mata besar
pinar-pinar
pandangan hitam tersebar
malaikat maut tiba
tanda penamat hidup dunia.
roh dan jasad pisah
keluh kesah
gementar gugup dan rasa belah
kebenaran cerita telah terserlah
kematian itu nyata menjengah
tanpa mengira detik jam redah.
kini sudah alami
mati itu pasti.
apakah baqi' janji
bahagia riang hati
atau gelap seksa caci
itu soal diri
cukupkah amalan selama ini?
demikian seruan baqi'
alam ciptaan ilahi
merehatkan syuhada yang dimuliai
juga menusuk ahli maksiat yang dikeji.