Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 18

BAB 18

     AKU berkira-kira mahu datang ke mesyuarat itu atau tidak? Bukan apa. Aku cuma malas nak menghadap muka si bapak singa tu. Dah empat hari aku menghilangkan diri dari radar. Pada hari pertama dan kedua saja Rayyan menghubungi aku bagai nak rak. Lepas tu dia sendiri yang senyap. Benganglah tu sebab aku tak angkat. Siapa suruh cari fasal dengan aku? Sekarang aku dah tahu yang aku bukan adik kandung dia. Jadi, lepas ni bolehlah aku bertindak sesuka hati, kan?

      Baba dengan bonda pula masih lagi dekat Sarawak. Kata dua minggu. Aku dah tahu yang baba dengan bonda tak akan balik tepat pada waktunya. Mesti mereka akan lewat sehari dua biasanya. Kadang-kadang berminggu-minggu juga dengan alasan mereka masih sibuk menguruskan pekerjaan di cawangan baru itu.

      Pinnn!

     Aku tersedar dari lamunanku. Entah macam mana aku boleh berjalan sampai ke tengah jalan tanpa aku tengok kiri dan kanan. Saat kereta itu membunyikan hon dengan nyaring, aku masih lagi tercegat di situ. Macam dah kena gam kaki aku untuk terus berdiri di situ.

     “Aduh!” Aku mengaduh sakit saat terasa seseorang merentap lengan aku dari belakang.

    “Buta ke? Nak mati bukan langgar kereta akulah!” herdik pemandu itu tetapi sedikit pun tidak menyerap masuk ke dalam hati aku. Aku hanya memandang kereta itu sehingga hilang dari pandangan.

    “Kau nak mati ke, hah?” soal Rayyan dengan nada nyaring.
    
    Aku menggelengkan kepala perlahan. Mujur bapak singa ni selamatkan aku. Kalau tak hari ini adalah tarikh riwayatku ditamatkan. Uish! Seram! Amalan entah banyak ke tidak aku ni? Ke kosong? Allahu...

     “Aku bukan nak mati. Aku tak sengaja. Tak payahlah beria-ria sangat nak marah tu. Risau ke?” soal aku dengan nada mengejek. Dia punya marah tu sampai berkedut-kedut muka. Singa kalau marah pun lagi handsome dari dia.

     “Eii, perempuan ni. Dia boleh mengejek aku dekat sini. Eh, sundal! Kau pergi mana, hah? Kau ingat ni pejabat kau ke nak buat sesuka hati? Hilang macam tu tanpa beritahu aku!”

     Aku tersenyum sinis. Entah kenapa mood kejam aku tengah on sekarang ni. Apa salahnya kan? Dah banyak kali dah aku jadi baik tapi semua orang pijak kepala aku. Biarlah kali ni aku jadi kejam pula. Tapi kekejaman aku ni masih diselitkan dengan kebaikan lagi. Heh!

      “Lah, rupanya kau risaukan aku ke, cik abang? Aku tak hilang mana punlah. Kenapa rindu, ya?” Aku nampak dadanya berombak laju. Tercabar ke cik abang Rayyan? Tu baru sikit saja aku melawan. Belum aku melawan tahap maksima lagi.

      “Rayyan! Sakitlah!”

     Rayyan merentap lengan aku kuat dan menarik aku masuk ke dalam pejabat. Semua staf saling berpandangan melihat aku dan Rayyan sudah membuat kecoh di dalam pejabat itu. Aku mengekori saja langkah Rayyan sehingga masuk ke dalam bilik pejabatnya. Sempat lagi aku mengerling ke arah Adam yang sedang bercakap dengan seorang staf di kaunter pertanyaan.

      BAM!

     Rayyan menghempas pintu bilik pejabatnya. Serena yang sedang duduk bersahaja di atas kerusi secara refleks berdiri tegak kerana terkejut dengan tindakan Rayyan. Wah! Spesial betul jadi PA Rayyan. Siap boleh duduk atas kerusi majikan lagi. Dasyat, dasyat! Aku kagum melihatnya.

      “Darling, kenapa ni?” soal Serena seraya mendekati kami.

