Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 1

     BAB 1

     BUNYI muzik yang bergema di ruangan rumah sewanya itu langsung tidak menganggu lamunan aku. Aku hanya duduk di bibir kolam sambil kaki menepis-nepis air yang berada di dalam kolam. Entah kenapalah hari ini aku tak boleh nak berhibur seperti hari-hari sebelum ni. Aku sebenarnya rindukan baba dan bonda. Sudah empat tahun aku berada di negara orang ini. Sampai masanya nanti aku akan pulang juga cumanya ada satu pekara yang membuatkan aku jadi malas untuk balik ke tanah air.

"Baby...," panggil Adam.

Dia adalah teman lelaki aku sejak di tingkatan lima. Sampai sekarang hubungan kami masih sebagai kekasih. Kami berdua tak pernah berbincang untuk menghalalkan hubungan kami. Kata Adam, dia lebih suka hubungan kami begini memandangkan kami masih muda dan masing-masing lebih suka berhibur dari berumah tangga. Ya aku akui, berumah tangga bukan sesuatu pekara yang mudah.

"Hey baby... jauhnya you mengelamun. Why dear? Anything wrong?"

Perlahan aku menggelengkan kepala. Bibir cuba untuk mengukir senyuman tipis.

"No. Don't lie to me. I tahu ada benda tak kena ni. Come on, baby. Tell me, what is it?" soal Adam sambil melabuhkan punggung di sebelah aku. Rambut panjang separas pinggang milikku dibelai mesra.

"I rindukan parents I..." Entahlah aku sendiri tak tahu nak luahkan macam mana perasaan aku ni. Nak cerita tak nak cerita? Macam tulah rasanya. Semua serba-serbi tak kena. Biasanya kalau perasaan aku macam ni akan ada sesuatu yang akan terjadi. Tapi aku harap tiada apa pekara buruk yang berlaku.

"Hey baby, jangan macam ni. You buat I risau."

Aku tersenyum sungging. Bahunya aku peluk kemudian dia mengucup pipiku.

"I love you," bisiknya seraya rambut yang terjuntai di dahiku diselitkan ke belakang telinga.

"I love you more. Promise me that you won't leave me. Even once?"

Adam menganggukkan kepalanya.

"Yes baby. I won't leave you. I'm promise."

Jari kelingking kami bertaut. Tak lama kemudian kedengaran telefon bimbit Adam berdering. Kami saling berpandangan sebelum dia menganggukkan kepalanya sekali meminta keizinan untuk menjawab panggilan. Aku memerhatikan saja si Adam ini. Setiap kali menjawab panggilan telefon mesti dia akan pergi jauh dari aku.

Aku pun tak faham. Bila aku tanya, dia cakap majikan dia. Takkanlah tak boleh cakap dekat-dekat dengan aku? Aku bukannya terpekik-terlolong. Nak berburuk sangka macam tak kena. Adam dengan aku dan menjalani hubungan istimewa ni dah lama dan dia tak ada tunjuk tanda-tanda yang dia macam nak tak nak layan aku. Dia selalu layan aku lebih dari cukup. Nak cakap dia curang, tak ada pulak perempuan lain terkejar-kejarkan dia. Aku hairan juga kadang-kadang tapi buat-buat faham sajalah.

"Sorry baby. Bos I call. Esok I ada meeting."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Oh ya. Dia habis pengajian awal dari aku dan terus diserap masuk ke sebuah syarikat yang agak terkenal di bandar California ini. Tapi dia Cuma pekerja kontrak yang akan habis tak lama lagi. Tak silap aku sama tarikh dengan tarikh terakhir pengajian aku di sini.

"Baby, tak lama lagi kita nak balik Malaysia. Dah lama kan kita tak balik sana? You know what, parents I tak habis-habis minta I balik tapi I tak nak sebab I nak temankan you. I tak nak biarkan you sorang."

