Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 58




          “Boleh je. Nanti aku ambil kau kat rumah.” Laura hanya mengiyakan sahaja di dalam taliannya itu.

          “Aku pergi siap jap. Kau tunggu kat rumah tau.” Sambung Laura di dalam taliannya.

          “Okay. See you there.” Laura tersenyum seketika.

          Laura terus meletakkan panggilan telefonnya setelah Shakira memutuskan talian tersebut.

          Laura melihat jam di dinding yang menunjukkan pada pukul 9:30 malam. Dia segera keluar dari biliknya lalu dia bergegas menuruni anak tangga di rumahnya itu.

“La'illaha'illallah, budak ni. Nak pergi mana tergesa-gesa ni?” Tegur Puan Asyira seketika apabila dia melihat anak perempuannya itu yang sudah bersiap-siap untuk keluar dari rumah.

          “Mama. Laura nak keluar kejap. Pinjam kereta papa tau.” Laura segera mengambil kunci kereta milik papanya itu.

          “Ehh! Nak keluar malam-malam ni, nak pergi mana? Tak minta izin pun dengan papa mama ye.” Puan Asyira sedikit marah.

          “Nak bagitahu lah ni.” Tersengih Laura.

          “Biasa ye dia.”

          “Sorrylah, ma. Shakira tiba-tiba minta to long Laura temankan dia.” Jawab Laura lalu dia mula tersengih lagi.

          “Dia ajak Laura pergi mana? Dah malam, kan. Esok, siang tak boleh pergi ke?” Soal Puan Asyira.

          “Esok dia dah kena hantar adik-adik dia kat asrama. So, barang adik-adik dia tertinggal kat butik. Tu yang dia call Laura, suruh temankan dia pergi butik, nak ambil barang. Sekejap je, mama.” Laura menjelaskannya.

          “Hmmmm, kamu ni. Pergilah, jangan balik lambat sangat. Nanti bising pula papa kamu tu.” Puan Asyira memberi keizinan kepada Laura untuk keluar rumah.

          “Okay, ma. Pinjam kereta papa tau.” Laura segera beredar dari ruang tamu lalu dia memulas tombol pintu utama rumahnya itu untuk keluar.

          “Ehh, kereta kamu kan ada.” Celah Puan Asyira.

          “Baru isi minyak. Rasa sayang nak guna. Kereta papa tak makan minyak banyak.” Laura hanya tersengih sahaja lalu dia mula tergelak sedikit.

           “Bertuah punya budak.” Puan Asyira hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

          “Bagitahu papa tau. Laura pinjam sekejap.” Sambung Laura lagi.

          “Yelah yelah.”

          Laura menghidupkan kereta papanya itu lalu dia terus menekan pedal minyak untuk beredar dari kawasan perumahannya itu.

          Setelah 15 minit memandu, akhirnya Laura pun sudah sampai di halaman rumah Shakira. Dia melihat Shakira sudah berdiri tegak  di halaman rumahnya itu.

          Laura segera membuka kunci kereta. Shakira hanya melihat-melihat sahaja dari dalam kereta Laura itu. Laura melihat sahaja gelagat Shakira yang sedang memerhatikannya dari dalam kereta.

          “PONNNN..” Laura membunyikan hon kereta secara mengejut.

          Shakira sedikit terlatah kerana Terkejut dengan bunyian hon kereta itu. Dia terus memasuki ke dalam kereta tersebut.

          “Ishhh, Lauraaaa. Terkejut aku. Aku ingatsiapa yang datang kat rumah aku tadi.” Bebel Shakira seketika.

          “Akulah.” Laura ketawa sahaja.

          “Kau ni, kan.”

          “Aku pinjam kereta papa aku jap.”

          “Kereta kau mana? Rosak ke?” Tanya Shakira.

          “Ada kat rumah. Tengah tidur.” Laura membuat muka dengan selambanya.

          “Kau ni ada-ada je ehh.” Berkerut dahi Shakira apabila melayan perangai Laura itu.

