Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 38

BAB 38

AKU perhati saja dua orang tu bermesra-mesraan dalam bilik. Apalah nasib aku kena jadi PA bapak singa tu lagi. Sudahlah bilik PA dengan CEO berhadapan. Berbulu aku tengok aksi-aksi yang mencemarkan pemandangan aku. Selamba saja minah senget tu mengurut-urut bahu Rayyan sekali gus mendekatkan mukanya dengan muka Rayyan. Aku cemburu? Entah, aku malas nak mengulas pasal perasaan cemburu atau apa. Aku dah penat nak hadap semua ni! Bila ya aku boleh berambus dari semua ni? Lambatnya aku nak kumpul bukti...

Haih... lambat pula nak waktu makan tengah hari, biasa cepat aje. Aku nak suruh Adam ambil aku dari dalam bilik kerja akulah. Ingat dia sorang aje ada skandal trang-tang-tang? Aku pun adalah. Tapi kami tak adalah over sangat nak menunjuk-nunjuk kemesraan tu. Aku masih ada maruah bukan macam minah tu. Desperate sangat nakkan perhatian lelaki. Buat malu aje.

Aku tertanya-tanya juga. Dari tadi aku tak nampak kelibat Ezra. Nak tanya sesiapa macam tak perlu aje tapi serius dah lama aku tak nampak dia. Kali terakhir aku bersemuka dengan dia sebelum aku berkahwin waktu mesyuarat dengan baba dan semua staf Husaini Holdings. Sekali lagi aku mengerling jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul 10:30 pagi. Ada lagi 1 jam 30 minit. Aku rasa baik aku call Adam untuk buat persediaan. Wah, wah... bukan main. Persediaan eh?

Hello, Raihana?”

Wah! Sepantas kilat eh Adam angkat. Tak sampai sekali bunyi dia dah terus angkat. Ni makin sayang lebih ni! Ahaks!

“Adam... boleh tak ambil Rai nanti kat atas. Si bapak singa ni ada singa betina...”

Adam tertawa di hujung talian.

“Nak suruh Adam jadi kucing jantan Raihana lah ni?”

Aku pula yang ketawa. Aku pernah bagitahu Adam. Kalau Rayyan singa, aku kucing. Kucing lagi comel dari singa. Semestinya aku kucing yang comel lagikan baik. Wah! Angkat bakul sendiri.

“Haa! Apa tu apa tu! Berangan nak jadi boyfriend Raihana balik ke?”

Serentak kami tertawa di hujung talian.

“Okey. Lagi sejam, Adam naik atas. Tunggu okey?”

Aku menganggukkan kepala. Eh! Yang aku angguk kenapa? Bukannya dia nampak pun. Aduhai, kau ni Raihana. Ralit sangat tengok dua pasangan tak berapa nak sejoli tu. Sorang badan tegap macam tu sorang lagi kurus keding macam tak cukup zat.

“Raihana?”

“Haaa... okey! Raihana tunggu. Bye!”

Serentak kami mematikan talian. Aku membelek-belek fail yang menimbun di atas meja. Haih... rasa malas pula nak siapkan kerja. Deadline lagi dua minggu. Kira lambat lagikan? Nak buat kerja pun tak senang. Semak aje pemandangan aku. Kalau tak pandang pun boleh nampak dari ekor mata apa yang diaorang berdua tu buat. Semak!

*****

 
KREK...

Terdongak kepala aku apabila terdengar bunyi pintu aku ditolak perlahan dari luar. Terjengul kepala Adam dengan senyuman lebar di bibir. Aku membalas senyumannya. Dia menghampiri aku dengan tangan diselukkan ke dalam poket. Wah! Kemain kucing jantan aku ni. Bergaya! Aku boleh nampak dari ekoran mata yang Rayyan tengah memerhatikan kami berdua tapi aku tak nampak sangat reaksi muka dia.

“Dah siap ke kerja? Betul ke tak sihat ni? Ambil half day?”

Aku bersungguh-sungguh menganggukkan kepala. Tiba-tiba tadi aku tengah syok buat kerja, kepala aku berpinar-pinar. Entah kenapa tiba-tiba. Badan pun rasa suam-suam sejuk aje.

“Haah. Dah siap separuh. Nantilah sambung. Deadline pun lambat lagi. Sebelum pergi makan, boleh tak teman pergi klinik nak ambil surat MC. Lepas tu kita pergi makan dekat Seoul Garden. Boleh tak?” tanya aku. Nada suara dah macam budak-budak minta makanan aje. Haih... malu betul.

“Boleh je. Anything for you. Dah jom. Sorry, tadi Adam lambat sikit. Ada masalah dengan klien tu. Tak habis-habis dengan cerewet dia. Letih.”

