Home Novel Cinta Andai Ku Tahu
Andai Ku Tahu
abbie castelli
22/5/2019 18:11:21
17,956
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

Telefon Abdul Qayyum berbunyi. Dia mengerling arah jam di tangannya.Sudah pukul 6.30 petang. Ikut hatinya dia malas nak menjawab. Tetapi jarangpula Camelia menelefonnya di waktu itu melainkan ada hal penting.

“You, you penat ke.. jom kita pergi melawat mama nak?”

“Sekarang?”

“Ye.. mama sakit pagi tadi..”

“You tak bagi tahu?”

“I tak nak susahkan you.. you kan ada masalah kat tapakprojek tu..konkrit runtuh kan pagi tadi?”

“Hmm.. okayy..” memikirkan dia sudah selesaikan masalah ditempat kerjanya Abdul Qayyum kedengaran agak tenang. “Pukul berapa nak pergi?”

“Sekaranglah.. I dah balik rumah nak siap pergi sana..”

“Tunggu I sampai, I solat di sini kejap. Kita pergi terus.”

Tanpa disedarinya, bibirnya tersenyum lebar. Tak sangkaAbdul Qayyum akan bersetuju untuk mengikutnya ke rumah ibunya.

 

Rumah sebuah-sebuah di situ kebanyakannya tidak ada penghuni.Kerana kedudukan kawasan yang tidak banyak pembangunan, rata-rata yang tinggaldi situ bekerja di Kuala Lumpur atau Seremban. Norul Ain dan suaminya memilihtinggal di sana kerana menjangkakan kawasan itu akan meningkat harganya bertahunyang lalu tetapi spekulasinya tidak tepat kerana beberapa projek tidak berlakuseperti yang dijangkakan. Oleh kerana itu dia dan suaminya menetap di situ teruskerana malas nak memikirkan untuk mencari kawasan lain yang harganya sudahsemakin meningkat. Tambahan pula masa itu anak-anak mereka yang bertiga itumasih bersekolah.

Sesampai di perkarangan rumah Norul Ain, Camelia dapat lihatkereta Lily ada di laman rumah. Ketika enjin kereta Honda Abdul Qayyumberhenti, jelas kedengaran suara riuh bercakap dengan Lily.

“Hmm.. bukan you kata mama you sakit?” tanya Abdul Qayyum.

Camelia terkedip-kedip tidak berkata apa-apa kerana agakterkejut disoal Abdul Qayyum. Dia mengambil masa beberapa ketika untuk memikirkanjawapan yang sesuai.

“Er..syukur lah mama tak apa-apa..tadi pagi kan I cakaptadi.. dia terjatuh..”

Abdul Qayyum mengangguk perlahan. Mujur juga, kalau tidaklagi susah, fikirnya. Sudahlah perut Camelia semakin membesar. Mana dia nakfikirkan tentang menjaga diri sendiri, apa lagi jika mama nya jatuh sakit.  Camelia anak bongsu yang amat rapat denganibunya.

Belum sempat mereka memberi salam…

“Eh mama.. Lia dah sampai..” Lily menjengul kepalanyadi tingkap rumah.


“Haa jemput dia orang masuk Lily.. mama tak boleh gerak ni..”ujar mamanya.

“Mamaaaaa…” Camelia menerpa ke arah ibunya yang sedang dudukmenonton televisyen.

“Lia..mama okay..” mamanya menyahut. “Terima kasih kat kawanLia tu dia tolong bawa mama pegi klinik..”

“Jemima?” tanya Camelia sebak. “Dia memang baik kan mama?”

Puan Norul Ain mengangguk sambil melambai menyuruh mereka duduk.

“Kaki mama okay ke?”

“Bukan kaki, punggung mama terhentak..” Puan Norul Ainketawa kecil. Malu mahu bercerita lebih-lebih di depan Abdul Qayyum.

“Kak Lily datang sorang ke..” tanya Camelia. Dia harapdapatlah Abdul Qayyum berbaik dengan Dr Afieq suami Lily.

“Dia on call kat hospital..” balas Lily. “Ingatkan tadi naksuruh dia check kan mama..”

“Ehh tak apa lah.. kau orang kan sibuk-sibuk semuanya.. mamatak mahu susahkan sebenarnya..tapi.. tadi mama memang takut sebab mama terjatuhkuat sangat..nak juga check doktor..”

“Mama ni..risau tau Lia. Tadi Lia tak dapat balik belah pagisampai petang boss Lia baru balik dan ada banyak kerja..”

“Heh tak apa lah.. Jemima sampai pukul 9.30 terus dia ketukpintu. Mama boleh gerak sikit mama buka lah pintu.. lepas tu dia bawa mamapergi klinik..”

Camelia dan Abdul Qayyum berpandangan.

“Bagus, kan kawan I?” tanyanya.

Abdul Qayyum tidak menjawab terus. Dia kelihatan berfikirseketika sebelum bercakap. 

“Lain kali kena ada SOP jika mama sakit ke apa, sebab jikaada kecemasan nanti kesian mama jika tak ada orang dapat hantar ke klinik,macam mana?”

“SOP lah pulak.. tak apa lah.. “ ketawa Puan Norul Ainapabila mendengarkan cadangan Abdul Qayyum. “Dah biasa sangat dengan prosedurya.. hmm. Yang pentingnya kita kena kenal jiran tetangga.. mama kat sini dahtak ada jiran.. rumah sebelah paling dekat ni pun, anak cucu dia pun semua katKL.. kalau papa ada tak susah pun, mama boleh je pergi klinik dengan papa..”panjang lebar Norul Ain menerangkan keadaan.

