Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 17

BAB 17

      PETANG ini, Raid dengan Iman mengajak aku memancing sekali gus berkelah di tepi sungai berhampiran dengan rumah ibu dan ayah. Baru hari ini aku dapat berjumpa dengan kakak ipar serta anak-anak saudara aku. Tak sangka Raid mempunyai dua orang anak yang sangat comel. Sesekali aku mengerling ke arah Iman. Nampak macam resah saja si angah ni? Kenapa pula?

      “Angah, are you okay? Dari tadi adik tengok macam tak senang duduk je?” soalku sambil memegang lengannya supaya aku tak jatuh ke dalam sungai.

     “Eh, adik. Tak, sebenarnya angah tunggu girlfriend angah. Ni first time dia masuk dalam kampung ni. Takut dia sesat pula. Dah nak dekat 30 minit, angah tunggu. Dia cakap dah nak sampai dengan abang dia. Abang dia ikut pula.”

     Aku menganggukkan kepala. Sayang betul angah dekat teman wanita dia tu. Untung betul siapa dapat Encik Aafeeq Raiman ni. Tak sabar pula aku nak tengok bakal kakak ipar aku tu. Mesti lawa-lawa macam isteri along.

     “Aafeeq!”

     Aku mendongakkan kepala tatkala mendengar empunya suara yang memanggil angah. Beberapa kali aku menggosok mata. Betul ke apa yang aku nampak ni? Tak akanlah aku rindukan dia sampaikan aku terbayang muka dia.

    “Rai?” Emma terkejut melihat aku.

    “Em... Emma?” soal aku tergagap-gagap.

    “How? Eh, kejap! Kau jangan cakap yang diaorang semua ni family kau yang sebenar!”

    Aku mencebik seraya menganggukkan kepala.

    “Diaorang family akulah, sengal! Aku tak tahu pula kau couple dengan angah aku! Kau tak cakap, eh!”
     
      Emma mendekati kami berdua. Abang Edri pula sudah tergelak-gelak. Dia sendiri pun tak sangka yang along dan angah merupakan abang aku sebab masa dia siasat. Dia tak perasan pula maklumat tentang adik-beradik aku.

     “Kau yang lupa! Kan aku cakap, bakal tunang aku nama Aafeeq!” ujar Emma seraya menjentik dahi aku. Mujur tidak kuat.

     “Aduh... sakitlah. Manalah aku ingat. Tak terfikir pula Aafeeq yang ni. Mana tahu Aafeeq lain.”

     “Adik awak ni ada aje kan jawapan dia.”

     Iman tertawa kemudian dia memeluk bahu aku. Kepala aku diusap perlahan.

    “Dia ni memang. Semalam kami baru jumpa secara rasmi bukan main banyak mulut dia. Macam dah lama duduk sebumbung.”

     Aku tersengih. Emma dan aku berpegangan tangan sambil berjalan menghampiri ibu dan ayah serta yang lain yang sedang seronok berkelah. Aku duduk meninggung di atas bahu bersebelahan dengan Emma. Kami mula berbual-bual seronok tak ingat dunia.

    “Aku bersyukur, Rai. Kau dah jumpa family sebenar kau. Aku harap lepas ni kau bolehlah rasa kebahagiaan kau.”

    Aku membaling-baling batu-batu kecil ke dalam air sungai. Bibir melorekkan senyuman nipis. Aku tak rasa secepat ini aku harus merasai kebahagiaan bersama mereka. Aku ada masalah lagi yang belum selesai. Baba dengan bonda belum balik lagi. Aku masih lagi bekerja dekat situ.

    “Kau ada dengar cerita pasal Rayyan?” soal aku secara tiba-tiba.

     “Rayyan? Baru-baru ni aku baca dekat feed Instagram, dia dengan PA baru dia tu bergambar lepas tu adalah komen-komen yang sempat aku imbas dalam kepala otak aku. Semua cakap sepadan kalau berjodoh. Semua cakap pasal kemanisan diaorang jelah. Ada juga yang kutuk pasal kau. Aku sabar je, weyh. Ikutkan hati aku nak je serang syarikat baba kau tu. Nasib baik abang Edri ni boleh kawal aku. Kalau tidak dah lama aku masuk dalam media sosial. Famous lah sekejap, kan?”

