Home Novel Thriller/Aksi Hello, Abang Bodyguard!
Hello, Abang Bodyguard!
Angel_k20
11/5/2020 15:51:47
207,383
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG

Seorang nenek tua dengan baju dibasahi darah merah meraung kuat di hadapan pintu bilik pembedahan. Sungguh, hati tuanya begitu takut sekarang ni. Apa mahu dia jawab kepada anaknya yang kini tenang bersemadi di 'alam sana' bersama isteri tercintanya? Amanah hasil peninggalan anak tunggalnya itu kini sedang kritikal bertarung nyawa di dalam bilik pembedahan.

"Selamatkan cucu saya doktor... tolong saya doktor!" ngongoinya lagi dengan penuh sayu.

"Semua ini salah nenek..." tangisnya lagi.

"Ya Allah, selamatkanlah Rayyan, selamatkanlah cucuku ya Allah. Aku tiada siapa-siapa lagi di dunia ini ya Allah..." rintih hatinya lagi.

"Ya Allah... ambillah nyawaku jika itu dapat selamatkan Rayyan ya Allah... ya Allah, Rayyan masih kecil ya Allah... dialah cucuku penghibur hatiku ya Allah... aku rela diambil nyawaku jika itu dapat menyelamatkan Rayyan ya Allah..." nenek tua itu teresak-esak lagi.

Esak tangisnya itu mengundang hiba dalam kalangan beberapa orang pegawai polis yang mengiringi mereka berdua ke hospital. Seorang polis wanita berpangkat inspektor yang tertera di tag namanya Haireen Jamilah merendahkan badannya lalu melutut di hadapan nenek itu.

Dia menghulurkan air mineral lalu dengan dengan lemah lembut, dia mengusap bahu nenek tersebut dengan lembut serta memujuknya agar dia perlu redha dengan ketentuan Allah. Maka, terngongoilah lagi nenek itu dalam pelukan polis wanita tersebut dan berderailah jua air mata yang ditahannya sejak dari tadi.

Setelah lapan jam berlalu, lampu isyarat pembedahan berwarna merah yang menunjukkan pembedahan sedang dijalankan itu dimatikan. Seketika, pintu bilik pembedahan terbuka lantas keluar seorang doktor yang bertugas. Penutup mukanya dibuka lalu dengan pandangan serius, matanya terarah kepada nenek tua tersebut.

"Mak cik ahli keluarga Rayyan Razien?" tanya doktor yang memakai baju bedah berwarna hijau dengan nama Dr. Salim disulam di bahagian dada pada sebelah kiri.

Nenek itu mengusap air matanya dengan tangisan masih tersisa. "Ya, saya Hasnah nenek kepada Rayyan Razien," jawabnya lemah.

Doktor itu melepaskan keluhan dan ia mengundang debaran hebat kepada nenek Hasnah dan beberapa orang pegawai polis yang turut berada di situ.

"Alhamdulillah Rayyan Razien dapat diselamatkan. Tapi..." Dr. Salim berjeda.

"Tapi apa doktor?" tanya Nenek Hasnah dengan penuh resah gelisah. Dadanya sekarang terasa bagaikan mahu pecah!

"Saya harap mak cik bertenang ya. Rayyan Razien..." kata Dr. Salim lalu memandang tepat kepada wajah gusar wanita tua di hadapannya dengan pandangan yang sangat kasihan.

Nenek Hasnah menggenggam tangannya dengan kuat bagai menanti berita buruk yang bakal menujah dirinya. Walau apa pun yang berlaku, dia redha.

"Dia memerlukan pemindahan jantung dengan segera," kata Dr. Salim.

Bagai dipanah petir, Nenek Hasnah terasa dirinya terjerat lalu tanpa amaran, dirinya jatuh terjelepuk di lantai. Sungguh, berita itu sangat-sangat mengejutkannya!

"Dan juga, kedua-dua matanya berkemungkinan besar buta," sambung Dr. Salim lagi lalu dia tunduk menekur lantai.

Allah!

Mendengar ayat doktor tersebut, Nenek Hasnah berteriak kuat menyebut nama Allah sebelum pandangannya gelap dan dia akhirnya rebah menyembah lantai. Jeritan dari beberapa orang pegawai polis hanya kedengaran sipi-sipi menyapa halwa pendengarannya sebelum semuanya menjadi sunyi sepi.

Ini... adalah episod duka seorang Rayyan Razien yang tetap berbekas di hati walaupun sudah 15 tahun kejadian ini berlalu. Kejadian ini juga membawa perubahan besar dalam dirinya dan ia adalah titik tolak kepada perubahannya dalam menjadi seorang lelaki yang cool and steady!


🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺

©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20.

Novel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada perkaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Segala prosedur rawatan perubatan di dalam novel ini TELAH disahkan betul oleh Pegawai Perubatan Bertauliah Gred UD44.

Segala info, akta dan fakta yang ditulis di dalam novel ini telah melalui kajian yang mendalam dan telah disahkan kesahihannya oleh pihak yang berautoriti.

ANGEL_K20
20/10/2020

NOVEL INI JUGA BOLEH DIBACA DI WATTPAD: Angel_k20

🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺

Previous: Bab 48b
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.