Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 7

BAB 7

     RANCAK betul aku dan Ezra berborak. Sambil-sambil tu dia banyak mengajar aku. Sampaikan dia lupa nak siapkan kerja sendiri. Mujur aku tanya dia. Kalau tidak, kena tadah telinga mendengar amukan Rayyan.

     “Ezra! Mana fail aku mintak pagi tadi? Sekarang dah pukul berapa?”

     Dari luar bilik aku dah terdengar suara lantang milik Rayyan yang terpekik terlolong memanggil Ezra. Ni mesti Ezra lupa nak hantar fail yang dia minta pagi tadi. Semua sebab aku kalau tak mesti dia dah hantar. Haih....

    “Ya, tuan. Tuan mintak sebelum balik, kan?” soal Ezra semula selepas keluar dari biliknya.

     Aku mengintai dari sebalik pintu bilik kerja aku. Rayyan membelakangi aku dan jelas aku nampak wajah Ezra yang sepertinya tenang saja. Mungkin dah biasa dengan amukan Rayyan yang tak tentu fasal tu. Tak boleh jangka.

     “Aku tanya kau! Kau menjawab pulak! Suka hati akulah nak mintak bila. Masalahnya sekarang ni aku dah mintak. Mananya?” Tangan dihulur ke arah Ezra.

      Ezra menghela nafas. Kepala digelengkan. “Saya minta maaf, tuan. Saya belum siap lagi. Lagi 20% saja saya nak siapkan. Minta lagi sejam boleh?”

      Rayyan mendengus kuat. Tanpa membalas, dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya semula. Anak mata aku bertembung dengan anak mata Ezra. Dia mengukirkan senyuman dan aku pula terkial-kial membalas senyuman ke arahnya. Serba-salah pula....

     Haih.... Macam-macam. Rayyan ni panas baran dia boleh tahan. Ikut suka dia saja nak mengamuk macam tu. Memang tak tahu malu langsung. Staf-staf tengok perangai bos besar macam tu. Tak ada sifat ketua langsung. Apa yang penting sekarang ni, kerja aku dah siap. Aku nak berehat!

     Tok! Tok!

     Haih... Aku baru nak pejamkan mata. Menarik dan menghembus nafas dengan tenang. Tak boleh ke bagi aku bernafas dengan sempurna. Letih tau menaip tak berhenti. Susun jadual mamat tu bersepah-sepah. Periksa isi kandungan fail yang tak tersusun. Kena batalkan semua perjumpaan dia hari ini. Macam-macam alasan aku buat. Sebelum alasan tu wujud, aku kena perah otak aku.

     “Masuk!” jerit aku dari dalam.

     Terjengul kepala Ezra dengan wajahnya yang cemberut. Dia memeluk sebuah fail kemudian menghampiri aku selepas pintu bilik ditutup.

     “Raihana, apa malangnya nasibku ini?” Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan aku.

     Aku menjongketkan kening.

     “Sabarlah. Kenapa tadi tu? Tuhlah tadi ligat sangat tolong aku. Kan dah kena marah.”

     Ezra meraup wajahnya beberapa kali sambil menyemak isi kandungan fail yang dipeluknya tadi.

      “Sebenarnya dah nak siap dah. Cuma pagi tadi dia pesan, hantar sebelum balik. Tu aku nak hantar sebelum baliklah. Aku dah siap dah. Lagi sikit je nak touch-up.”

     Aku mengangguk.

    “Biarlah. Kau hantar je nanti. Dia sendiri cakap macam tu. Lepas tu lain pulak. Dia memang macam tu. Aku dekat rumah pun nak kena hadap dia. Masya-Allah. Perit weyh...”

      Ezra mendongakkan kepala, dipandangnya wajah aku lama dengan mimik muka kesian. Aku hanya mencebik kecil. Entah kenapa aku berasa selesa berkawan dengan Ezra. Walaupun aku baru kerja sini beberapa hari. Dia yang banyak membantu aku walaupun dia ada kerja dia sendiri. Dia prihatin sangat dengan aku. Kalau aku tak keluar makan tengah hari, dia akan call aku terus tak pun datang ke bilik aku.

     “Jomlah, pergi lunch. Aku belanja. Kita makan dekat Restoran Melati Putih tu. Tomyam dia meletup!”

     Aku ketawa seraya menganggukkan kepala.

    “Kau ni, asyik ajak aku makan kat tempat sedap-sedap macam tu kan? Habislah diet aku tau!”

     Ezra tersenyum sinis lalu mengenyitkan mata.

    “Kenapa mata tu nak kena cucuk ke?”

     Galak dia mentertawakan aku. Dia memulas tombol pintu lalu mempersilakan aku untuk keluar dahulu dan diikuti oleh dia.

    “Nur Aazeen Raihana!”

     Aku terhenti mengejut, begitu juga dengan Ezra. Perlahan aku menoleh ke arah Rayyan yang sudah membengis wajahnya. Dengan lagaknya yang sedang berpeluk tubuh. Begitu angkuh sekali abang aku ini. Kenapa aku boleh dapat abang macam dia? Aku harap sangat yang dia ni bukan abang akulah. Aku malu ada abang macam dia.

     “Kau nak pergi mana? Aku tak izinkan kau keluar lunch. Kau masuk bilik kau sekarang! Ambil semua fail yang aku bagi tadi dan masuk dalam bilik aku! Kau Ezra, jangan buat-buat lupa eh!” Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya semula sekali gus menghempaskan pintu dengan kuat. Bergema dibuatnya suasana syarikat itu.

