Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 39

BAB 39

“ADAM tak faham kenapa Rayyan tergamak buat Rai macam ni. Adam jujur yang Adam sebenarnya panas hati dengan sikap Rayyan. Dia tak boleh terus-terusan buat Rai macam ni. It’s not fair. You deserve a happily life, Raihana...”

Aku hanya tersenyum seraya melabuhkan punggung di atas sebuah bangku yang berdekatan dengan kolam air pancut. Sekarang kami berada di sebuah taman kecil berhampiran dengan bangunan pusat membeli-belah. Lepas aje makan, Adam belanja aku air kesukaan aku dekat Starbucks kemudian dia ajak ambil angin dekat taman ini. Yelah, aku pun dah dapat MC dari doktor. Suhu badan aku 38.5 darjah selsius. Patutlah kepala aku rasa lain macam aje.

“Entahlah, Adam. Masa Rai dapat tahu yang Serena dan Rayyan rupanya punca kita terputus. Rai speechless. Tak tahu nak cakap apa. Kepala masa tu stuck. Tak boleh fikir apa-apa.”

Adam terdiam. Alamak. Tak seharusnya aku bangkitkan kisah silam kami. Aduhai, mulutku. Kenapa ini...

“Adam, sorry...”

Adam menggelengkan kepala seraya menoleh dengan senyuman di bibir.

Don’t sorry. Bukan salah Rai. Salah Adam sebab bodoh percayakan perempuan tu. Masa tu Adam takut. Takut sangat kehilangan Rai. Walaupun sekarang Rai cuma anggap Adam bestfriend sama macam Emma. Adam dah happy. Terima kasih, Rai.” Adam menggenggam sebelah tangan aku seraya tersenyum. 

Aku menganggukkan kepala seraya membalas senyuman Adam. Ya. Aku yakin yang Adam dah berubah. Tapi buat masa ni aku tak nak terjebak dalam dunia percintaan. Dua kali aku patah hati. Kenapa dua kali? Dulu waktu aku bercinta dengan Adam. Yang kedua, sebenarnya dengan Rayyan. Masa dia mengaku yang dia dah berubah, perlahan-lahan aku bukakan hati untuk dia. Bodohkan aku ni? Memang bodoh sangat. Tapi aku bersyukur, aku masih ada Emma, along, angah dan Adam yang tahu akan masalah aku. Mereka sentiasa ada bersama dengan aku.

Macam-macam ujian aku kena hadap tapi kali ni aku tak akan biarkan Rayyan enjoy buat selama-lamanya. Tungguh sampai satu masa nanti. Semuanya akan terbongkar dan aku akan membawa diri. Rancangan ini tiada siapa yang tahu lagi. Aku sendiri pun tak tahu ke mana aku hendak membawa diri. Masih lagi memikirkan negara, negeri atau daerah yang sesuai untuk aku meneruskan hidup. Membuka buku baru untuk kehidupan aku ini...

“Rai, jom. Nak balik? Rai kan tak sihat sangat tu...”

Aku menganggukkan kepala dan mengikut saja langkah Adam sambil berpimpinan tangan.
 
“Raihana...”

Serentak langkah aku dengan Adam terhenti dan sama-sama menoleh ke belakang. Memandang ke arah empunya suara yang menyeru nama aku. Aku agak terkejut juga melihat Ezra yang sudah terpacak berdiri di hadapan aku dan Adam. Matanya sempat mengerling ke arah tangan aku dengan Adam yang masih lagi berpegangan. Air mukanya sedikit keruh. Kenapa dia tengok aku dengan Adam macam tu?

“Raihana, bukan ke kau dah kahwin dengan Rayyan?”

Aku sekadar mengangguk. Aku hanya isteri atas kertas. Jadi, tak perlulah beria-ria aku nak jaga maruah dia. Sedangkan dia pun tak jaga maruah aku. Dia pun buat Serena macam isteri dia tapi aku tidak. Untuk apakan?

“Kenapa? Tu bukan urusan kau pun. Memang dia isteri Rayyan. Tapi Rayyan tak layan dia macam seorang isteri. Kenapa?” Adam mula masuk campur. Mungkin tak berapa minat dengan Ezra. Yelah, Ezra pernah berkawan dengan Rayyan. Tak salah kalau tiba-tiba dia berbaik semula dengan Rayyan dan jadi detektif untuk lelaki tu.

“Kalau macam tu kenapa kau teruskan juga, Rai? Takkan kau tak kenal lagi Rayyan tu macam mana. Aku dah kawan dengan dia aku kenal perangai dia. Dia tak akan mudah-mudah terima kau. Dia memang bencikan kau. Dia tak boleh terima kau jadi pengganti adik dia sampai bila-bila. Aku yang sedia untuk bertanggungjawab ke atas kau, Raihana...”

