Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 15

BAB 15

      BEBERAPA kali aku cuba mencelikkan mata aku. Kenapa berat sangat? Kepala aku macam kena hempap dengan batu-bata. Tangan aku naik memicit dahiku sebelum berjaya mencelikkan mata dengan luas. Kejap. Aku dekat mana ni? Kenapa suasana bilik ni terlalu asing bagi aku?

      Aku perlahan-lahan menoleh ke sebelah kiri aku. Alangkah terkejutnya aku melihat Ezra yang sedang nyenyak tidur sambil tangannya melingkari pinggangku. Tambahan lagi, dia tidak berbaju. Apa yang berlaku sebenarnya?

      Aku menekup mulutku apabila melihat diri aku sendiri tanpa seutas benang. Ezra? Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Tergamaknya dia.

     Dengan sisa-sisa kekuatan yang masih ada, aku perlahan mencapai pakaian aku yang terabur di atas lantai tanpa niat untuk mengejut lelaki yang telah memusnahkan masa depan aku. Dia langsung tak sedar yang aku sudah siap berpakaian. Tubuh aku menggeletar kuat sekali gus berasa sengal-sengal sakit. Air mataku sudah mengalir perlahan.

      Rupanya aku dekat dalam bilik hotel. Cepat-cepat aku mencapai beg silang aku dan keluar dari situ sebelum Ezra tersedar. Kelam-kabut aku mencari telefon bimbitku. Tanpa berlengah lagi aku terus menghubungi Emma. Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku.

*****

      “YA ALLAH, Rai, kau kena game dengan si Ezra tu? Kenapa kau mudah sangat percayakan dia? Kenapa kau tak call aku? Abang Edri semalam tak sempat nak singgah tempat kau. Dia pun risaukan kau sebab dia ada call kau tapi tak angkat. Aku call kau pun, kau tak angkat rupanya ada sesuatu yang tak pernah aku sangka akan terjadi dekat kau.”

      Aku menangis dalam dakapan Emma. Rambutku yang agak serabai dibelai perlahan olehnya. Terhinjut-hinjut bahu aku menangis. Edri hanya memandang simpati dekat aku.

        “Aku dah tak suci, Emma. Aku dah tak suci. Dia dah rampas maruah aku, Emma. Kenapa Emma? Kenapa lelaki yang aku kenal semuanya menyakitkan hati aku, kenapa?” teriak aku habis-habisan. Sepertinya aku sudah hilang akal.

       “Shuh... Rai. Calm down. Tak semua lelaki macam tu. Dahlah, jangan menangis. Aku tak boleh tengok kau macam ni. Buat masa ni kau tinggal sini dengan aku, okey? Nanti aku beritahu mama dengan papa aku. Diaorang mesti akan faham. Aku nak kau berehat dulu. Pucat sangat muka kau ni.”

       Aku hanya mampu akur semua kata-kata Emma. Dia seorang saja yang aku ada saat macam ni. Kenapa Ezra buat aku macam ni? Apa salah aku dekat dia? Aku rasa aku tak pernah buat silap dengan dia. Dia aku anggap dah macam kawan rapat aku sendiri sebab dia sentiasa ada dengan aku.

       “Rai, nanti kalau Rai dah okey, abang nak beritahu Rai sesuatu tapi masa tu abang harap Rai dah tenang. Sabar ya...,” pujuk Edri.

      Aku tersenyum nipis seraya menganggukkan kepala. Kaki membawa langkah mengekori Emma yang sudah mendaki anak tangga. Edri membalas senyumanku.

      “Rai, kau jangan fikirkan sangat, ya? Aku tak nak kau depression. Kau jangan risau. Kau jangan takut. Aku ada sentiasa dengan kau. Kan kita dah janji, susah dan senang bersama. Kau rehatlah dalam bilik aku ni dulu. Aku nak masak untuk abang aku, kejap lagi dia nak pergi kerja. Mama dengan papa aku rasa esok atau lusa diaorang baliklah tu. Kau jangan risau, okey?” pujuk Emma bersungguh-sungguh seraya memeluk tubuh dan mengucup pipiku.

       “Terima kasih, Emma. Aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana.”

       “Ya, Rai. Sama-sama. Sudah, ya. Berehat. Nanti aku dah siap masak. Abang aku dah pergi kerja. Aku kejutkan untuk kau mandi dan makan. Dah masuklah.”

       Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan terus merebahkan diri di atas katil. Fikiran aku menerewang memikirkan Rayyan dan Ezra. Kenapa selama ni aku tak perasan? Semua staf dekat pejabat pernah kena sergah dengan Rayyan tetapi Ezra tidak. Setakat besarkan biji mata dan marah macam tu saja. Itu pun bila Ezra melepak dengan aku. Semalam, Ezra pun ada dekat situ. Tak ke pelik? Ataupun ini semua rancangan Rayyan? Yelah, dia pernah cakap yang dia akan pastikan hidup aku tak tenang.

       Kalau betul semua ni kerja dia. Sampai mati pun aku tak akan maafkan. Aku nak tengok balasan apa yang dia kena. Tak apa. Kau buat aku macam ni, Rayyan, Ezra. Korang berdua aku tak akan maafkan sampai bila-bila.