"Why?" Ringkas saja soalan aku. Saja nak menguji dia. Nak dengar sikit apa jawapan dia. Dia ni boleh tahan juga sifat cemburu tu. Pernah sekali bertumbuk dengan kawan sekelas aku. Kecoh sekejap dekat kolej tu. Mujur tak teruk sebab aku yang tangkas meleraikan pergaduhan dia dan mamat barat tu.

"Yelah. Kalau I tinggalkan you sorang, mestinya ada yang miang keladi nak masuk line. You ni dahlah cantik. Persis bidadari. Mana boleh I lepaskan. No way. Siapa yang berani nak sentuh you kena hadap I dulu."

Aku mencebik. Menyampah pula dengar jawapan dia. Tapi adalah sikit berbunga dekat dalam hati tu. Tak sangka aku yang dia sayangkan aku sampai ke tahap itu. Cemburu dia lain macam. Jangan buat main. Habis...

"Kalau macam tu, kahwinlah. I dah sedia nak jadi isteri you. Yelah, kita dah lama stay dengan hubungan macam ni. Dari tingkatan lima kot. You tak terasa nak jadikan I sebagai suri hati you ke?" Buat muka tebal sajalah bila soal soalan macam tu dekat dia. Biasanya dia mengelat kalau topik perbualan mengenai perkahwinan. Kali ini aku nak tengok dia nak jawab ke tidak?

"Baby, please. Pasal kahwin. I kena fikir masak-masak. You tahukan perkahwinan bukan permainan. Nak bina rumah tangga kena serius. Bagi I masa, please. Tapi I nak you tau yang I sayangkan you sorang saja. Only you in my heart." Sekali lagi dia mengucup pipi dan ditambah pada dahi luas aku.

Aku mengangguk. Fahamkan sajalah. Kalau banyak tanya lain pula jadinya. Dah orang tak sudi nak berkahwin dengan kita waktu sekarang ni. Kita enjoy jelah dulu.

"Baby, esok lepas I meeting, I ambil you dekat kolej okey. Lepastu kita pergi dating."

"Okey. No problem. Esok I habis kelas dalam pukul 3 petang macam tu. Jumpa dekat tempat biasalah."

Adam tersenyum seraya menganggukkan kepalanya. Aku melentukkan kepala aku pada bahunya. Terasa tangan kekarnya bermain-main dengan rambutku. Bila difikirkan balik, aku tak sepatutnya membiarkan dia menyentuh aku tapi aku dah terbiasa. Baba dan bonda langsung tak tahu sifat aku semenjak aku menyambung pengajian aku di sini. Mulut abang aku tu memang masin. Doa dia termakbul.

Seminggu sebelum aku berangkat ke sini, dia selamba saja mengutuk aku depan-depan. Masa tu juga kena cubitan ketam berdas-das oleh bonda. Padan muka.

"Hah! Sampai sana nanti mulalah mendedahkan apa yang patut. Jadi perempuan murahan. Kenalah sangat tu. Apa yang ada dekat si Adam tu entah? Aku lagi handsome dari dia. Jangan sampai kau jual body kau dekat dia sudah. Cinta itu buta."

Sampai sekarang aku ingat kata-kata dia empat tahun yang lepas. Mulut abang aku memang jenis menyumpah-seranah. Lagi-lagi kalau aku. Aku pun tak tahu apa yang dia anti sangat dengan aku. Dari aku kecil sampai sekarang. Selama empat tahun aku dekat sini, memang tak ada langsung dia bertanya khabar tentang aku. Baba dengan bonda sajalah yang rajin menghubungi aku sebulan dalam dua atau tiga kali.

Kadang-kadang aku terfikir yang aku ni siapa pada dia? Dari sekolah dulu, aku cemburu bila kawan-kawan aku ada abang dan abang diaorang layan diaorang macam puteri. Betul-betul layanan penuh dengan kasih sayang. Tak macam abang aku ni. Layan aku macam aku ni anak kepada orang gaji. Dia memang jenis mengongkong aku. Dengki. Iri hati. Sampaikan dia sanggup malukan aku depan semua orang. Banyak sangat peristiwa yang aku tak boleh lupa. Dan masih terngiang-ngiang dalam minda. Fresh!

*****


Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.