Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 57




SELERANYA sudah hilang secara tiba-tiba. Entah apa yang difikirkan. Hanya mampu berkhayal sahaja. Jari-jemarinya masih memegang sudu untuk mengacau air teh. Termenung sambil mengacau air teh tersebut.

          Encik Iskandar mula menghampiri meja makan tersebut. Dia mula melihat anak perempuannya yang sedang termenung jauh tanpa disedari kehadiran abahnya itu.

          “Hany. Jauh kebenor kamu termenung tu. Tu sampai hilang warna air teh asyik dikacau je.” Tegur Encik Iskandar kepada anak perempuannya itu.

          “Ehh, abah. Tak perasan Hany.” Hany tersengih sahaja.

          “Mana ye kamu nak perasan. Duk termenung boyfriend kat sana tu.” Usik Encik Iskandar.

          “Hishhh, abah ni. Hany mana ada boyfriend. Abah jelah boyfriend Hany dunia akhirat.” Senyum Hany.

          Encik Iskandar hanya mampu tersengih sahaja.

          “Abah dah tak larat dah jaga Hany. Hany cepat-cepatlah kahwin. Nanti, abah pun berasa tenang bila abah kat sana nanti.”

          “Ishhhh, abah ni. Kenapa cakap macam tu? Dah tak sayang kat Hany lagi ke. Abah sanggup ke Hany pergi jauh-jauh dari hidup abah. Time study dulu pun, abah dah rindu, ni kan pula nak suruh Hany kahwincepat-cepat.” Marah Hany sedikit lalu dia memuncungkan mulutnya itu.

          “Bukan itu maksud abah.” Encik Iskandar menghirup sedikit air teh di cawannya itu.

          “Study dulu tu, lain ceritanya. Mestilah abah risau, sebab time tu kamu baru nak berdikari kat luar sana. Sekarang ni, kamu dah ada kerja sendiri, dah pandai cari duit sendiri. Ini masanya kamu kena cari peneman hidup kamu. Takkan nak berkepit dengan abah je.” Pujuk Encik Iskandar sambil menjelaskan kepada anak perempuannya itu.

          “Iye, Hany tahu. Tapi, Hany nak jaga abah.”

          “Sampai bila, Hany. Abah pun nak tengok juga kamu kahwin sebelum abah dah takde nanti.”

          “Abah, jangan cakap macam tu.” Hany mencebik mulut itu.

          “Arwah mak kamu pun, mesti inginkan perkara yang sama juga.”

          Hany terdiam sahaja apabila mendengar kata-kata daripada abahnya itu.

          Mula terfikir.

          Encik Iskandar hanya mampu melihat raut wajah anak perempuannya sahaja.

          “Kamu ada masalah ke?” Tanya Encik Iskandar secara tiba-tiba setelah dia melihat raut wajah Hany seperti ada keresahan dalam dirinya itu.

          “Takde papelah, bah.” Ringkas Hany.

          “Hanyyyyy.” Encik Iskandar merenung tajam ke arah Hany.

          Hany hanya memandang riak wajah abahnya itu lalu dia terus menghirup air teh seketika.

          Senyum Hany.

          “Hany rindu mak.” Sayu Hany seketika.

          Encik Iskandar membetulkan kedudukannya di atas kerusi.

          “Abah pun rindu mak kamu.” Encik Iskandar mula terbayangkan akan wajah isterinya itu.

          “Mak dulu macam mana ye.” Hany sedikit teruja.

          “Mak kamu.”

          “Ha’ah.”

          “Mak kamu dulu, perangai macam kamu juga.”

          “Ye ke. Yang Hany tahu, mak cantik sangat. Hany dapat tengok mak dalam gambar je.”

          “Mak kamu dulu, suka sangat tolong orang.”

          “Sebab tu, abah suka kat mak, kan.” Celah Hany.

          “Ehh, mestilah. Kalau tidak, kamu berdua tak keluar dari dunia ni.” Encik Iskandar hanya tergelak sahaja.

          Hany pun turut tergelak lalu dia terfikir akan kata-kata abahnya itu.

          “Berdua?” Hany memandang abahnya.

          Encik Iskandar terhenti gelak seketika.

