Home Novel Cinta Back To February
Akhir

1:50 pm


waktu pulang. Aku menunggu Zafril di tempat menunggu bas. Dari tadi aku rasa gelisah semacam.


"Apa aku ni? Tak pernah-pernah rasa macam ni." Aku rapikan rambut aku yang mula serabai.


"Ok. Rasa-rasanya dia ada nak cakap apa-apa tak?" Tia bercakap seorang diri.


"Dia nak terus terang ke? Ke dia nak cakap yang dia dah ada orang lain yang dia suka? Eh tak akan lah. Dia tu pemalu."


"Kau ni memang suka cakap sorang-sorang ke?" Zafril melihat aku atas bawah.


Tangan dia letakkan atas dahi aku.


"Hmm tak panas. Tak fahamlah kenapa perempuan cantik macam kau ni suka cakap sorang-sorang. Ke kau gila?" Tangan dia turunkan lalu pergi.


"Aah. Aku gilakan kau. Eh kejap. Dia cakap aku cantik?" Aku tepuk-tepuk muka aku.


"Kau cakap aku cantik?" Aku menarik beg galasnya.


"Bila?" Zafril buat muka selamba.


"Tadi."


"Yeke? Kau salah dengar kut."


Aku mula pelik. Dia kenakan aku lagi ke? Zafril hanya senyum.


"Cepatlah." Jerit Zafril. Bila lihat aku hanya termenung.


Kami berjalan bersebelahan. Kadang kala lengan kami tersentuh satu sama lain. Buatkan aku rasa malu pula. Tapi muka Zafril macam tak ada perasaan. Selamba badak je aku tengok.


"Aku nak tanya kau lah. Tapi ni last. Lepas ni aku dah tak akan tanya lagi dah."


Zafril hanya diam.


"Kau still suka aku lagi?" Mata aku kadang-kadang memandang dia.


Krik! Krik!


"Dah agak dah. Kau mesti tak nak jawab." Mengeluh.


"Aku takut aku akan tinggalkan kau lagi macam dulu." Zafril berkata.


"Huh?"


"Sebenarnya, aku masih sukakan kau lagi. Tapi cuma takut. Aku takut bila aku cakap aku suka kau, tiba-tiba aku tinggalkan kau tanpa kata. Aku tak nak sakitkan kau lagi."


Aku tarik nafas dan hembus.


"Kau tahu Zafril. Jujurlah memang aku sedih, hati aku terlampau sakit masa tu. Pertama kali kita nak keluar, tiba-tiba kau tak munculkan diri. Tapi aku cuba juga fikir positif supaya tak salahkan kau sepenuhnya. Dan kau ada alasan sendiri bukannya sengaja. Kan?" Aku senyum.


Zafril mengangguk.


"Tapikan, kenapa kau sanggup tunggu sejauh ni?" Zafril memandang aku.


Angin mula kuat menghembus menandakan hujan akan tiba.


"Entah lah. Mungkin sebab dulu bila aku tak ada kawan. Aku selalu pandang kau. Kau gelak kau ketawa. Rupanya ada wajah ceria disebalik muka bersahaja kau tu. Walaupun aku selalu di herdik di benci. Tapi kau buatkan aku semangat nak ke sekolah. Dan aku harap aku akan sentiasa dapat lihat kau senyum."


Zafril senyum.


"Tapi tu dulu, sekarang kau dah ada kawan, jadi kau dah tak perlukan aku kan?"


Aku jadi terdiam seketika bila dia cakap macam tu.


"Tak lah. Aku masih perlukan kau lagi."


"Untuk apa?"


Aku lajukan langkah aku dan berhenti betul-betul hadapan Zafril.


"Untuk kita kembali ke febuari yang lalu?"


Zafril hanya merenung aku.


"Aku nak teruskan hubungan kita yang tergantung dulu."


Tolonglah Zafril say something.


Jari Zafril dijentikkan pada dahi aku.


"Esok dekat bandar ada karnival. Nak pergi?" Zafril bertanya.


Soalan yang sama seperti dulu. Permulaan kita kenal dan kali ni kita akan sambung semula tanpa pengakhiran.


Ayat dia buatkan aku sebak. Aku mengangguk dan senyum.


"Kali ni biar aku sendiri yang genggam tangan kau untuk kembali ke febuari yang lalu. Tanpa biarkan kau seorang diri lagi. Dan aku akan betulkan semula dari permulaan kita bersama sampailah akhirnya kisah kita." Zafril berkata.


Jari kelingking kami berpaut antara satu sama lain.


"Janji."


Hujan mula lebat. Kami terus berlari berteduh di pondok berhampiran.


Aku dan Zafril mula merasakan titisan hujan bersama mengingatkan pertama kali kami bertentangan. Kami Sama-sama mengimbau kenangan dan sama-sama membuat kenangan. Semuanya kisah kami bermula pada febuari.


'Bolehkah kita kembali ke febuari?' -Tia


'Kali ni biar aku sendiri yang genggam tangan kau untuk ke febuari yang lalu.' -Zafril


-TAMAT-


Previous: Bab 34
Next: EXTRA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.