        Tapi, kalau aku mengandung macam mana? Aku takut. Dulu aku pernah cakap dengan diri aku sendiri setiap kali aku tengok berita fasal buang anak. Aku tak sampai hati tengok bayi-bayi yang baru lahir kena buang macam tu. Mereka tak salah apa-apa.

      Aku harap sangat aku tak mengandung. Tapi, kalau ditakdirkan aku mengandung. Apa aku nak buat? Aku tak akan gugurkan kandungan aku. Aku dah banyak buat dosa. Tak nak aku tambah dosa besar aku.

       Ya Allah, bantulah aku...

*****

       HARI ini Adam mahu berjumpa dengan aku. Dia mengekori Emma sehingga balik ke rumah. Adam cakap dia nak berbincang dengan aku sekali gus nak minta maaf. Emma tak bagi aku keluar berdua dengan dia selepas peristiwa beberapa hari lepas. Sekarang ni aku masih lagi menginap dekat rumah keluarga Emma. Mama dengan papa dia pun bersimpati dengan aku dan mereka berbesar hati mengizinkan aku duduk di sini.

       Rayyan? Aku langsung tak ada niat nak hubungi dia lepas hati aku kuat mengatakan ni semua rancangan dia. Biarlah, Serena kan ada. Boleh ganti tempat aku. Kalau dia nak buang aku dari tempat kerja tu pun tak apa. Aku tak hadap pun nak kerja situ.

     “Kau nak cerita apa, Adam? Sorry kalau kau rasa tak selesa sebab aku rasa diri aku pun berhak nak tahu. Yelah, masalah kau ni dah mengheret aku sekali. Aku tak akan izinkan Rai keluar berdua dengan kau. Ini kira baiklah, aku jemput kau masuk rumah aku memandangkan abang aku ada hari ini. Dia ada dekat atas. Sekejap lagi dia turun. Ceritalah...,” suruh Emma.

      Adam melakarkan senyuman segaris pada bibirnya kemudian mengangguk kecil.

     “First of all, I want to say sorry to both of you. Raihana, I minta maaf sangat-sangat. I tahu I bodoh. I patutnya menghargai you. I tak boleh terima semua ni lepas I tahu apa muslihat Serena. Serena tak layak jadi kawan baik you, Rai. Dia sebenarnya cemburukan you sejak kolej lagi. Dia cemburu you selalu kena puji dengan pensyarah. Ramai yang nak berkawan dengan you dan ramai lelaki nak berkenalan dengan you. Dia cemburu buta, Rai.”

      Aku dah agak dah. Apa yang dia tuduh aku sebenarnya itu sifat dia sendiri tapi nak nampakkan dia tu suci. Dia fitnahnya aku. Aku tak sangka yang aku dah silap pilih kawan. Selama ni aku dengan Emma percayakan dia. Aku tak tahu kenapa Serena tergamak buat aku macam ni? Tambah-tambah lagi sekarang dia dah jadi kekasih Rayyan. Sepadan sangat.

      “Sorrylah aku cakap ni, Adam. Kau tu memang bodoh. Kau ni kerjaya bagus. Ada rupa. Baik pun baik sebab aku pun kenal kau dekat California juga. Aku kenal kau dulu berbanding Serena. Tapi aku tak faham macam kau boleh terjebak dengan perempuan tu. Apa? Raihana tak cukup baik lagi ke untuk kau, huh?”

      Aku tahu sekarang ni Emma tengah tahan kemarahan dia yang membuak-buak tu. Dari California lagi dia pernah cakap, kalau Adam muncul dalam hidup aku lagi. Dia nak simbah dengan api kemarahan dia biar lelaki tu sedar diri sikit.

      “Ya, aku tahu, Emma. Aku kesal. Serena mempermainkan aku. Sekarang dia dah jadi girlfriend Rayyan selepas dia minta aku putus.”

      “Padan muka kau. Dah dapat yang setia punyalah lama dari zaman sekolah. Nak juga yang si perempuan sundal tu. Hah! Memang padanlah muka kau. Bodoh lagikan? Lain kali simpan sikit bodoh kau tu. Aku bodoh-bodoh pun tak buta nak menilai orang. Aku sakit hati dengan kau tau, Adam.”

      Aku kehilangan kata-kata. Aku tak tahu nak respons apa. Aku biarkan saja Emma melepaskan amarahnya pada Adam. Adam pula sudah menekur lantai. Mungkin takut melihat wajah bengis Emma yang semakin menyinga.

     “Rai, maafkan I,” rayu Adam.

     “I dah maafkan you, Adam. Tapi kalau you harap I macam dulu. I am sorry. I can’t. Kita boleh jadi kawan. Itu saja yang I sudi. Kalau lebih dari tu, I tak nak.” Aku menggelengkan kepalaku. Aku memang dah tak nak ada kena-mengena dengan Adam. Biarlah hal lama itu menjadi masa lampau aku.

     Kalau boleh aku dah tak nak ingat dah. Aku nak bangkit dari semua ini. Biarlah orang nak menghina aku sekalipun. Mungkin ini dugaan aku....


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.