Home Novel Cinta Andai Ku Tahu
Andai Ku Tahu
abbie castelli
22/5/2019 18:11:21
17,930
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

Usai bersalin kehidupannya berubah menjadi amat sibuk melayan dua orang bayi itu. Walaupun sedang dalam pantang, dia amat lasak ke sana ke mari menyiapkan susu dan sebagainya.

Abdul Qayyum memangmenunaikan kata-katanya, dia tidak banyak menolong sebagaimana yang dikatakan dulu. Dia hanya melayan bayi itu ketika mereka sudah wangi. Lain daripada itu,bab basuh najis dan mandikan bayi dilepaskan kepada Camelia. Mujur Camelia sudah menempah seorang bidan membantunya di rumah. Walaupun mamanya mahu membantu,dek kerana telah berjanji dengan Abdul Qayyum dia terpaksa menolak kehendak Puan Norul Ain.

“Apa?? Qayyum tak benarkan mama datang bantu Lia?” hampir sahaja Puan Norul Ain terjerit di skrin telefon.

“Ehh bukan macam tu mama.. dia tak mahu susahkan mama..itu prinsip dia..”

“Hmm tak apa.. mama yang mahu nak jaga bayi-bayi tu.. tak boleh?”

“Tak perlu ma..mama duduk rehat je di rumah.. kan mama pun tak berapa sihat? Bila ada masa nantiLia bawa babies ni ke rumah sana. Lia terpaksa offline sekarang.. nak pump susu Lia..” dia memujuk Puan Norul Ain. Rasa ketat di dadanya macam mahu pecah kerana terlampau banyak susu belum diperah. Bayi-bayi pula sedang lena tidur.Memang lah dia tak mahu kejutkan, jika dah bangun alamatnya dia sendiri tak boleh buat apa-apa. Satu mula berbunyi uwekkk uweekkk.. satu lagi mengiakngiakk..sekali sekala rasa macam hiburan.. yang dia tak tahan apabila berlaku pada tengah malam.. mujurlah tidak kerap berlaku begitu. Yang peliknya, bila bayi-bayi itu tidak menangis atau melalak, dia macam rasa sepi pula. Betapa kontradiksinya keadaan itu. Itu lah keajaiban bayi-bayi, bising atau buat apa pun yang jengkel tetap sesuatu yang diraikan. Semakin meningkat usia semua kelonggaran itu kian menjadi ketat. Apa jua yang dilakukan menjadi sesuatu perkara yang menjadi kecaman atau hinaan orang jika tidak dijaga sebaiknya. Camelia tersengih sendiri memikirkan perubahan ketara tanggapan manusia itu. Begitulah putaran kehidupan, fikirnya.

Jika menurut karekternya yang sebenar, memang dia bukanlah seorang yang paling penyabar dan mamanya cukup faham dengan sikapnya yang kerap muncung dan mengamuk apabila sesuatu tidak mengikut perancangannya. Demi keharmonian rumahtangga mereka, Camelia kerap beralah dan menyimpan sahaja kemarahan. Sambil dia cuba mencari-cari jalan untuk tidak menyemarakkan kemarahan dalam hatinya sendiri. Namun sekam itu membakar dalam perlahan. Dan terbakarnya diri kerap tidak disedari. Api kemarahannya dipadam dengan memujuk dirinya sambil bersyukur dengan semua yang dikecapinya. Dia mahu rumahtangganya kekal sehingga mereka di hujung usia, sebagaimana ibubapanya. Buruk baik pasangannya dia mahu terima asalkan Abdul Qayyum setia dengan rumahtangga mereka. Dia tidak mahu pecah belah dan tidak akan membiarkan anak-anaknya menerima nasib buruk. Dia tahu itulah misi hidupnya sekarang.Wajah bayi-bayi comel itu ditenungnya penuh kasih sayang. 

“You..you lambat lagi balik ke?” dia menghantar mesej wasap ke telefon Abdul Qayyum.

Blue tick.

Dia menunggu jawapan Abdul Qayyum. Tetapi…setelah 10 minit, masih tiada balasan.

Jam antik didindingnya berbunyi TANG TANG TANG.. dua belas kali..dia menguap. Masih tidak balik lagi Abdul Qayyum? Dia membaringkan diri di katil. Fikiran menerawang memikirkan kemungkinan apa yang mungkin sedang dilakukan Abdul Qayyum pada waktu selewatini di tapak pembinaan?

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh abbie castelli