Home Novel Thriller/Aksi Hi, Encik Professor!
Hi, Encik Professor!
Angel_k20
29/7/2020 15:09:11
37,241
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3b
Suasana bilik kuliah sederhana DKS 2 yang boleh menempatkan pelajar seramai 150 dalam sesuatu sesi pengajian itu riuh rendah dengan suara pelajar saling bertingkah antara satu sama lain. Keadaan riuh itu bertambah gegak gempita apabila mereka semua bertepuk tangan dan bergelak ketawa seolah-olah ada sesuatu yang melucukan berada di pentas kuliah.

"Kalau korang jadi pembunuh, apa tindakan yang korang akan lakukan jika mangsa korang itu tidak mati?" tanya satu susuk tubuh kecil di pentas.

Figura gadis setinggi 160 cm dengan berpakaian baju kurung moden berwarna pink yang dipadankan dengan tudung merah beserta baju kot hitam tersarung di tubuh dipandang kecil besar je oleh Qarizh. Minah mana pula entah yang take over kelasnya hari ni?

"Cik, saya akan tikam dia sampai mati," laung seorang pelajar yang berada di kerusi paling atas.

"Alah, tikam saja tak thrill. Kalau saya la cik, saya akan sumbat mulut dia dengan darah dia sendiri lepas tu saya akan paksa dia telan," jawab pula seorang pelajar yang berada di depan.

Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu mengundang ketidaksenangan hati pelajar lain lalu mereka mula membuat muka. Ada yang tersengih, ada yang menjeling takut. Kategori psikopat dah tu jawapannya.

"Okey kita ubah soalan. Kalau korang pembunuh, siapa orang pertama dalam kelas ni yang korang akan bunuh?" tanya si gadis pentas itu lagi dengan lantang.

Mendengar soalan cepumas yang dikemukakan oleh si gadis, suasana yang hingar bingar tadi berubah menjadi semakin hangat dan panas. Soalan panas tu! Siapa orang yang akan dibunuh?

"Cik Aralyn!" laung Amirul yang berada di kerusi tengah. Disebabkan dewan kuliah itu jenis bertangga dan kedudukan meja beserta kerusinya berada di tangga tengah, Amirul perlu melaung jika mahu suaranya sampai ke pendengaran si pensyarah di hadapan.

"Ya student. Silakan beri jawapan," sahut Aralyn.

Hari ini menurut perintah papanya, dia akan mula mengajar dan menjadi assistant kepada profesor muda Prof. Madya Dr. Qarizh Zahwan. Namun, sampai sekarang dia tidak nampak kelibat profesor itu jadi baginya, lebih baik dia take over dulu kelas sementara menanti encik sejuk beku 'mangsa' terbarunya itu sampai.

"Tapi, kalau saya bagitahu, Cik Aralyn janganlah marah," balas Amirul sambil tersengih-sengih.

"Ya, bagitahu je. Siapa orang yang awak akan bunuh dan dengan cara apa awak akan matikan dia?" kata Aralyn dengan penuh sabar.

Bukan dia tak kenal si Amirul ni. Kelmarin pelajar ini jugalah yang tergantung sepi terkapai-kapai di lautan angin... eh apa la yang melalut ni? Aralyn mengetuk kepalanya sendiri dengan pen lalu memberikan perhatian kepada Amirul di hadapannya.

"Saya nak bunuh Cik Aralyn, ambil hati Cik Aralyn lepas tu masukkan ke dalam hati saya. Cia cia cia!" kata Amirul lalu ketawa berdekah-dekah.

Ketawa Amirul itu kemudiannya disambut galak oleh seisi kelas. Tidak cukup dengan hilai tawa, mereka menepuk-nepuk pula meja masing-masing menjadikan meja itu sebagai gendang yang mengeluarkan irama berentak.

Aralyn hanya menggigit bibir menahan geram yang mula bersarang di hati. Ikutkan akalnya, mahu saja dilemparkan kasut tumit tinggi 4 incinya ke dahi Amirul tapi itulah, nanti tidak pasal-pasal keluar pula berita di akhbar utama Berita Harian:
Pelajar Ditemui Mati Kerana Tumit Kasut Tumit Setinggi 4 Inci Terbenam di Dahi. Aduh, seram pula jadinya!

"Dah, dah, relaks semuanya," laung Aralyn dengan sekuat suara. Malangnya, bunyi bingit gendang meja lebih mengatasi bunyi suaranya.

Dum!