     “Kenapa Rayyan ni nak angin satu badan? Langsung tak boleh nak jaga hati orang!” rungut aku.

     “Next time lah kita makan dekat situ, Ez. Aku tak ada mood.”

     “Tapi kaukan ada gastrik. Nanti sakit macam mana?” Ezra mula menayangkan riak wajahnya yang risau tu.

     Aku melepaskan keluhan berat. “Ez, kau tengoklah macam mana mamat tu. Mengamuk tak tentu pasal. Apa boleh aku buat? Kalau aku mati sekalipun dia tak akan kisah.”

      Ezra menggelengkan kepala. “Kau ni jangan cakap macam tu. Kalau Rayyan tak kisahkan kau. Aku yang kisahkan kau. Gastrik bahaya weyh. Kau jangan buat main.”

     Aku tersenyum kecil. Tersentuh hati aku dengan sifat Ezra Qadrif ini. Kepala aku anggukkan sekali.

    “Jangan risau. Siap je kerja aku pergi bilik kau. Kita delivery ke?”

    “Nice idea. Aku suka. Okey aku tunggu. Aku siapkan kerja aku lagi sikit. Then, kita boleh rehat dekat pantri.”

    Aku menganggukkan kepala sekali lagi. Lantas, aku kembali ke bilik kerja dan mengambil semua fail yang dimaksudkan oleh Rayyan tadi. Dengan langkah yang pantas aku terus pergi ke bilik Rayyan dan terus menolak pintu itu tanpa sebarang ketukkan.

     “Ya sayang. You akan jadi PA I. Don’t worry, okay? Tunggulah I settle beberapa pekara dulu. Esok you datang?”

      Dia tak dengar ke aku masuk? Punyalah tekun on the phone dengan girlfriend kan? Tapi aku dengar dia macam ada mention pasal PA. Dia nak girlfriend dia jadi PA. Habis aku?

      PAP!

     Aku menghempas fail-fail tadi di atas meja dengan kuat. Biar dia tahu, bukan dia seorang saja boleh marah. Aku pun boleh.

     “Kau!”

     “Baby, nanti call balik. I ada kerja kejap. ByeLove you.”

     Geli aku dengar. I love you bagai. Konon, I love you. Padahal perempuan keliling pinggang. Kenapalah jadikan perkataan ‘I love you’ tu murah sangat? Padahal kata-kata tu sangat mahal kalau menghargai pasangan sendiri. Setia dan tak mempermainkan hati dan perasaan pasangan tu.

      “Hei! Raihana! Kau kenapa?” tengkingnya.

      Aku terkejut kecil. Mata merenung wajahnya yang berubah bengis. Sama seperti tadi. Tak pun, yang sekarang ni lebih menggerunkan. Lagi-lagi dia bangun lalu mendekati aku. Kecut rasanya. Aku berundur setapak tetapi tangannya tangkas mencengkam pergelangan tangan aku.

     "Sakitlah...,” adu aku.

     “Oh, sakit ke?” Sinis.

     “Kau dengar sini perempuan sundal. Kau jangan nak memandai cari pasal dengan aku eh. Apahal kau hempas-hempas fail tu? Huh? Nak tunjuk hebat? Nak tunjuk kemarahan kau dekat aku ke?” 

     Aku menggeleng perlahan. Dahi berkerut kerana menahan sakit pada pergelangan tangan aku.

     “Kau ingat selamanya kau pegang jawatan PA tu, huh? Aku tahu kau dengar apa aku cakap dengan awek aku tadi. Esok! Awek aku datang dan dia akan bekerja di sini. Minggu depan aku nak dia jadi PA aku. Dan kau! Aku turunkan pangkat kau jadi kerani je! Muka kau tu layak jadi kerani! Tu pun dah kira baik! Kalau ikutkan, kau ni tak ada nilai dekat syarikat ni!”

     Perlahan air mata aku mengalir. Kenapa dia ni kejam sangat?

     “Lepaslah...” Aku menarik-narik
pergelangan tangan aku dengan cara terpaksa.

     “Heh!” Dia melepaskan pergelangan tangan aku kasar sehingga aku terundur selangkah.

     “Kenapa kau ni kejam sangat dengan aku? Apa salah aku? Kau tak pernah layan aku macam adik kau sendiri. Aku ni siapa sebenarnya?” soal aku. Sudah sekian lama aku memendam perasaan aku dan kali ini aku tak mampu bertahan lagi.

     “Sebab kau tu!” Dia menggenggam tangannya sendiri. Bibir terketap-ketap menahan amarah yang semakin membuak-buak.

    “Kenapa berhenti? Cakaplah aku tanyakan!”

    “Kau keluar. Kau ingat apa aku cakap tadi!” Dia menolak tubuh aku ke pintu biliknya.

    Aku melawan dan berdiri menghadapnya semula.

    “Aku tanyakan! Kenapa kau tak habiskan ayat kau tadi? Aku ni siapa?” tempik aku. Peduli pula aku kalau staf-staf lain dengar. Dengan orang macam ni aku tak boleh hilang sabar.

    Pang!

    Aku terkesima. Pipi yang terkena tamparannya aku sentuh perlahan dengan air mata yang menitis-nitis.

     “Keluar!” jeritnya lantang.

     Aku mengetap bibir. Lantas aku membawa langkah aku keluar dari biliknya dan terus masuk ke dalam bilik aku sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

     “Arghh!”

     Sepuas hati aku menjerit. Tension! Aku tak boleh terima yang dia tampar aku!

     Baba, bonda! Siapa Raihana sebenarnya?


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.