          “Maksud abah, kamu dengan mak kamu. Kalau make kamu tak berjumpa dengan abah, mananya nak dapat kamu.” Encik Iskandar terpaksa mereka cerita supaya anak perempuannya itu tidak mencuriga perbuatannya tadi.

          “Ooohh, ingatkan ada dua anak tadi. Terkejut Hany.” Hany mempercayai sahaja kata-kata abahnya itu.

          Encik Iskandar menyambung menghirup air teh itu.

          “Lepas tu, abah. Mak selalu buat apa lagi.” Teruja Hany lagi.

          “Satu lagi yang kamu tak tahu tentang make kamu. Dia buat kek favourite abah. Betul-betul menjadi. Dan paling sedap dia buat kek.” Encik Iskandar berkongsikan ceritanya kepada Hany.

          “Ye ke, abah.” Hany masih lagi teruja apabila mendengar kisah abah dan maknya itu.

          “Iye. Nak tahu kek apa dia buat?” Tanya Encik Iskandar pula kepada anaknya itu.

          “Tahu.”

          “Ehh.” Encik Iskandar sedikit terkejut.

          “Kek Mangga dan Kek Pandan. Betul tak.” Hany mengangkat keningnya kepada abahnya.

          “Ishh, tak aci ni. Macam mana kamu boleh tahu ni. Abah tak pernah pun bagitahu kamu.” Berkerut dahi Encik Iskandar.

          “Memang abah tak bagitahu kat Hany pun. Tapi, kat belakang gambar mak ada tulis favourite kek abah.” Hany ketawa sedikit.

          “Aduh. Abah pun lupa.” Encik Iskandar terus menepuk dahinya itu.

          “Tapi kan, bah. Abah ingat lagi kan, yang Hany ada cerita kat abah pasal partner kerja Hany kat café tu.”

          Encik Iskandar cuba untuk mengingati namakawan sekerja Hany itu.

          “Ouhh ye ye. Apa nama dia. Abah lupa.”

          “Faila.” Sebut Hany dengan pantas.

          “Haaa, Faila. Kenapa dengan dia? Ibu dia Dah okay dah?” Encik Iskandar mula bertukar topik.

          “Alhamdulillah, ibu dia semakin sihat. Cuma tak boleh buat kerja yang berat-berat.” Jawab Hany.

          “Yelah, orang yang dah berusia, memang agak lemah sikit. Abah pun dah tak larat dah nak berkebun.”

          “Ehh ehh, abah ni. Pergi ke ibu Faila pula.Hany cakap pasal anaknya, abah. Bukan pasal ibunya.” Hany hanya merenung ke wajah abahnya sahaja.

          “Ohh, bukan pasal ibu dia. Abah ingat ibu dia.” Usik Encik Iskandar seketika.

          Hany tergelak sahaja.

          “Abah ni. Tak, ini pasal kek favourite abah tadi. Faila pun reti buat kek mangga dengan kek pandan. Sedap giler dia buat, abah.” Sambung Hany.

          “Ohh ye ke. Terasa nak makan kek lah pula.”

          “Ehh. Baru tadi abah makan kek coklat Hany. Takkan tak puas lagi.”

          “Itu kek coklat, rasanya coklat. Kali ni, teringin nak makan kek mangga dengan kek pandan.” Senyum Encik Iskandar.

          “Jangan makan manis banyak sangat. Tak baik untuk kesihatan abah, tau.” Tegur Hany.

          “Yeeelahhh.”

          “Takpe. Next time, Hany suruh Faila buat kek kegemaran abah ye.” Pujuk Hany seketika.

          “Sebijik macam mak kamu.”

          “Ehh, mestilah bah. Anak mak, kan.”

          “Anak mak je.” Jeling Encik Iskandar.

          “Anak mak dengan abah lahhh.”

          “Kalaulah kembar kamu ada. Mesti sebijik macam kamu.” Senyum Encik Iskandar.

          “Kembar.” Keliru Hany.

          “Maksud abah, kalau kamu ada kembar. Mesti nakal juga macam kamu.” Encik Iskandar hanya mampu berkata-kata sahaja.

Previous: Bab 56
Next: Bab 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.