Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 59




          “Jumpa tak barang kau tu?” Tanya Laura sambil mengemas-ngemas buku-buku yang berada di atas meja kaunternya itu.

          “Jap, aku tengah cari.”

          Laura hanya melihat sahaja gelagat Shakira yang masih lagi mencari barang adik-adiknya itu.

          “Mana ehh, aku letak. Aku lupa lah.” Shakira menggaru-garukan kepalanya sahaja sambil melihat di sekeliling kawasannya itu.

          “Jumpa tak?” Tanya Laura lagi.

          “Aku lupa lah letak mana.”

          “Ada tu. Ce cari betul-betul.” Arah Laura.

          Shakira hanya meneruskan pencariannya lagi.

          Laura ingin membantu, tetapi dia sendiri puntidak tahu barang apa yang perlu dia cari.

          “Bentuk barang tu macam mana?” Soal Laura secara tiba-tiba.

          “Dalam bungkusan beg plastik hitam.” Jawab Shakira seketika.

          “Plastik hitam.” Fikir Laura.

          “Ha’ah.”

          “Ke, dalam tong sampah.”

          “Takkanlah.” Risau Shakira seketika.

          “Mana tau. Aku pergi cari jap.” Laura bergegas menuju ke tong sampah yang berada di luar kedai butiknya itu.

          Shakira hanya melihat Laura keluar dari kedai butik itu lalu dia meneruskan pencariannya lagi.

          “Ishhh, takkanlah aku nak letak dalam tong sampah. Tapi kan. Plastik tu hitam, sama pula dengan plastik sampah. Ehh! No nono no. Aku ingat, aku letak kat sini tadi.” Fikiran Shakira mula bercelaru lalu dia terus mencari barangnya semula.

          Laura masih lagi tercari-cari sesuatu di Dalam tong sampah itu. Yang ada hanyalah plastik sampah yang berwarna merah jambu sahaja dengan terdapat sampah-sarap di dalam tong sampah tersebut.

          “Tak adalah kat sini. Sampah-sarap adalah.” Keluh Laura seketika.

          “Mana pula si Kira letak barang dia ni. Nak kata plastik hitam pun, aku tak nampak kat sini. Yang aku nampak kegelapan jekat luar ni. Yang ni je yang cerah.” Keluh Laura lagi sambil melihat keadaan disekelilingnya itu.

          Dia mula terleka lalu dia terhidu sesuatu.Yang semakin menyusuk ke hidungnya itu. Bau itu semakin kuat. Laura mula berasa gelisah. Dia mula menghidu badannya. Tetapi, tidak pula berbau daripada bau yang tadi. Lalu dia menghidu kedua-dua belah tangannya itu.

          “Weekkkkkkkkk.”

          “Eeeeee, busuknya. Tadi pegang tak busuk, kenapa berbau pula ni. Weekkkkkkk.” Laura ingin sahaja mahu termuntah tetapi dia masih lagi dapat bertahan.

          Matanya mula melilau-lilau ke kiri dan ke kanan.

          “Kira! Aku pergi toilet jap!” Jerit Laura sedikit dari luar kedai butiknya itu.

          “Ahh! Okay!” Sahut Shakira dari dalam.

          Laura terus menuju ke hadapan untuk mencari tandas yang berada di tingkat dua itu. Tandas awam tidak jauh dari tempat kedai butiknya. Jika jauh, dia juga tidak mahu pergi dan memerlukan seseorang untuk menemannya. Apatah lagi di waktu malam.

          Kaki kiri dan kanannya laju sahaja untuk menuju ke tandas awam. Tidak lama kemudian, dia ternampak Abang Guard sedang berdiri di hujung kawasan yang tidak jauh dari tandas awam itu.

          Laura hanya melihatnya sahaja.

          Dia tidak mempedulikannya. Dan dia tidak berasa takut kerana Abang Guard ada di situ untuk menjaga keselamatan di dalam ‘Mall’ ini.