     Aku berdekit-dekit ketawa. Sempat lagi dia ni buat lawak. Ramai kutuk aku, ya? Aku rasa macam nak ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Rayyan dan Ezra sebab dah merosakkan masa depan dan maruah aku. Aku nak bagi balasan apa ya? Ke tak payah?

     “Rai, abang Edri asyik tanya aku je. Kau tak nak buat laporan polis ke pasal Ezra tu? Seriuslah kau nak biarkan dia bebas je?”

     Aku menganggukkan kepala.

    “Emma, aku ni hina. Aku tak sekuat mereka. Mereka boleh buat apa saja asalkan duit masuk. Aku tahu Rayyan tak akan duduk diam kalau aku buat laporan polis. Lagipun aku tak ada bukti kukuh. Sedar-sedar je aku dah tidur sekatil dengan Ezra dengan dalam keadaan tak berbaju tanpa aku tahu cerita sebenar.”

    Emma menggelengkan kepala seraya melepaskan keluhan berat. Aku tahu dia tak dapat nak terima semua ni. Dia tak boleh tengok kawan dia macam ni. Asyik ditindas dengan manusia yang tiada hati dan perut langsung.
     
     “Rai, aku dengan abang Edri ada berbincang dengan mama dan papa. Kalau kau dah terbuka hati untuk abang aku. Abang aku nak terus berkahwin dengan kau. Dia memang dah niat nak jaga kau. Aku harap sangat kau boleh terima abang aku.”

     Aku tersenyum kelat. Sebenarnya bukan aku tak nak cumanya aku takut ada sesuatu yang berlaku dekat diri aku. Entahlah, sejak dua menjak ni aku asyik rasa tak sedap hati. Fikiran aku kuat mengatakan aku akan mengandung.

     “Emma, aku bukan apa. Kalau aku mengandung anak Ezra tu macam mana? Tak akanlah abang Edri sanggup nak berkahwin dengan aku. Aku mengandung anak luar nikah. Aku tak nak memalukan keluarga kau.”

      Emma laju menggelengkan kepalanya. “Rai, please. Jangan cakap macam tu. Kau jangan yakin sangat yang kau mengandung. Tapi, kalau kau mengandung sekalipun, abang aku tetap nak berkahwin dengan kau. Dia sayangkan kau lebih dari seorang adik. Okey, Rai? Kau jangan anggap yang kau sorang. Kau ada aku, family aku dan juga family kau sendiri. Kau dah balik ke pangkuan diaorangPlease, don’t think negative.”

     Aku tersenyum nipis seraya menganggukkan kepala. Bahu Emma aku peluk erat dan dia mengusap bahuku lembut. 
      
     “Aku sentiasa ada dengan kau. Aku sayang kau. Kau sahabat aku dunia dan akhirat,” ucap Emma.

      Sungguh aku tersentuh dengan ayat-ayat Emma. Dia sajalah yang sudi bersama dengan aku susah dan senang. Mana nak cari kawan macam dia ni? Seribu dalam satu. Susah weyh!

      “Rai...”

      Serentak aku dan Emma menoleh ke belakang. Kelihatan abang Edri tersenyum melihat kami berdua. Emma bangun dari meninggung kemudian menghampiri abangnya dan terus pergi meninggalkan aku tanpa sebarang kata. Aku tahu ni mesti abang Edri nak masa berdua dengan aku. Ataupun dia nak ajak berbincang fasal aku.

     “Raihana...,” panggilnya lembut.

     “Ya abang Edri...,” sahut aku dengan nada perlahan. Sebenarnya aku tak biasa kalau berdua dengan dia. Entah kenapa pun aku tak tahu. Bila dia dekat dengan aku, jantung aku macam dah melantun keluar.

      “Abang Edri tahu yang Emma dah ceritakan dekat Rai. Abang tak paksa untuk Rai terima abang. Abang datang ni mengaku dengan Rai. Jujur dengan Rai. Abang sayang dan cintakan Rai seikhlas hati abang. Sampai masanya Rai dah terbuka hati untuk terima abang, abang akan terus ajak Rai untuk jadi suri hati abang.”

      Aku tersenyum malu. Tak tahu jawapan apa yang harus aku berikan. Aku sebenarnya ada perasaan sayang dekat abang Edri. Tetapi disebabkan lelaki-lelaki yang pernah aku jumpa selalu menyakitkan hati aku menyebabkan aku takut untuk berumah tangga. Aku takut untuk berkenalan dengan lebih rapat.

      Aku perlukan masa....


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.