Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 21

BAB 21

SETIAP hari Ezra menunggu kedatanganku di pejabat. Asal aku nak pergi dekat meja kerja aku saja, mesti dia halang dan beberapa kali mengungkap kata maaf. Aku dah cakap yang aku dah maafkan pun, dia masih lagi meminta maaf. Aku pun dah tak tahu nak buat apa dah. Berbuih mulut aku ni cakap dengan dia. Membazir masa aku.

“Rai, tunggu.”

Aku terus melangkah tanpa ada niat untuk berhenti dan berjumpa dengan dia. Tak kuasa aku setiap hari nak menghadap dia pagi-pagi. Elok-elok aku ada mood terus melayang mood aku tiap kali pandang muka dia yang serupa Pak Pandir tu. Yelah. Muka bodoh-bodoh. Kononnya nak tunjuk simpati dan mahu aku berkawan dengan dia kembali. Maaflah. Aku dah tetapkan pendirian aku.

“Rai, please.”

Dia berani-beraninya menarik lengan aku. Ketika itu, Adam ada di situ. Yang seorang lagi ni pun aku tak tahu, sama juga. Setiap hari ada dekat sini nak mengacau aku atau nak bekerja pun aku tak tahulah. Apa yang aku nampak sekarang ni, Adam dan Rayyan dah serupa musuh ketat tapi musuh itu dialu-alu kedatangannya kerana syarikat keluarga Adam bergabung projek dengan Husaini Holdings. Nak tak nak, Rayyan kenalah hadap. Pandai-pandai koranglah, ya.

“Ez, please. Kau nak aku jerit ke? Jangan sentuh akulah. Jijik.”

Ezra kelihatan seperti terkesima. Aku pula hanya melorekkan senyuman sinis. Tak salah rasanya kalau aku nak jadi kejam sekejap. Yelah. Kejam. Asyik aku saja jadi mangsa kejam. Sekali-sekala aku nak cubalah juga. Manalah tahu kekejaman aku ni boleh menang anugerah Meletop!

“Rai, maafkan aku. Aku betul-betul nak bertanggungjawab. Aku tak tenang, Rai,” rayu Ezra bersungguh-sungguh.

Aku mengangkat jari telunjuk sekali gus menggelengkan kepala.

“Itu ketenangan kau. Bukan ketenangan aku. Pandai-pandailah kau nak hidup macam mana. Kau yang tak faham bahasa. Aku dah cakap yang aku dah maafkan tapi untuk bergaul macam dulu, kau mimpikan sajalah. Aku tak ada masa. Aku nak buat kerja.”

Aku terus melabuhkan punggung di atas kerusi kerja. Komputer aku hidupkan untuk aku boleh menyiapkan kerja aku dengan cepat. Aku mendongak sedikit apabila ternampak susuk tubuh Rayyan memasuki pejabat bersama Serena yang memakai pakaian seperti hendak membutakan mata-mata manusia yang ada dekat sini. Ini kalau baba tahu, terbalik syarikat ni aku rasa. Nak jadi PA ke nak jadi GRO? Kan dah kena setepek dengan aku. Geramnya!

Sudahlah meja kerja aku berdepan dengan bilik Rayyan. Dari cermin bilik dia tu, dia boleh nampak aku dan juga staf-staf yang lain. Aku dapat rasakan sepertinya Rayyan merenung aku dari tadi. Perlahan aku mengerling ke arah cermin bilik kerja Rayyan. Sah! Memang sah lagikah benar! Tepat! Dia memang merenung aku dari tadi. Ada apa dia renung aku macam nak telan aje? Aku rasa aku tak ada buat salah apa-apa. Pasal kek hari lahir dia hari tu aku rasa dah selesai pun. Baba dan bonda pun tak tahu apa yang terjadi dengan kek tu. Mereka sibuk melayan tetamu.

“Rai, ni fail yang I dah copy untuk projek 2021.” 

Aku sekadar menganggukkan kepala seraya tersenyum kecil. Tak masalahnya sekarang, aku tak selesa. Kenapa Rayyan pandang aku macam tu? Aku rasa nak cucuk-cucuk mata dia dengan batang besi. Biar jadi Kassim Selamat! Sibuk aje nak tenung-tenung aku. Aku tahulah aku cantik daripada Serena tu. Baru nak celik ke mata tu?

“Rai, nanti lunch kita pergi sama-sama? Boleh? Dah lama kita tak berbual-bual. I tak ada niat apa, cuma rindu je nak luangkan masa dengan you.”

Nak ke tak nak? Emma tak bekerja pula hari ini. Dia sibuk uruskan pertunangan dia dengan angah. Minggu depan mereka berdua dah nak bertunang. Sibuklah tu nak beli barang bagai.  