Pfft! Nak tergelak aku dengar ayat dia. Rayyan memang bencikan aku. Tapi aku tak rasa punca dia bencikan aku semata-mata sebab aku jadi pengganti arwah adik dia. Aku rasa dia tu gila harta. Bayangkanlah, kalau arwah adik Rayyan tu hidup lagi. Agak-agaknya, sekarang ni mesti berebut pasal harta tu. Agaknyalah. Yelah, baba dengan bonda jadikan aku kunci harta mereka sedangkan aku bukan anak kandung mereka. Itulah menyebabkan kebencian Rayyan semakin marak. Aku tahu. Rayyan tak pernah hidup susah. Aku pun tak pernah hidup susah sedangkan aku lahir dalam keluarga yang susah.

Rayyan dari kecil, baba dengan bonda beri apa saja kehendak dia. Aku pula? Jarang meminta-minta. Duit yang mereka bagi akan aku menabung dan aku guna duit tabung tu saja kalau betul-betul nak guna duit. Jarang sangat aku minta baba dengan bonda duit. Kalau Rayyan boleh dikatakan 24 jam minta duit. Nak lepak dengan kawan. Alasan untuk sekolahlah. Untuk kokurikulumlah. Padahal kerja dia melepak aje dekat siber kafe tak pun taman-taman dekat perumahan. Paling-paling pun dia melepak dekat rumah kawan dia. Aku dapat tahu semua tu sebab aku saja ikut dia setiap kali balik dari sekolah. 

“Ezra, akukan dah cakap yang aku tak minta kau untuk bertanggungjawab. Kau sendiri dah mengaku kau tak sentuh aku. Kenapa kau beria-ria nak bertanggungjawab ke atas aku? Lupakanlah, Ezra. Aku tak minta semua tu.”

Laju Ezra menggelengkan kepalanya. Dia meraih tangan aku kemudian digenggam. Aku entah kenapa membiarkan saja. Ikut saja rentak dia.

“Rai, aku mengaku. Aku sayang dan cintakan kau. Aku tak sampai hati nak sentuh kau sebab kau baik dengan aku. Sebab kaulah aku rasa gembira. Asal aku nampak kau, hidup aku gembira sangat, Rai. Please, Rai. Terima aku. Aku akan bawak kau pergi dari Rayyan. Kita hidup berdua bersama dan bahagia.”

Aku terkesima. Perlahan-lahan aku menarik tangan aku yang berada di genggamannya tetapi dia lebih tangkas mengeratkan genggamannya. Adam terus menepis tangan Ezra dan menarik aku ke belakang tubuhnya.

“Kau jangan sembarangan sentuh dia,” ujar Adam dengan nada keras. Berdengus.

“Kau apa hal nak masuk campur. Ni urusan aku dengan dia. Sanalah!” marah Ezra. Dia mahu menarik aku yang berdiri di belakang Adam tetapi Adam lebih tangkas menghalang aku dari disentuh olehnya. 

Entah kenapa, air mata aku mengalir perlahan tanpa aku pinta. Aku penat. Kenapa semua orang buat aku macam ni? Tak boleh ke bagi aku hidup bahagia, sekejap aje. Kenapa suka ganggu aku? Aku tak pernah ganggu hidup orang. Orang yang ramai ganggu hidup aku. Tolonglah, aku lelah... 

Buk! Ezra menumbuk Adam dan mereka berdua bergelut sesama sendiri. Aku memandang mereka dengan pandangan kosong. Terkejut. Terkedu. Tergamam. Melihat situasi yang sedang aku tonton sekarang ini. Kenapa sampai bertumbuk?

Korang! Sudahlah!” jerit aku. Peduli pula aku kalau orang lain pandang. Daripada ada yang cedera parah baik aku jerit sekuat hati aku. Tu sajalah yang aku mampu untuk menghentikan mereka. Kepala aku pula semakin memberat. Pening tengok perangai diaorang ni!

“Rai...” Adam segera mendapatkan aku yang terhuyung-hayang. Hampir saja mahu pitam.

Please, stop. Rai... nak balik,” pinta aku.

Adam memapah aku meninggalkan Ezra yang masih terduduk di atas lantai taman. Pintu bahagian penumpang dibuka dan perlahan-lahan Adam membantu aku untuk masuk. Tali pinggang keledar dia yang pakaikan kemudian baru dia masuk ke bahagian pemandu. 

“Adam, tepi bibir Adam tu bengkak. Pipi pun lebam. Kenapalah Adam bergaduh dengan dia? Kan dah mendapat sebiji-sebiji.” Sakit-sakit pun aku nak bebel juga lelaki ni. Sia-sia aje dapat lebam dengan bengkak.

“Tak apa. Dia dah melampau. Nak paksa-paksa Rai. Biarlah. Tak sakit mana pun. Tak sesakit hati Rai yang pernah Adam buat dulu. Adam okey. Jangan risau. Okey?”

Aku terdiam mendengar jawapannya. Aku tak sangka dia akan bagi jawapan macam tu dekat aku. Buat aku tersentuh. Tak semena-mena air mata aku mengalir perlahan. Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah tingkap.

Ya Allah, bilalah semua ni nak berakhir. Bila aku boleh terlepas dari sangkar Rayyan dan Ezra. Mujur Adam tidak sekumpulan dengan mereka berdua. Kalau tidak, bertambah-tambah sakit hati aku. Dah lebih dari bengkak rasanya....


Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.