Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
96,211
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2
"Amacam? seronot tak hari nih?" soal Camelia pada Zeaya. 

"Arghh kauuu..seronokkkk bukan seronottt ...apa laaaahhh".sambil menepuk dahi Zeaya mengelengkan kepalanya.

"ahhh..samalah tuhhhh". Camelia enggan mengalah.

"Ehh..masa kau idup dulu bahasa Melayu SPM kau fail kan??" Zeaya menebak.

"Kuanggg hajorrrr kauu Zeayaaa..ingat kau masuk Fakulti Mee..ehh Fakulti aapa kau masuk tuh, kau rasa dah pandai sangat?!..huhhhh.." Camelia mencebik.

"Tak de laahhh..kurang-kurang result aku molek sket la dari kau..hahahhahhehehehehehhehehehahahahahhahehehehehehehhehehehahahahhaheheheheheheehheh"

"double kuang hajorrr kauuuuu Zeaya!..hahahahhahahehehehehhehehahhahehehehehhehahehehheheh"

Nyaring sekali tawa  daripada dua pontianak yang bercanda dan  menenggek di sebatang pohon ara di persimpangan jalan menuju ke asrama mahasiswa. Pasti terkuncit kalau ada yang mendengarnya.

"Ishhhh...meremang pulak tengkuk aku nih hahh.." ujar  Razlan . Jemarinya merayap kebelakang tengkuk. Terasa tegak romanya. "Aduhhh..bila la deme nak balik nih..risau aku ni wehyyy" desis hatinya. Seram sejuk tiba-tiba. Saat matanya memandang ke arah tingkap asrama, baru disedari tingkap tidak ditutup, sudahlah tingkap mengadap ke arah pohon ara yang gedabak besarnya di hujung lorong.  "Arrghhhh..siapa pulakkkk yang terlupa nak tutup tingkap nih..kuang asammm sungguh!" sumpah Razlan dalam hatinya. 

Dengan langkah yang berat, Razlan menapak menuju kearah tingkap bilik. 

"hehehehhehehehe..hehehehehehheheheheh"...hilai tawa itu masih bersambung.

Langkah Razlan mati. "Huhhhhh?!!!! sapa pulak yang ketawa mengilai malam-malam nihhh..jangan wat lawak la wehyyyy..." desis hatinya bimbang.

Mata Razlan masih lagi tertancap pada tingkap yang luas terbuka. Didepannya pandangan hitam pekat malam yang terpampang dalam saiz bingkai tingkap bilik. "arghhhh..lagi cepat aku tutup tingkap ni lagi bagus.." Setelah mengumpul sisa keberanian yang ada, Razlan melangkah menuju kearah tingkap dan mencapai hujung tingkap nako tersebut. Namun sebaik sahaja tangannya menyentuh hujung nako, tiba-tiba sahaja jemari runcing berkulit pucat lesi berkuku tajam persis  kuku penari tradisional Thailand, menyentuh tangan Razlan. "Wehyyyy..tingkat 5 nihh wehyyyyy...aaaaaaahhh..biarrr betullllll!!!!"..wajah Razlan ketika itu kalau ditoreh pun tak keluar darahnya. Jemari itu terus merayap ke arah tangan Razlan. Razlan membeku seperti patung dihadapan tingkap. 

"Hai awak.."

"huhh?!"

"Awak naper nihh ?"

"huhhh?"

"Awak apa nama?"

"huhhh?"

"asyik huhhh memanjang..aku lempang kang" ujar Camelia seraya mennyeringai menampakkan taring separas dadanya. 

"aaaaaahhhhwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cikk pontiiiiiiiiii"...Razlan tidak sedarkan diri sejurus melihat wajah penuh Camelia yang berada diawangan betul-betul dihadapan tingkap yang mahu ditutupnya.

                                                     ******************************************

"Camelia?"

"Yea?"

"Kau buat lagi kan?"

"Buat apenya Zeaya?"

"Kau kacau lagi mamat tuh"

"Alahhhh..usik-usik manje jea kot..takkan tak boleh.."

"Manja hatok kau..pengsan budak tuh laaaah!!'

"arghhh...lemah sangat semangatnya..bukan salah akuu..dah keje kita kan usik orang?"

"Aku bukan apa Camelia..kau tahukan aku tengah sambung belajar..aku tak nakk orang tahu rahsia aku?"

"Kau nih beria sambung belajar buat mende? Ingat senang nak cover siapa diri kau?"

"Aku kan dah cakap? aku nak cuba hidup macam manusia..sekali lagi.."

"kau mimpi apa ni beb?..kau dah mati laaa..kau dah jadi cik ponti macam aku..ingat anak kau sama.."

"hmmmmm...aku tau la Camelia.."

"So esok kau masih ke kuliah jugak?"

"Mesti lah..wajib kot masuk kelas tanpa gagal!"

"haishhhh..suka hati kau Zeaya..jangan kantoi sudahhhh"

"kau ada lagi bekalan losyen pemanas badan tuh?"

"kenapa?"

"bekalan aku dah habis laaaa..nyaris aku terkantoi siang tadi..aiyohhhhh"

"huh?! kau giler?? siapa sentuh kau?"

"ada laaa rakan sekuliah aku.."

"so kau buat macam mana? jangan cakap kau guna persona kat dia?"

"habisss?? itu sahaja yang boleh aku buat.."

"kau ada hilangkan memori dia tak lepas tuh?"

"yup..aku harap berkesan"

"Zeayyyyyaaaaaa!!!!"



Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.