Home Novel Cinta Andai Ku Tahu
Andai Ku Tahu
abbie castelli
22/5/2019 18:11:21
17,931
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Hari itu dia ambil cuti untuk buat pemeriksaan. Dia memandu kereta Honda CRV model terbaru warna kelabu kepunyaan Abdul Qayyum.  Kereta baru itu masih belum hilang bau wanginya dan dia amat gembira apabila Abdul Qayyum yang telah mendapat pangkat baru sebagai Pengurus Projek di syarikatnya, membenarkan dia menggunakan kereta persendiriannya itu. Kereta myVi kuningnya sudah disimpannya untuk keperluan ke pasar sahaja.

Dia melangkah perlahan-lahan dan berhati-hati menaiki tangga ke poliklinik itu. Langkahnya terhenti seketika apabila ada seseorang memanggilnya.

“Camelia..” terdengar di gegendangnya, suara yang amat dikenalinya.

Dia menoleh dan menjerit kegembiraan apabila ternampak wajah Jemima.

“Babe…apa you buat kat sini?” jeritnya mesra.

Jemima berlari-lari anak ke arah Camelia. Lelaki yang bersamanya ditinggalkan terpacak di landai tangga itu.

“I nak buat check up..” dia menerangkan tanpa ditanya Jemima. Tangannya mengusap perutnya sambil tersenyum gembira.

“Expecting ke?” tanya Jemima. Wajahnya kelihatan teruja.

“Hmm.. harap-harap begitu lah..”

“I baru habis check up..I tak berapa sihat…” kata Jemima.Nada suaranya mendatar. Dia menoleh ke arah lelaki yang sedang menaiki anak tangga ke arahnya. “Nanti kita jumpalah?”

Camelia senyum tak sabar untuk bercerita lagi tapi nampaknyaJemima mahu segera beredar pergi.

“Hey, wasap lah bila free? Busy saja memanjang you ni..”  katanya terus terang.

“Okay.. nanti kita jumpa..you  pun sibuk je berulit dengan suami you..maklumlah dapat orang hensem..” kata Jemima melawak.

“Hmm.. alahh apa kurangnya cik hubby you tu.”

Ketika itu lelaki yang bersama Jemima sudah sampai dibelakangnya.

“Tariq..” dia menghulur tangan kepada Camelia.

Camelia menyambut salaman lelaki itu walaupun agak serba salah kerana jarang benar dia bersalaman dengan bukan mahram kecuali dalam kes-kes dia terpaksa untuk menjaga hati pihak yang menghulur salam.

“I pergi dulu okay babe.. “ Jemima meminta diri sambil menarik tangan lelaki itu.

“Okay Mim… jgn lupa roger I tau?” balas Camelia.Kepalanya bersimpang siur dengan beberapa persoalan. Suami Jemima kah itu? Atau…dia agak keliru kerana sepanjang ingatannya wajah lain yang pernah ditunjukoleh Jemima dalam handphone nya semasa mereka bertemu sebelum dia melangsungkan pernikahan. Mungkin saudara maranya..husnudzon saja lah. Dia pun masuk ke klinik. Tidak sabar mahu mendapat kepastian dari doctor tentang garis biru yang dikesan pada ujian kehamilannya
Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh abbie castelli