Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 9

BAB 9

      HARI ini aku seorang diri menghadiri perjumpaan dengan seorang klien yang akan bekerjasama menyokong dan menyumbang dana untuk projek terbaru syarikat baba, Husaini Holdings. Rayyan? Dia entah lesap ke mana. Ezra yang beritahu aku yang Rayyan ada pesan dekat aku suruh jumpa dengan klien ni dan tarik dia sampai dia setuju untuk bekerjasama. Senang sajakan kerja dia? Bos? Peduli apa? Janji semua kerja siap. Aku syak dia pergi jumpa kekasih kesayangan dia tu. Aku nak tahu juga perempuan mana pula yang akan menjadi mangsa Rayyan Husaini Bin Razif Husaini.

     Sebaik sahaja aku sampai di sebuah restoran barat yang terletak di Kota Damansara, mataku meliar mencari kelibat seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna biru gelap dan berseluar slack hitam. Bibirku mengukirkan senyuman sebaik sahaja ternampak lelaki yang aku maksudkan tadi.

     “Am I late, Sir Raid?” tanya aku sambil berjabat tangan dengan lelaki berkaca mata ini. Sungguh berkarisma. Sekali pandang memang nampak gaya dia seorang yang professional. Bukan macam Rayyan Husaini tu. Okey! Sempat pula aku mengutuk fasal dia.

     Dia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

    “Nope. You’re not late. You’re Raihana rightRayyan’s PA?”

     Aku tersenyum manis seraya menganggukkan kepala. Punggung sudah siap berlabuh di atas kerusi berhadapan dengannya. Fail yang aku bawa diletakkan dengan penuh sopan di atas meja. Aku perasan dari ekoran mata. Dia sepertinya merenung aku lama. Jadi janggal pula aku nak memulakan perbicaraan.

     “So, let’s start our discussion.”

     Aku menghelakan nafas lega. Mujur dia suruh aku mulakan dulu. Kalau aku tiba-tiba mula nanti macam tak formal pula. Tak fasal-fasal dia menolak. Dah satu masalah pula aku nak kena hadap lagi si bapak singa tu.

     Fail nipis lutsinar diselak kepada satu halaman untuk dibaca oleh Raid. Raid ini memang seorang yang open-minded dan mudah terhibur. Senyumannya tak lekang dari bibir sejak awal pertemuan aku dan dia. Tak sampai satu jam, dia setuju untuk bekerjasama dengan Husaini Holdings. Aku sangat bersyukur kerana Raid mahu bekerjasama dengan syarikat baba. Siapa yang tak kenal Aazeem Raid, anak hartawan yang mempunyai syarikat paling maju seluruh Asia Tenggara. Glisten Holdings sudah mempunyai banyak anak cawangan yang dibuka di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara. Baru-baru ini Glisten Holdings sudah membuka lagi beberapa cawangannya di London, Paris, New Zealand dan Germany.

     “So, Raihana, I hope we can always contacting each other. This is my personal card. Can I have yours?”

     Aku tersenyum seraya menganggukkan kepala. Sekeping kad yang sememangnya aku desain sendiri dijadikan sebagai kad persendirian aku diserahkan kepada Raid. Dia melorekkan senyuman lebar. Suka betul dapat kad aku. Lain macam si Raid ni.

    “Along...”

    Senyuman Raid mati apabila seseorang memanggilnya. Aku turut menoleh ke arah si empunya suara yang memanggil klien aku itu.

    “Angah, kau lambat.”

    Pertama kali aku mendengar nada suara Raid yang agak tegas. Riak wajah pun berubah. Sedikit tegang. Tetapi masih terserlah lagi ketampanannya.

    “Sorry, along. Aku ada masalah sikit tadi dekat rumah. Macam kau tak kenal mama dengan papa. Naik pening kepala aku.”

     Raid hanya berkomunikasi dengan matanya. Aku sendiri pun tak tahu apa maksudnya.

    “Oh, sorry. Tak nampak. Hai, Raihana. I’m Raid’s brotherMy name is Aafeeq Raiman. You can call me Iman.”