      Ceh! Darling konon. Darling ke maling? Geli pula aku dengar. Darling bagai. Dengan Adam pun kau nak kebas. Dengan Rayyan pun kau nak sapu. Memang dasar kawan yang membimbing ke jalan neraka. Kenapalah aku boleh berkawan dengan dia? Kalau dah boleh bunuh sesuka hati. Dah lama dah aku suruh Emma bunuh. Mesti dengan berbesar hati, Emma nak bunuh Serena ni.

      “Perempuan ni dah naikkan angin I pagi-pagi ni,” jawab Rayyan.

      Aku hanya menayangkan wajah tidak bersalah. Kendatipun, dia ni selamatkan aku tadi. Tapi aku rasa tak perlulah aku ucapkan terima kasih dekat orang macam dia ni. Tak membawa manfaat apa-apa pun. Aku yang kena balik nanti adalah.

      “Hei! Kau kenapa nak sakitkan hati Rayyan? Kau dahlah malukan dia. Kau ingat video kau dengan Ezra tu tak tersebar ke? Semua tengah bercakap pasal kau tau!”

       Aku mengangguk-anggukkan kepala. Video tu tersebar? Kenapa aku tak terkejut? Aku dah tahu dulu dari abang Edri. Dia yang memberitahu aku tempoh hari. Masa tulah aku terkejut dan aku rasa nak aje bunuh diri masuk dalam sungai tu tapi aku bernasib baik kerana abang Edri ada dekat situ. Dia yang menjadi hero Avengers aku. Selamatkan aku dari terjun ke dalam sungai yang ketika itu air mengalir deras.

       “Kau jangan nak sibuklah. Kau tak tahu pangkal cerita tak payah beria-ria nak masuk campur,” ujar aku dengan nada bersahaja. Aku merentap kembali lengan aku dari pegangan Rayyan.

      “Kau jangan nak sesuka hati sentuh aku!” marah aku. Tak adanya aku nak bagi muka dekat dia lagi. Selama berbelas tahun dia dah seksa hati aku. Bukan setakat tu saja. Dia dah hancurkan masa depan aku! Walaupun aku tak dapat lagi kesahihan sama ada Rayyan terlibat ke tak dalam situasi aku dan Ezra. Hati aku kuat mengatakan, dia turut berkaitan. Begitu juga dengan Serena.

     “Kau pahal nak melawan!”

     Rayyan mencengkam kedua-dua belah bahu aku sehingga aku terundur beberapa langkah. Aku meronta-ronta minta dilepaskan tetapi cengkaman dia lagi kuat. Sakitnya... hanya Allah saja yang tahu. Sudahlah dia lelaki. Tangan dia kasar dan besar. Aku rasa nak tertanggal dah bahu aku ni. Silap haribulan aku jadi manusia yang hidup tanpa bahu disebabkan dia.

     “Eii! Sakitlah! Lepaslah!” jerit aku sekuat hati.

     Serena pula hanya duduk memerhatikan Rayyan sepertinya mahu membunuh aku. Tak lama itu, pintu bilik pejabat Rayyan ditolak dari luar oleh seseorang dengan kasar. Aku mengerling sedikit ke arah susuk tubuh itu. Adam....

     “Hoi! Kau kenapa!” Adam menolak Rayyan sehingga terhentak ke dinding.

     Aku mengurut-urut bahuku. Sakit. Sengal.

     “Kau apahal nak masuk campur!” tempik Rayyan. Tidak mahu mengalah. Dia dan Adam terus bergelut sesama sendiri.

     Aku buntu. Tak sedar ke sekarang dalam pejabat? Syarikat baba? Cari nahas saja mereka ni! Memang nak kena dengan aku sekor-sekor ni!

    “Aduhh!”

    Rayyan dan Adam mengaduh sakit apabila aku memiat telinga mereka kuat dan menarik mereka menjauh antara satu sama lain. Biar, rasakan apa yang aku rasa. Sakit sama sakit. Barulah adil. Kalau aku ada tiga tangan, yang lagi sekor tu pun aku heret. Tapi apakan daya, tangan aku tak cukup nak heret dia sekali.

    “Ingat sikit, ni Husaini Holdings yang dikendalikan oleh baba. Jangan nak jatuhkan maruah baba macam mana kau jatuhkan maruah aku!”

     Aku melepaskan telinga mereka dan terus berlalu dari situ. Tak ada mood aku nak menghadiri mesyuarat sebentar lagi. Pandai-pandailah. Dia pun dah ada PA baru kan? Jadi, aku rasa tak ada masalah.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.