Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
ILY3000

Macam mana nak dapatkan ILY3000?

Assalamualaikum semua, Shaza tahu ramai dah baca beberapa bab dan semestinya nak tahu apa jadi dengan Rayyan dan Raihana, kan? ILY3000 ni dah terbitkan pada bulan Mac yang lepas. Cetakan pertama sudah habis ditempah oleh pembaca Shaza. Tak expect pun ramai yang akan beli. Ramai tanya Shaza macam mana nak dapatkan ILY3000 ni. Antara soalan-soalanya Shaza akan jawab dekat sini.

1. Cetakan pertama ada lagi ke?
Cetakan pertama dah habis waktu preoder dibuka.

2. Macam mana nak dapatkan ILY3000 ni?
Stok kedua sudah ada dijual di Shopee. Boleh dapatkan sementara stok masih ada.

3. Tak masuk dekat Shopee ke?
Akan masuk dalam shopee untuk cetakan yang kedua dan seterusnya. 

4. Ada sign dengan free gift tak nanti?
Maaf. Shaza tak handle untuk cetakan yang seterusnya. Penerbitan yang akan handle nanti. 

5. Macam mana nak tahu perkembangan novel Shaza yang seterusnya? 
Okey. Korang semua boleh follow akaun IG Shaza dan juga penerbitan yang dah terbitkan buku Shaza.  Follow nurshaza_03 dan bukuzhr di instagram untuk perkembangan lebih lanjut. Insya-Allah Shaza akan terbit novel fizikal dan ebook pada masa-masa akan datang. Shaza akan umumkan semuanya dekat instagram. 

6. ILY3000 ni ada dalam bentuk digital (ebook) tak?
Sudah diterbitkan juga dalam bentuk digital bagi sesiapa yang memang suka baca novel secara digital. Boleh chat di talian 01140463798 untuk pembelian novel digital ILY3000.

Kalau ada soalan yang tak terjawab boleh komen dekat ruangan yang disediakan okey? Free nanti Shaza akan reply komen korang. Doakan cetakan kedua ILY3000 akan diterbitkan tak lama lagi dan sesiapa yang belum dapatkan lagi, boleh dapatkan nanti, ya.

Terima kasih semua kerana sudi sokong Shaza. Sayang korang semua!

Salam sayang,
nurshaza


Previous: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.