“So mama, doktor cakap apa?”

“Mujur lah mama pergi cepat..doktor kata kalau dibiarkanmama boleh kena minor stroke sebab terjatuh tu..”

“Mama jatuh terduduk ke tu?” tanya Abdul Qayyum.

“Ye lah.. tu mama takut sebab kuat juga kan..”

“Tapi tadi mama tak muntah atau apa-apa, kan?” tanya Lily.

“Mama sakit lah kat belakang ni,” Puan Norul Ainmenunjuk bahagian pelvisnya.

“Tu doktor cakap, takut ada minor stroke..” kata Camelia. “Alhamdulillahtak ada apa-apa, kan?”

 

“Macam pernah tengoklah kawan Lia tu..” kata Puan Norul,sambil bergerak perlahan ke arah ruang makan dekat sebelah ruang tamu di manadia duduk menonton televisyen tadi.

“Hmm. Dia sama sekolah dengan Lia dulu.. “ jawab Camelia, mengekorinya.

“Lawa orangnya kan.. masa sekolah mana sama dengan Lia.. diayang jadi pengapit Lia, kan..tapi mama tak ingat pun dia sekolah mana?”

“Ala mama ni.. masa Lia SPM dia rapat dengan Lia…masa Lianikah dulu kan dia duduk sebelah Lia.. mama tak ingat ke?”

“Ingat, tapi kan masa tu.. mama pun macam tak sempat nakfikir..” Puan Norul Ain terasa malu kerana terkenangkan dia sudah terlupadengan pengapit anak bongsunya. Masa itu dia sibuk risaukan tentang kedatangandan kemunculan Abdul Qayyum.

“Suaminya di mana?” tanya Puan Norul Ain.

“Outstation agaknya..dia datang sendirian ke mama?”

“Hah ah..dia kata anaknya di sekolah.. hmm.. mama pun takbertanya sangat sebab mama tak berapa sedap badan pagi tadi..”

“Kesian dia tu.. tak kerja mama.. pada hal dia ada sijilkulinari kalau tak silap Lia..”

“Hmmm pandai masak agaknya ye? Patutnya boleh lah buat niagaapa-apa.. muda-muda tak kerja, lain la macam mama ni dah pencen..”

“Suami dia kaya kot mama..”

“Tapi mama tengok dia baik sanggup datang tolong mama..tapiwajah dia macam agak sedih lah mama rasa…kenapa dia tak kerja? Lia tak ajak diakerja ke dekat ofis Lia?”

“Ehh mama ni.. suami dia tak bagi kerja kot sebab nak jimatkos..anak dia kan dah dua orang.. Lia punya ofis tu dah terlebih orang.. silapharibulan kena buang ada. Zaman meleset ni, projek pembangunan syarikat pun takbanyak mana..mujur saja ada projek  perumahan yang agak besar tu.. lepas tu entahlah.. land bank pun dah nak pupus..”

“Ofis Qayyum? Tak ada nak pakai orang?” tanya Lily. “Akakkerja sekolah, nak ajak-ajak orang masuk, tak mungkin lah..di luar kuasa akak…hehe..”

Abdul Qayyum yang sedang duduk depan televisyen tersentakapabila namanya disebut. Dia menoleh arah anak beranak yang sedang berborak di ruangmakan yang berdekatan dengan ruang tamu.  

“Ha ah you.. you punya ofis kan buat tallest tower ..tak kantak de kerja kosong nak bagi kat kawan Lia tu..” pujuk Camelia.

Abdul Qayyum tersenyum tawar. “Kerja kat tapak pembinaan,sapa mau kan?”

“You nak tak Jemima kerja kat ofis you?” tanya Camelia.

Abdul Qayyum malas nak menjawab. “Ini soalanperangkap ke atau you betul2 nak tahu?” tanyanya tiba-tiba.

“Perangkap apanya? Kan dia BFF i..dia je kawan yang tolong Itadi..”

“You memang nak suruh dia kerja kat tempat I kerja?” tanyaAbdul Qayyum, wajahnya nampak kehairanan.

“Dia kan baik.. dia boleh tengok kan you.. suami dia kerapoutstation dia bosan, kesian dia..”

“Dia suruh ke you yang pandai-pandai ni..” tanya AbdulQayyum ketawa kecil.

“Alaa kan dia dah tolong mama.. tanya je lah, kot dianak..jika ada kosong..” sampuk Lily.

“Kerja apa dgn sijil kulinari kat tapak pembinaan?” tanyaAbdul Qayyum tersenyum.

“Tea lady?” tanya Camelia tersengih.

“Amboi tak baik nya..nak buat lawak pulak Lia ni.. kan kawantu tolong mama tadi..” Puan Norul Ain menyampuk.

“Tak lah..bagi saja lah apa2 kerja.. kalau ada, nanti Liatanya lah dia nak ke..” Camelia memandang Abdul Qayyum.

Abdul Qayyum tidak menjawap. Matanya tidak berganjakdaripada skrin telefonnya sekarang.

Main game lah tu, fikir Camelia mulai rasa gelisah.

“You…you tanya kan nanti tau,” dia datang dekat dengan AbdulQayyum.

“You tanya opis you lah dulu…” jawab AbdulQayyum acuh tak acuh. “Dan paling utama, tanya lah dia dulu, entah-entah dialagi suka duduk kat rumah..”


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh abbie castelli