“Erm. Okey,” jawab aku acuh tak acuh. Aku boleh saja makan tengah hari seorang tapi tengok Adam ni hari-hari tak jemu pujuk aku nak ajak makan sama. Serba-salah dibuatnya. Nampak tak? Aku masih lagi ada sifat baik aku tau. Orang saja yang suka sakitkan hati aku.

“Okey, I nak pergi buat kerja dulu. Nanti I datang sini ambil you lunch.”

Aku menganggukkan kepala. Lantas, menyiapkan segala kerja yang menimbun sebelum jarum jam melekat dekat angka 12. 

*****

BEBERAPA kali aku menghelakan nafas apabila berjaya menyemak fail kerja yang terakhir. Tinggal nak minta tanda tangan si bapak singa saja lepas tu semua kerja aku siap! Dan aku boleh makan tengah hari bersama Encik Adam Harith.

TokTok!

“Masuk!”

Kedengaran suara Rayyan menyahut menyuruh aku untuk masuk. Aku memulas tombol pintu bilik kerjanya dan kemudian melangkah masuk dengan riak wajah kosong. Serena yang sedang diri bersebelahan dengan Rayyan merenung aku. Aku anggap dia halimunan saja tak pun hantu Kak Limah yang setia menjaga Rayyan di sisi.

“Hah, sundal. Kau nak apa? Nak buka perkhidmatan jual diri ke?”

Tersentap aku mendengar soalan Rayyan. Dia ni memang tak sayang mulut. Aku rasa nak kopak-kopak aje mulut dia ni. Biar dia rasa! Sumpah! Aku bengang dia ni! Nama aku punyalah panjang, kenapa ‘sundal’ juga dia nak panggil? Karang aku dah mati nanti, aku menghantui dia. Jadi, Pontianak Harum Sundal Malam. Baru tak cukup tanah dia berlari!

“Ni, tanda tangan untuk projek 2021. Adam dah tulis semua dalam fail ni.”

Aku menolak fail itu ke hadapan Rayyan. Serena turut memandang ke arah fail tersebut. Aku pelik dengan PA Rayyan ni. Memang kena 24 jam duduk melekat sebelah majikan ke? Tak manis rasanya dalam bilik pejabat macam ni. Berdua-duaan. Apa-apa boleh terjadi. Cakap fasal tu. Aku masih tak boleh lupakan apa yang Ezra buat dekat aku. Walaupun pekara itu sudah beberapa minggu yang lepas. Efeknya bila-bila masa boleh terjadi.

“Kau dengan Adam get back dah ke? Ke kau terima tanggungjawab yang Ezra tawarkan dekat kau tu, hmm?”

Aku terdiam seketika. Macam mana Rayyan boleh tahu? Ezra ada cerita dekat Rayyan ke? Tak boleh jadi ni. Aku nak tahu apa hubungan Rayyan dengan Ezra. Aku dapat rasa yang mereka berdua ni kawan baik tapi aku tak tahu. Kalau tak apa yang semua Ezra buat, macam mana Rayyan boleh tahu? 

“Oi, sundal! Aku dah turunkan tanda tangan. Dah sana. Menyemak aje. Buta mata aku tengok kau. Ni aku nak cakap yang Ezra tu lelaki baik-baik. Aku tahu kau tu yang perangkap dia kan? Sampai dia rasa bersalah dan tak tenang hidup dia. Kalau baba dengan bonda dapat tahu, habislah kau...”

Rayyan ketawa berdekit-dekit. Aku menahan air mata aku dari mengalir. Sungguh! Aku dah tak tahan nak hadap manusia macam dia lagi. Minggu ni minggu terakhir aku bekerja! Maafkan Rai, baba....

“Suka hati kaulah nak cakap apa. Aku pun nak ingatkan kau. Hantu Kak Limah yang setia menjaga sisi kau tu pun kau kena jaga-jaga. Dia tu licik. Semua lelaki dia nak.”

Sindiran aku paling pedas aku lontarkan. Fair and squarelah kan? Tak akanlah aku seorang saja yang kena. Sama-sama kena. Baru terasa adilnya.

Blah!” jerit Rayyan. Marahlah tu! Tak takut pun!

Aku melangkah keluar dari bilik. Entah kenapa, hati aku terasa pedih mengingati kata-kata Rayyan. Tak semena-mena air mata aku mengalir juga akhirnya. Puas aku menahan tapi tak mampu. Dia sibuk juga nak mengalir ke pipi. Aku menyusun fail-fail yang berada di atas meja sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi. Wajah aku raup beberapa kali cuba untuk meredakan tangisan aku tapi hati aku sakit. 

Raihana! Kau kena kuat! Kuat! Jangan lemah sangat! Nak menangis tak apa! Bagi redakan hati kau. Tapi lepas ni aku kena kuat dan terus kuat. Aku boleh lawan semua orang yang dah pernah buat aku.

Kau boleh!


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.