Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
96,314
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 16
"Haaahhh..hahhhh...Zeayaaaa!!" tercungap-cungap nafas Akhtar. Peluh dingin mengalir pantas menerusi dahi nya. Tidurnya tidak lena, mandinya tidak basah, makannya tidak kekeyangan. Kebelakangan ini kerap pulak dia bermimpi akan perbuatan terkutuk yang telah puluhan tahun berlalu. Wajah Zeaya bergentayangan di tabir mata. 


"Arghhhh..kenapa kau hadir dalam mimpi-mimpi aku Zeaya?!" getus hatinya. Peristiwa pembunuhan kejam itu hanya dia sahaja yang tahu kerana Zeaya sudah lama menjadi abu!. 

"Baik aku hubungi Kaza..mungkin dia boleh tolong aku", desis hatinya.

"Abanggg..owhh abang? kenapa ni? asyik dok mengigau jek dua tiga menjak nih?" ujar Datin  Syamimi mencuka. Bantal peluk di lemparkan kearah Datuk Akhtar.  Wajah Datin Syamimi keruh. Apatahlagi di hujung-hujung mimpinya, nama Zeaya terpacul keluar daripada bibir Datuk Akhtar. 

"Siapa Zeaya ni abang? skandal baru ke?" cerlun Datin Syamimi. Bukan dia tak kenal perangai buaya suaminya. Dah masak sangat. Cuma tidak lah sampai terbawa dalam mimpi. Asalkan skandal Datuk Akhtar tidak claim yang bukan-bukan sudahlah. Dati Syamimi sudah terbiasa berhadapan dengan skandal suaminya, bukan sekali dua. Mujur juga kebelakangan ini, suaminya nampak seperti sudah insaf. 

"Erk...Zeaya mana pulak?" ujar Akhtar pura-pura tidak kenal. 

"Awak jangan main-main dengan saya..sampai termimpi-mimpi ni apahal?" 

"Alahh sayang intan payung abang..mimpi tu kan mainan tido jea.."

"huhh..dah tuh?? dah dua tiga malam dok sebut nama Zeaya..Zeaya..jealous saya tau bangg!!"

"maafkan abang sayang..seriuss..mimpi jea tuhh..mimpi jekk.."

"hmmmmm...bila Syamia nak balik nih? rindu la kat anak kita tuh bang.."

"Nanti abang call dia..minggu depan kalau takde aral, kita boleh ke universitinya.."

"betul nih? abangkan sibuk?" riangs sekali nada Datin Syamimi

"Iyeea...minggu depan yea sayang? abang pun rindu dengan Nursyamia.."

"Janji abang? jangan nanti ada pulak temujanji business abang!"

"Iyaaa..abang janji..next week kita lawat Nursyamia.."



Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.