Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 56




Cuba untuk tenangkan diri.

          Tetapi, fikiran Faila asyik mengingati ibunya sahaja.

          Makin resah.

          Faila hanya mampu bermundar-mandir sahaja di halaman rumah ibunya itu.

          “Aku kena cari juga ibu ni. Daripada aku fikir yang bukan-bukan, lebih baik aku cari ibu.” Faila terus mengunci rumah lalu diaterfikir akan sesuatu perkara.

          “Tapi, aku nak cari kat mana?” Faila mengcekak pinggang lalu dia melihat kiri dan kanan kawasan perumahannya itu.

          “Ahh, tak kisahlah. Janji cari. Ibu, tunggu Faila.” Faila segera menaiki keretanya itu lalu menghidupkan enjin kereta untuk beredar dari kawasan perumahannya.

           Faila mula menjadi tidak tentu arah. Sudah merata-rata tempat dia mencari ibunya tetapi masih lagi tidak dijumpainya. Orang-orang awam pun tidak mengenali ibunya atau menjumpai setelah ditunjukkan sekeping gambar wajah ibunya itu.

          Tiga puluh minit sudah berlalu. Dia ingin sahaja mahu menjerit dan menangis. Tetapi, dia masih lagi menahan dirinya itu.

          “Aee mak!”

          Gegaran telefon pintarnya sudah mengejutkan dirinya itu. Mula melihat di kaca skrin telefonnya itu. Melihat dengan teliti.

          “Siapa ni?”

          Kerut dahi Faila apabila melihat nombor yang tidak dikenalinya itu sedang memanggilnya.

          Berasa ragu-ragu untuk mengangkat panggilan tersebut.

          Tanpa berfikir panjang, dia terus mengangkat panggilan yang tidak dikenalinya itu.

          “Hello.”

          “Hello. Ini anak kepada Puan Amira ke?”

          “Ye, saya. Saya anak dia. Kenapa dengan ibu saya. Awak ni call dari mana?” Gelabah Faila seketika.

          “Saya Doktor Neeta. Harap Cik bersabar. Ibu Cik baik-baik saja. Dia sekarang tengah terima rawatan dari hospital.”

          “Syukurlah.”

          “Kalau macam tu, Cik datang ke hospital dengan segera ye.”

          “Okay, Doktor. Saya segera ke sana. Terima kasih kerana maklumkan kepada saya.”

          “Sama-sama.”

          Faila meletakkan panggilan tersebut. Dia menghelakan nafas lega apabila mendapati ibunya dalam keadaan baik-baik sahaja.

          Beberapa minit kemudian, Faila sudah sampai ke hospital dengan tergesa-gesanya dia menuju ke kaunter pertanyaan.

          “Maaf. Selamat petang.”

          “Selamat petang, Cik. Ada apa yang boleh kami bantu?” Balas salah seorang jururawat perempuan yang berada di dalam kaunter itu.

          “Boleh saya tahu, Puan Amira Binti Karim diwadkan di bilik mana?” Tanya Faila.

          “Sekejap ye, Cik.”

          “Okay.” Faila hanya memerhatikan sahaja gerak langkah jururawat perempuan itu yang sedang mencari maklumat pesakit di Dalam sistem mereka.

          “Puan Amira Binti Karim. Dan Cik..”

          “Saya anak dia.” Celah Faila.

          “Okay, Cik. Sila isi borang dulu. Dan wad Puan Amira di tingkat 4, bilik nombor 5.”

          “Okay, terima kasih.” Faila terus mengisi borang hospital tersebut dengan segera.

          “Okay, dah siap. Kat area ni ke?” FAILA menunjukkan jalan di hadapannya itu.

          “ye, Cik. Terus saja.”

          “Terima kasih.” Tanpa membuang masa, Faila terus ke tingkat 4 dengan menggunakan lift hospital itu.

          Mula mencari bilik nombor 5.

          “Nombor lima, nombor lima. Okay, yang ni.” Belum sempat dia mahu membuka pintu bilik itu, ada seseorang yang telah menghalangnya untuk memasuki ke dalam bilik tersebut.

          Faila tergamam.

          “Maaf, Cik. Doktor tengah rawat pesakit. Dia cakap jangan bagi sesiapa masuk dulu.” Jawab Faris.

          “Ouh, ye ke.” Faila hanya menyentuh lembut sahaja pintu bilik wad itu.

          “Maaf, kalau saya tanya.”

          Faila hanya memandang ke arah lelaki itu.

          “Awak ni anak dia ke?” Tanya Faris seketika.

          “Ye. Saya anak dia. Puas saya cari ibu. Nasib baik Doktor call saya. Kalau tak, saya tak tahu lagi nak cari ibu kat mana.” Tanpa disedari, air mata Faila mula mengalir ke pipinya.

          “Sabar awak. Biar doktor rawat dulu. Saya pun tengah tunggu jawapan dari Doktor ni.” Faris menjadi serba salah seketika.

          Faila memandang kembali ke arah lelaki yang dia tidak pernah kenal selama ini.

          “Awak jangan salah faham. Saya yang bawa ibu awak ke hospital. Sebab dia pengsan di tengah jalan.” Jelas Faris seketika.

          “Astagfirullah Al-Adzim. Dia pengsan.” Faila terkejut seketika lalu dia tersandang di dinding kerana anggota badannya mula menjadi lemah.

          “Awak, sabar awak. Saya pun risau juga ni. Doktor pun belum bagitahu apa-apa lagi. Kita doa banyak-banyak ye, biar ibu awak cepat sembuh.” Pujuk Faris seketika kepada perempuan yang dia tidak dikenali itu.

          “Terima kasih. Sebab bawa ibu saya sampai ke sini.”

          “Tak ada apa pun. Saya akan tolong selagi saya mampu. InsyaAllah, ibu awak akan cepat sembuh. Duduklah dulu.” Ajak Faris.

          Faila hanya menganggukkannya sahaja.

          “Tak apalah, awak baliklah. Terima kasih sebab tunggu ibu saya.”

          “Ehh, tak apalah. Saya okay je. Lagi pun, hati saya takkan tenang selagi ibu awak tak sedarkan diri. Tak pun, saya nak dengar juga apa kata Doktor. Tak apa, kan?” Faris mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Saya tak kisah pun kalau awak nak tunggu.Tapi, nanti ada orang menunggu awak kat rumah. Nanti diorang risau pula.” Faila hanya mengungkapkannya.

          “Ouh. Family saya kat Pahang. Kat sini, saya duk rumah sewa je, dengan member.” Jawab Faris.

          Faila hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

          “Ehh, lupa nak kenalkan diri. Saya Faris. Awak?”

          “Saya Aifaila.”

          “Apa ‘I’.” Kerut dahi Faris yang ingin Cuba untuk menyebut nama perempuan yang baru sahaja dia kenal itu.

“A, i, f, a, i, l, a. Aifaila.” Faila tergelaksedikit apabila lelaki yang baru dia kenal itu sudah mula terkial-kial apabila mahu menyembut namanya.

          “Oooohhh. Aifaila. Sedap nama tu.” Puji Faris sambil dia tersenyum-senyum malu.

          Gelak Faila sahaja.

          “Panggil je Faila. Simple, kan.” Senyum FAILA lagi.

          “Okay, Faila.”

          “Okay, Faris.” Balas Faila.

          “Ehh, dia membalas pula.” Senyum Faris lagi.

          “Terima kasih.” Faila hanya tersenyum sahaja lalu dia melihat ke arah pintu bilik wad itu.

          Faris hanya memandang ke arah Faila sahaja.

          “Sama-sama, Faila.” Balas Faris.

 

Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.