Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
96,310
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13
“Camelia.. panggil saya Camm”.. sambil menghulurkan tanganya, senyuman manis menguntum dibibir Camelia. 

“Nursya..Nursyamia”.. huluran tangan Camelia disambut dengan sedikit keraguan di hati. “Siapa dia?” gumam Nursyamia. Camelia memgengam kemas jemari Nursyamia. “Huhh? Sejukknyaaaaa tangan diaaa!!”.. Nursyamia sedikit tersentak. Dia cuba menarik tangannya namun Camelia seakan enggan melepaskan. 

“Erkkk.. Cccaamm.. if you don’t mind?” ujar Nursyamia dengan matanya melirik ke arah tangan mereka yang masih berjabat kemas. Kesejukkan dari telepak tangan Camelia mulai meresap hingga ke tulangnya. Terasa kebas di hujung-hujung jari hingga ke pergelangan tangan. 

“Opsss sorry awak..tak perasan..huhu” Camelia meleraikan jabatan tangannya. 

“Ada pesanan nak disampaikan  pada Zeaya?” Camelia mengulang soalan. 

“Aaa..hmm.. ttakpee laahh..cume pesan pada Zeaya, saya tunggu dia di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi  petang nih. Nak pergi stor sukan katanya..bagaitau dia jangan lewat okay?”

“Owh.. okay-okay” sahut Camelia dengan jemarinya memberikan isyarat o.k. dan mengenyitkan mata kanannya pada Nursyamia. 

“Saya gerak dulu yea..” Nursyamia tidak betah berdiri lama dihadapan Camelia. Seolah-olah ada sesuatu yang memberitahunya agar segera pergi dari situ. 

“Jumpa lagi Nursya..” ujar Camelia tersenyum sumbing. Dia mengesan sesuatu pada diri Nursyamia sebaik sahaja mereka bersalaman. “Aaahh.. Zeaya buat kerja gilerrr!!” gumam Camelia sendirian tatkala bayangan Nursyamia makin menghilang dari pandangan. 

Dia dapat melihat dengan jelas, lingkaran seakan kabus nipis berwarna merah yang melingkari tubuh Nursyamia tadi. “Arghhh.. Zeaya!! Nursyamia bukan anak kau!! adoyaiii”..keluh Camelia diiringi gelengan kepala beberapa kali. 

 “Kau tunggu Zeaya!! banyak  benda aku nak cakap dengan kau nih!” Dan Camelia terus menapak ke arah dinding bilik kuliah sebelum lesap tanpa jejak.

 Mulut Razlan ternganga luas saat matanya menyaksikan Camelia menembusi dinding konkrit ter sebut. “Aaaaaaaagghhhhhhhh.. wehyyyyhhh apa bendaaa tuhhhh?!!” jeritan itu tersekat di halkum. 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.