"Korang semua nak mampus ke hah?" jerkah Qarizh sambil menghempas fail kulit keras yang mengandungi kertas kehadiran pelajar.

Krik krik. Senyap semuanya.

Qarizh dengan muka tegang terus menapak ke atas pentas lalu matanya memandang tajam kepada setiap seorang wajah para pelajarnya. Dari tadi dia perhatikan gelagat mereka tapi tiada siapa dalam kalangan mereka yang menyedari kehadirannya!

"Hoi minah," panggil Qarizh kepada Aralyn.

Aralyn hanya buat tidak tahu dengan panggilan itu. Dia ada nama, cantik lagi. Namanya Aralyn Awliya, bukannya minah!

Qarizh mendengus kasar melihatkan respon gadis di sebelahnya. Dia kenal dan sangat arif akan perempuan pendek tu. Gadis tu ialah perempuan gila yang tak tahu malu suka hati je nak kawan dengan dia kelmarin? Kirim salam sajalah.

"Apa kau buat kat kelas aku ni?" tanya Qarizh dingin tapi masih dengan suara perlahan. Sengaja suaranya ditekan agar gadis itu mendengar dengan jelas, manalah tahu pekak ke?

"Ayang nak join kelas Abang Encik Tunang Sayang ayang je. Tak boleh ke?" jawab Aralyn dengan suara sengaja dikuatkan.

Zup!

Qarizh terasa jantungnya bagai dibidik dengan anak panah. Sakit, tapi sakit lagi hatinya melihat muka tidak bersalah Aralyn yang tersengih memandangnya dengan muka mengejek.

"Wuuu!" sorak para pelajar disertai dengan tepukan dan gendangan meja dan dewan kuliah yang sedari tadi senyap sunyi sekelip mata berubah menjadi riuh rendah.

Sungguh, pengakuan berani mati dari gadis yang dipanggil Cik Aralyn tu betul-betul mengejutkan mereka semua. Profesor Madya Dr. Qarizh Zahwan si bapak singa beruang kutub utara selatan mana ada girlfriend. Tup-tup, tiba-tiba cik tunang datang memunculkan diri. Dalam kuliah pula tu? Wah, dah boleh buat gosip panas ni!

Aralyn hanya memerhatikan dengan tenang reaksi terkejut para pelajar. Tapi, apa yang membuatkannya sangat puas hati ialah reaksi Qarizh yang terpaku tidak terkata apa-apa. Hanya raut bengang dari wajah handsomenya saja kelihatan memerah marah.

'Berani kau tolak pelawaan aku untuk jadi kawan? Kau silap besar profesor...' bisik hati Aralyn dengan senyuman sinis terlakar di bibir.

'Perempuan pendek lagi gila... kau berani cabar aku? Siap kau aku akan kerjakan... kau tunggu!' Qarizh menghadiahkan pandangan maut buat Awliya yang turut sama memandangnya dengan pandangan sinis tersungging di bibir merahnya.

"Ya Allah, apa dosaku hari ni sampaikan aku dipertemukan lagi dengan perempuan gila ni?" rintih Qarizh dalam hati lalu dia meraup kasar mukanya.

'Stressnya ya Rabbi... harapnya profiler perempuan tu nanti perangainya bukan macam perempuan gila ni,' doa Qarizh di dalam hati.

Tit. Tit.

"Ya, ada apa?" Panggilan dari Sarah melalui handsfreenya disambut dengan dingin dan penuh rasa tertekan.

"Abang, Sarah dah dapat data partner profiler abang tu. Pak Su baru je hantar ni," lapor Sarah.

"Siapa?" tanya Qarizh sambil matanya tak lepas dari memandang Aralyn dengan pandangan mencerlung tajam.

"Aralyn Awliya Prof. Dato' Dr. Hisham," jawab Sarah sambil menghantar data Aralyn terus ke cermin mata berteknologi tinggi yang dipakai oleh Qarizh.

Zup!

Sekali lagi, Qarizh terasa jantungnya bagai dipanah dengan Recurved Bow, senjata kesayangannya. Tapi kali ni, dia terasa mahu pitam!

Partnernya... perempuan gila tu?



> bersambung


P/s:
- Karya ini juga boleh dibaca di Wattpad: ID: Angel_k20
- Jika ada salah silap mohon dikomen agar Angel dapat memperbaiki lagi mutu penulisan.
- Kata-kata semangat amatlah Angel alu-alukan.

Terima kasih.


Previous: Bab 3a
Next: Bab 4a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.