          Laura segera masuk ke dalam tandas wanita untuk menyuci kedua-dua belah tangannya itu.

          “Haa, barulah bersih dan wangi.” Laura menghidu semula kedua-dua belah tangannya itu dengan menggunakan sabun pencuci tangan yang berada di atas sinki.

          “Kotoran sudah hilang. Barulah harum tangan ku ini.”

          “Cuci muka sikit, barulah segar mata ni.” Sambung Laura lagi.

          “Trittttttttttttt….”

          Laura tersentak lalu dia telah terdengar sesuatu bunyi dari arah belakangnya itu.

          Dia memandang ke arah cermin dan disebaliknya ada pintu tandas yang sedang terbuka sedikit.

          Bulu romanya mula meremang.

          Jantungnya berdegup lagi.

          Hati mula berasa gelisah.

          ‘Okay Laura. Itu cuma bunyi pintu je. Tak ada apa-apa pun yang berlaku. Relax, okay.’ Laura cuba untuk menenangkan hatinya seketika.

          ‘Okay Laura. Sekarang kau dah boleh pergi dengan cara perlahan-lahan dan buat-buat tak tahu je. Okay.’ Laura cuba lagi untuk bertenang.

          Baru sahaja dia mahu memulakan gerakan, terdengar sesuatu yang sedang memanggil-manggil.

          “Tolongggggg.”

          Laura menelankan air liurnya itu.

          ‘Siapa pula yang minta tolong malam-malam macam ni. kau memang takde kerja lain lagi ke, setannnnn.’ Bisik hatinya sahaja.

          “Tolongggggg.”

          Kali ini, Laura membulatkan matanya. Kakinya menjadi kaku untuk bergerak. Dia mahu sahaja meninggalkan tempat itu dengan segera. Tetapi, hatinya pula menjadi berat untuk mengatakan ‘Tidak’.

          “Tolong. Ada sesiapa tak? Tolong.”

          ‘Ehh! Kejap! Macam kenal je suara ni.’ Bisik hatinya lagi.

          Rasa takut mula menghilang apabila suara itu bukan untuk menakutkannya, tetapi suara itu meminta tolong dengan nada suaranya yang lemah.

          Laura cuba untuk mendengarkannya sekali lagi.

          “Tolongggggg. Sesiapa.” Suara itu kembali lagi.

          Laura dapat merasakan itu adalah suara manusia dan bukan suara hantu. Dia terus berpaling lalu segera memeriksa setiap pintu tandas untuk memastikan sememangnya ada seseorang yang sedang meminta tolong itu.

          Satu persatu dia memeriksa. Sudah memeriksa pintu tandas yang kesembilan, tetapi masih tidak dijumpai lagi pemilik suara itu.

          Dan pintu tandas yang terakhir yang belum lagi diperiksa.

          Laura semakin cuak.

          Jantungnya berdegup semakin laju, seperti orang yang sedang berlari pecut di padang sekolah.

          Tangan kirinya cuba untuk menolak perlahan-lahan pintu tandas itu.

          Bunyi pintu telah membuatkan Laura berasa kecut seketika. Tetapi, dia masih lagi memberanikan dirinya untuk memeriksa sesuatu yang berada disebalik pintu itu.

          Menolak dengan perlahan-lahan lagi.

          “Tolong.”

          Suara semakin kedengaran.

          Laura terus menolak pintu itu dengan pants. Dan dia melihat ada seorang lelaki yang diikat pada kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kakinya dengan menggunakan rantai besi.

          “Ya Allah! Abang Guard!” Ya, dia sangat kenal dengan wajah itu dan suara itu juga.

          Laura sangat terkejut apabila melihat keadaan pengawal keselamatan itu yang tidak bermaya dan dalam kesakitan.

          “Tolong saya, Cik.” Rayu sahaja pengawal keselamatan itu.

          Laura masih lagi dalam keadaan terkejut.

 

Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.