar.

“Kau ingat. Aku nak sangat ke kahwin dengan aku? Kau tahukan kenapa aku buat semua ni? Kalau kau tak tahu dari awal, maknanya kau bodoh, Raihana. Kau memang ada hati dengan aku kan? Dah terbukti. Kalau betul kau bencikan aku. Kenapa kau terima perkahwinan ni bulat-bulat? See, who is the winner now, sayang?”

Aku membungkam. Terkaku aku berdiri sambil merenung belakang tubuhnya yang masih lagi berpakaian tuksedo. Tak semena-mena air mata aku jatuh setitik demi setitik sebelum air mata itu mengalir deras.

“Ra... Rayyan... apa kau cakapkan ni?” Tiada lagi panggilan lembut untuk dia. Ya. Aku tak salah dengar, aku cuma nakkan kepastian dari mulutnya sendiri. Hati aku sekarang ni bagaikan dicucuk-cucuk dengan lembing besi yang sudah dipanaskan dengan kayu bara api.

Huh! Bodoh juga perempuan ni rupanya. Dahlah bodoh. Pekak dah? Aku cakap aku tak hadap pun nak kahwin dengan kau! Kau tu perampas semuanya dari adik aku! Nama adik aku! Barang-barang adik aku! Sekarang ni bonda bagi kau gelang tangan yang sepatutnya adik aku pakai! Bukan kau!” 

Aku terkesima. Bagaikan tiada lagi desas-desus nafas yang keluar dari hidung dan mulut aku. Sepertinya aku kehabisan oksigen. Apa yang berlaku sekarang ni? Drama apa yang aku kena hadap sekarang ni? Bermakna semuanya ini hanya palsu? Rayyan perangkap aku? Sekali lagi! Paling teruk kali ni!

“Kau dengar sini, Aazeen. Aku nak kau kekalkan kebahagiaan kau bersama aku di hadapan baba dengan bonda. Kalau kau ingkar cakap aku, kau jangan buat aku rasa tercabar. Bila-bila masa aje kau akan menderita lebih teruk dari ini.”

Aku terdiam. Mulut aku terkunci ketat. Sepatah huruf pun tak mampu aku keluarkan. Sangat terkejut dengan Rayyan sekarang ini.

“Aku kahwin dengan kau sebabkan harta baba. Disebabkan Husaini Holdings. Kau jangan salahkan aku sorang. Salahkan baba dengan bonda sekali, diaorang yang paksa aku untuk berkahwin dengan kau. Kalau aku tak dengar cakap diaorangdiaorang akan tarik semua apa yang ada dekat aku sekarang.”

Menggeletar aku satu badan. Adakah aku hidup di dunia ini sebagai satu cagaran? Aku menjadi bahan ugutan. Tapi kenapa? Kenapa aku begitu bodoh? Bodohnya aku! Aku dah mula bukakan hati untuk Rayyan!

“Rayyan! Apa salah aku sampai macam ni sekali kau buat hidup aku, Rayyan? Aku tak tahu apa-apa pasal adik kau Rayyan. Aku diambil dari baba dan bonda. Aku baby masa tu Rayyan. Semua rancangan baba dan bonda tapi kenapa aku yang menjadi pesalah besar? Seolah-olah aku yang bunuh adik kau!” tempik aku tanpa sedar. Mujur bilik tidur baba dan bonda berada di tingkat atas. Agak jauh sedikit dari bilik kami.

Rayyan menoleh ke arah aku.

“Aazeen, dari mula aku kenal aku masa baba dan bonda ambil kau. Aku mula tanamkan kebencian aku dalam hati sejak dari hari tu, Aazeen. Aku tak suka sesiapa jadi pengganti adik aku! Aku benci! Kau faham tak! Kau tak faham macam mana perasaan aku bila adik aku mati depan aku! Dan waktu tu aku tak mampu nak buat apa-apa!” 

“Tapi kau tak boleh buat aku macam ni! Aku ada hati dan perasaan, Rayyan! Kau dah bunuh hati aku sekarang ni, Rayyan! Kau buat aku seteruk ni! Kau jangan harap aku maafkan kau sampai bila-bila. Keluar air mata darah kau sekalipun! Aku tak akan maafkan kau!” sembur aku sepuas-puasnya. Waktu ini aku dah tak anggap dia suami aku lagi. Dia bukan suami! Dia manusia yang bertopengkan syaitan!

“Kau dengar sini, Rayyan. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal seumur hidup kau! Tak apa! Aku terima perkahwinan ni tapi kau jangan harap aku akan kekal dalam perkahwinan ni sampai bila-bila. Kau fikir kau sorang je boleh tercabar? Aku pun bolehlah, Rayyan! Kau enjoylah dulu! Aku bagi kau masa untuk kau enjoy dengan... Serena. Mesti korang tak sabar nak habiskan harta baba kan?”

Aku dengar Rayyan berdengus kasar. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air dan pintu dihempas kuat. Sedikit pun tak memberi kesan pada aku. Aku menangis teresak-esak seraya menahan getaran pada tubuh. Hati aku... hati aku sakit sangat.

Kau memang bodoh, Raihana. Kenapa kau terima semua ni!

BAM!

Aku mendongak ke arah pintu bilik air. Rayyan sudah tidak lagi berpakaian tuksedo tadi. Dia hanya mengenakan seluar jeans dan t-shirt biasa. Jaket digantungkan di atas bahunya. Tangannya mencapai kunci motorsikal yang berada di atas almari.

“Aku keluar. Kau tidurlah. Ingat, jangan sampai kantoi dengan baba. Kalau kau berani ingkar cakap aku, kau tunggulah berita yang akan ‘menggembirakan’ hati kau!” pesan Rayyan sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Aku membaling segala barang yang terdekat ke pintu bilik. Melepaskan amarah aku kepada Rayyan Husaini. Tetapi tiada gunanya. Bukan dia yang kena balingan aku tetapi pintu yang menjadi mangsa. Tanpa membuang masa lagi, aku masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian aku. 

Kelihatan tuksedo Rayyan terdampar di atas lantai seperti tiada nilai harga. Sedangkan tuksedo ini adalah tuksedo pilihan aku untuk dia. Tak semena-mena lutut aku kendur. Lemah. Aku jatuh terjelepok di atas lantai kamar mandi. Perlahan-lahan aku menarik tuksedo tersebut sambil menangis teresak-esak.

Apa salah aku, Rayyan! Tergamaknya kau! Kau tak ada hati dan perasaan langsung ke, Rayyan!

Arghh! Rayyan Husaini!


Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.