    Aku tersenyum seraya berjabat tangan dengan Iman. Memang dua beradik ini memiliki rupa paras yang sangat mengancam. Kalau perempuan lain tengok, memang awal dah terkinja-kinja. Mujur aku bukan dalam golongan mereka.

    “So, perbincangan dah tamat ke? Atau nak saya tambah apa-apa lagi?” soal Iman sebaik saja melabuhkan punggung di sebelah Raid.

    “She has an interesting attraction. I love the way she presents and the explanations she gives for each points of the project makes me more understand.”

   Aku tersenyum. Dia puji aku. Malu kejap.

   “WowThat’s great. Awak dah berjaya menarik perhatian abang saya. Dia ini agak cerewet sikit. Tak sewenang-wenangnya dia nak bersetuju pada hari yang sama.”

    Aku sekadar mengangguk. Syukurlah kalau Raid terbuka hati nak bersetuju dengan aku.

   “Raihana, marilah makan sama-sama. Alang-alang dah waktu lunch,” ajak Raid.

   Iman pula sudah menganggukkan kepala, bersetuju dengan ajakan abangnya.

  “Boleh ke? Tak menganggu Sir Raid dengan Sir Iman?”

   Raid tertawa kecil manakala Iman menggelengkan kepalanya.

   “Tak menganggu pun. And one more thing, just call me Raid and call him Iman. Waktu lunch ni kena santai-santai. Tak naklah masukkan waktu kerja sekali. Kan?”

   Aku menganggukkan kepala seraya tersengih. Bestnya dapat majikan macam dua jejaka di hadapan aku ni. Memang buat kerja tu dengan rela hati.

*****

    RAID dan Iman menghantar aku sehingga ke pintu masuk pejabat. Sweet sangat! Okey, jangan nak perasan. Sekarang ni kena fokus semula untuk menghadap fail-fail yang menimbun atas meja kerja aku. Tapi tak apa. Kesengsaraan aku itu akan tamat lagi beberapa hari saja lagi sebab ada manusia yang baik hati nak ambil alih kerja aku. Dengan rela hati aku turun pangkat. Tiada masalah. Semua boleh!

    Buk!

    “Aduh!”

     Itulah padahnya kalau berjalan sambil bermonolog dalam hati sendiri. Tak fasal-fasal dah terlanggar tembok bergerak. Sendiri yang sakit memandangkan tubuh aku ni kecil. Orang cakap sekali pandang macam budak sekolah. Comelkan aku?

     “Sorry, I tak...”

     Aku dan dia sama-sama tercengang. Kenapa banyak-banyak tempat aku kena jumpa dia juga? Aku baru saja nak lupakan dia dan buat hal aku. Tapi kenapa....

    “Baby?”

    “Baby? Siapa you nak panggil-panggil baby? Behave sikit eh perangai tu. Jangan sampai I jerit. Orang lain fikir bukan-bukan karang.” Sengaja aku mengugut dia.

     “Sorry. I mean, Raihana. You kerja sini?” soal Adam.

    Aku memutarkan bebola mata aku. Tanpa menjawab soalannya, aku terus melangkah masuk ke dalam perut lif yang sudah terbuka.

    “Raihana, wait!” jeritnya sambil mengejar langkah aku.

    “Hesy! Nak apa lagi? You tahu tak mana boleh sesuka hati masuk lif ni kalau tak ada urusan apa-apa?” marah aku.

    “I ada urusan. Urusan dengan abang you. Daddy I suruh I bekerjasama dengan syarikat baba you.”

     Aku melepaskan dengusan. Banyak-banyak syarikat. Nak juga bekerjasama dengan syarikat baba ni. Dah tak ada syarikat lain ke? Ke sengaja? Hesy!

    “Okay, Raihana. Look, I sebenarnya nak...”

    “Minta maaf? Simpan jelah maaf tu. I tak perlukan you. Nama Adam Harith dalam hidup I dah lama padam. Dah mati.” Keras nada suara aku menyindir dirinya sebelum aku melangkah keluar dari perut lif. Aku mempercepatkan langkah aku masuk ke dalam bilik kerja. Tak kuasa aku nak layan mamat macam dia!

     Semua lelaki sama saja!


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.