          “Nak jimat minyak. Kereta aku tu, makan minyak banyak sangat.” Rungut Laura seketika.

          “Tukarlah kereta baru. Jual yang tu, beli yang baru.” Cadang Shakira seketika.

          “Banyaklah kau. Kereta aku tu, dah lama berjasa dengan aku tau. Sejak aku diploma lagi.”

          “Hmmm. Tapi, bila kerja, naik grab.” Shakira membuat muka memeknya  sahaja.

          “Alaa, kau ni…. Teruk ahh. Patutnya support aku.”

          “Yelah Cik Laura, boleh kita gerak sekarang.” Shakira hanya tersenyum sahaja apabila melihat kerenah Laura itu.

          “Okay okay okay. Lepas ambil barang kau nanti, kita pergi kedai mamak jap.” Ajak Laura kepada Shakira.

          “Ehh, kau tak makan lagi ke?”

          “Makan. Tapi, perut aku tiba-tiba berbunyi.Teman aku ye.” Tersengih Laura.

          “Aku okay je. Aku pun terasa nak makan juga.” Gelak Shakira.

          Laura pun turut tergelak sama.

          “Okay, kita gerak.” Laura memberi isyarat kepada Shakira.

          “Alright.”

          Bukan kerana dia terpaksa untuk menjemput Shakira, sudah sememangnya Shakira adalah tanggungjawabnya sebagai pekerja di kedai butiknya itu. Hanya Shakira seorang sahaja pekerja tetap yang bekerja dikedai butiknya itu. Cuma dia tidak tahu tentang perkara sebenar bahawa Laura adalah pemilik sebenar di kedai butiknya itu.

          Bagi Laura, dia boleh uruskan butiknya itu dengan sendiri. Tetapi, dia mula berasa simpati terhadap Shakira yang betul-betul memerlukan pekerjaan untuk menanggung keluarganya itu.

          “Nah kunci.” Laura memberi sepasang kunci mangga dan kunci pintu kedai butik itu kepada Shakira.

          “Ehh! Kau tak ikut sekali ke? Takkan aku sorang nak masuk ke dalam.” Shakira merenung sahaja ke bangunan ‘Mall’ itu.

          “Pak Guard kan ada. Aku malas nak naik atas. Aku tunggu kat bawah jelah ye.”

          “Ishhh, tak nak ahhhh. Aku takut sorang-sorang. Tingkat dua pula tu.” Bulu roma Shakira mula meremang secara tiba-tiba.

          “Alaa kau ni.”

          “Jomlah, teman aku. Aku takutlahhhh.” Ajak Shakira.

          “Yelah yelah, jom.” Laura hanya menuruti sahaja kata-kata Shakira itu.

          Mula melangkah masuk.

          Mereka berdua terus menghampiri Pak cik Guard yang berada di dalam kawasan ‘Mall’ itu.

          “Pak cik.” Panggil Laura lalu dia mengukirkan senyumannya kepada Pak cik Guard.

          “Ye, cik. Ada apa datang malam-malam ni?” Tanya Pak cik Guard itu.

          “Pak cik, saya dengan kawan saya nak pergi ambil barang kat tingkat dua. Tertinggal petang tadi.” Jelas Laura.

          “Kat bahagian mana tu ye?”

          “Boutique of Sofia, kat bahagian sana.” Laura menunjukkan ke arah tingkat dua itu kepada Pak cik Guard.

          “Tulis nama, cik.”

          “Okay.” Laura terus mengambil pen hitam yang terdapat di atas buku rekod keselamatan, dia dengan segera menulis namanya dan nama kedai butiknya itu.

          “Kalau ada apa-apa masalah, boleh panggil abang guard kat sana. Dia jaga tingkat dua dengan tingkat tiga malam ni.” Pesan Pak cik Guard itu kepada mereka berdua.

          “Okay pak cik, terima kasih.” Serentak Laura dan Shakira membalasnya.

          Mereka berdua terus bergegas ke tempat kedai butik yang berada di tingkat dua itu.

 

Previous: Bab 57
Next: Bab 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.