Aku mengangguk-anggukkan kepala. “Kesian dia, ya?” Aku tertawa kecil kemudian berdiri dan mengemas sedikit meja kerja aku sebelum keluar bersama-sama dengan Rayyan. Yelah, lepas lunch aku tak balik pejabat dah. Pandai-pandailah si bapak singa tu uruskan jadual dia. Minah tu kan ada. Ada pengalaman jaga jadual dia. So, bolehlah tolong aku kan? Tak salah rasanya. Dah selalu berkepit macam tu patutnya dah boleh tahu setiap jadual Rayyan.

Adam memegang pergelangan tangan kemudian sama-sama melangkah keluar dari bilik kerja aku. Aku nampak tiba-tiba Rayyan berdiri mendadak sampaikan Serena terundur ke belakang. Mujur perempuan tu tak melekat dekat dinding. Kalau tak sia-sia aje. Kena viral pun syok juga. Kena melekat dengan dinding. Hahaha....

Adam masih lagi memegang pergelangan tangan aku dan menarik pintu untuk keluar dari department ini. Laju saja si bapak singa tu sambar pergelangan tangan aku dari Adam. Aku terkejut. Dia ni dah kenapa? Tiba-tiba nak sambar tangan aku. Tak ada kerja ke? Kenapa? Cemburu? Untuk apa dia cemburu? Serena kan ada? Aku tak fahamlah spesies lelaki macam dia ni.

“Kau nak pergi mana, huh? Cuba jaga sikit maruah aku. Kau tu masih isteri aku tau. Kau jangan nak sesuka hati nak keluar dengan mana-mana jantan lain!” Keras nada suara Rayyan. Uuu... takutnya kita!

“Eh, kenapa? Aku bukan buat maksiat dengan dia pun. Aku dengan dia nak pergi lunch. Tahu tak? Pergi makan? Perut aku lapar. Kau tu apa hal tiba-tiba nak melenting? Jealous? Hmm?” tembak aku semula. Wah! Raihana semakin berani menghadap bapak singa ini. Jangan dia baham aku sudah!

“Aku cakap tu tak boleh, tak bolehlah! Kau lunch dengan aku!”

Aku ketawa. Lawaknya! Lunch dengan dia? Aku rasa tak termakan aku nanti. Yelah, nak kena hadap momen-momen manis dari Encik Rayyan dan Cik Serena kita ni. Eiuuu! Tak kuasa aku. Muntah pelangi aku dibuatnya.

“Eh, jangan nak buat lawak kat sini, eh. Aku nak lunch dengan sesiapa pun itu hak aku! Kau tu pergilah lunch dengan perempuan simpanan kau tu! Hmm? Kalau kau boleh ada skandal, kenapa aku tak boleh kan?”

Aku genggam tangan Adam erat. Dan aku terasa Adam membalas genggaman aku. Terus aku tarik Adam keluar dari situ meninggalkan Rayyan dan Serena tercengang dekat situ. Biar dia! Biar dia rasa apa yang aku rasa! Sakit hati aku! Hesy!

“Arghhhhh!”

Serentak langkah aku dan Adam terhenti apabila terdengar jeritan kasar Rayyan. Uish! Kus semangat! Ingatkan dia nak kejar lepas tu baham aku. Rupanya dia mengaum aje. So, bukan masalah aku. Baik aku isi perut aku lagi bagus!

“Adam, terima kasih sebab sudi tolong Raihana...,” ucap aku dengan segaris senyuman. Sebenarnya kepala aku masih lagi pening ni. Memang sahlah nak demam. Haih...

“Sama-sama. Kan Adam dah cakap. Adam sebagai bestfriend Raihana akan buat apa saja untuk Raihana. Sekali gus untuk tebus kesalahan-kesalahan yang Adam pernah buat. Adam tak ada apa-apa perasaan dengan Raihana kalau itu yang Raihana nak. Adam tak nak hubungan kita terputus. Tu aje...” 

Terharu pula aku dengar ayat dia. Aku bersyukur sangat yang Adam betul-betul berubah. Aku doa suatu hari nanti dia akan jumpa dengan seorang perempuan yang boleh membahagiakan dia. Aku tak boleh terima dia lagi sebagai kekasih atau sesiapa kecuali sahabat. Macam aku dengan Emma. Macam dia cakap juga, aku pun sebenarnya sayangkan hubungan aku dengan dia yang dah terjalin sejak sekolah menengah. Jadi, aku teruskan dengan menjadi sahabat baik. Tu saja aku mampu dan syukur Adam faham perasaan aku. Dia berubah menjadi seorang yang lebih memahami dan sanggup menolong aku.

Sayang kau, Adam Harith. Sahabat aku dunia dan akhirat selain Emma Katrina.


Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.