Home Novel Cinta I Love You 3000 (Terbitan ZHR)
Bab 25

BAB 25

“KAU betul tak nak aku teman? Serius nak suruh aku balik?” soal Emma selepas Iman memberhentikan kenderaannya di hadapan rumah baba dan bonda.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Aku boleh hadap sendiri si bapak singa itu. Lama aku merenung ke arah suasana rumah itu. Sepertinya bakal terjadi sesuatu. Kereta baba dan bonda tidak kelihatan. Bermakna mereka belum balik.

“Rai pergi dulu, angah. Emma, aku gerak dulu. Apa-apa aku roger kau okey? Jangan risau. Aku okey.”

Emma melepaskah keluhan kecil. Aku tahu dia sangat merisaukan sahabatnya ini tapi aku memang yakin yang aku boleh hadap si ‘abang’ tu sendiri. Dah biasa. Aku mengucup tangan Iman dan memeluk tubuh Emma sekejap sebelum melangkah keluar dari perut kereta.  

TING TONG!

Krek...

Aku mendongakkan kepala. Mata terpaku pada susuk tubuh yang mencemarkan pandangan aku. Kenapa dia mesti ada di rumah ini? Dah tak ada rumah dah ke? Jadi gelandangan yang menumpang rumah orang? Tak tahu malu betul. Sudahlah perangai macam.... Tak tahulah aku nak cakap perangai apa. Nak cakap binatang. Aku rasa binatang lagi mulia dari dia.

“You! Adik you dah sampai!”

Aduh.... Perlu ke nak jerit bagai? Burung gagak pun lagi sedap bila berbunyi. Dengar suara dia ni, burung gagak yang tengah terbang tu pun boleh jatuh pengsan tak pun maut terus.

“Bagus!” Kedengaran suara Rayyan yang sedang berdiri di sebalik dinding dapur sambil menyisip secawan air.

Tanpa berlengah, aku terus melangkah masuk. Selit saja tepi minah ni. Eh silap, hantu Kak Limah ni. Setia betul dia ikut balik sampai ke rumah. Kena buat kenduri doa selamat ni. Bahaya rumah ni dah ada penunggu. Tak fasal-fasal nanti kena rasuk. Sia-sia aje....

“Eh, eh kau nak pergi mana?” Rayyan menarik lengan aku dari terus mendaki tangga.

“Eii! Lepaslah gila!” Aku merentap lengan aku dan menolak bahunya kasar. Aku sendiri pun tak tahu datang mana keberanian aku untuk berbuat sedemikian. Mungkin aku dah lama bersabar tapi kali ni dia dah menguji kesabaran aku tahap yang paling tinggi.

“Melawan kau eh! Melawan!”

Tubuh aku diheret olehnya dan ditolak ke sofa. Terhenyak kasar tubuh aku di atas sofa. Serena berdiri di belakang Rayyan sambil berpeluk tubuh. Berlagak sangat muka dia! Aku pula rasa nak hempuk dengan batu lesung!

“Sakitlah! Kau apa hal nak berkasar dengan aku? Aku dah balik sebelum baba dan bonda balikkan? Apa yang kau nak lagi? Apa lagi kau tak puas hati?”

Dalam sejarah hidup aku, inilah kali pertama aku meninggikan suara sehingga bergema-gema segenap ruangan ruang tamu itu. Siapa suruh uji kesabaran aku? Ingat aku ni apa? Senang-senang nak pijak? Boleh blahlah!

“Woi! Perempuan sundal! Kau tak payah nak terpekik-terlolong. Kau jangan sampai aku telefon Ezra suruh rogol kau lagi! Kau nak? Sedapkan kau mendapat hari tu!”

Aku terkesima. Serena sudah terbahak-bahak melepaskan tawa. Aku tak tahu apa yang lawak sangat. Mungkin dia kena sampuk dengan hantu Kak Limah itu. Okey. Berbalik pada tadi, maknanya selama ini memang betullah sangkaan aku? Semua ni kerja Rayyan? 

“Jadi, selama ni memang kerja kaulah? Kau dengan Ezra memang berkawan? Kau yang suruh Ezra rogol aku ke malam tu?” tempik aku.

Rayyan tersenyum sinis seraya menganggukkan kepalanya beberapa kali. Tangan ditepuk-tepuk seperti baru lepas saja menonton persembahan pentas. Aku terus bangun dan berdiri tegak menghadap mereka berdua yang sudah tiada sifat berperikemanusiaan. 

“Wah! Aku tak sangka yang aku ada abang sekejam kau!” Aku ketawa berdekit-dekit. Apa diaorang ingat, diaorang aje boleh gelak? Aku pun bolehlah!

“Tak sangka. Kau dengan Ezra tu sama spesies. Aku mati-mati ingat Ezra tu baik. Banyak kali aku puji dia. Dah selayaknya aku tarik pujian tu semula. Serena, aku nak pesan dekat kau ni. Hati-hati tau. Rayyan tu tak seperti yang kau sangka. Kau tengok. Dia boleh buat aku. Apatah lagi kau kan?”

Membulat mata Serena memandang aku kemudian beralih ke arah Rayyan.

“Eh, kau apa hal nak babitkan dia! Kau tu sedar diri sikit! Aku tak akan buat dekat dia macam mana aku buat dekat kau! Dia orang yang aku cinta. Kami dah nak berkahwin!”

Aku tersengih seraya menganggukkan kepala.

“Kahwin? Yakinnya kamu...” Beberapa kali aku menggelengkan kepala seraya tersengih.

“Macamlah baba restu, ya?” Tambah aku sekali gus memandang Serena dari atas sehingga bawah. Penampilan macam ni nak buat jadi menantu? Mahu baba yang jadi hantu!

“Kau apa hal nak cakap macam tu? Kau tak ada hak!” tempik Rayyan sambil mencengkam bahu aku.

Aku membiarkan saja. Sakit pada bahu tak boleh kalahkan sakit di dalam hati aku. Situasi ini akan aku ingat sampai mati sekalipun. Lelaki bernama Rayyan Husaini dan perempuan bernama Serena Shahar, tak akan aku lupa apa yang mereka dah buat dekat aku.

“Apa? Kau nak buat apa? Bunuh aku? Bunuhlah!”

Semakin kuat Rayyan mencengkam bahu aku. Aku rasa dah berbekas dah bahu aku ni dengan kuku dia. Sakit weyh! Tapi sedaya-upaya aku tahan. Cumanya air mata aku yang dah tak boleh tahan. Mengalir tanpa dipinta.

“Menangis? Sakit ke? Lemah!” hina Rayyan.

Aku tersenyum nipis.

“Aku lemah tapi aku tak ganggu hidup orang. Aku tak pernah ganggu hidup orang sekalipun. Tapi aku yang lemah ni juga orang nak ganggu. Nak tahu sebab apa? Sebab orang tu pengecut! Kau tu pengecut Rayyan! Kau suka ganggu hidup orang yang lemah! Kenapa kau tak ganggu hidup orang yang setaraf kau!” Aku nampak dia menggenggam penumbuknya sehingga uratnya tegang. Aku dah tak kisah dah kalau dia nak bunuh aku sekalipun!

“Bibik Rana! Bibik!” jerit aku dari jauh. Aku dah tekad. Mujur aku dah lama mengemas barang serta pakaian aku siap-siap sebab aku memang dah tekad untuk keluar dari rumah ini suatu hari nanti.

“Ya... ya, Cik Raihana...,” jawab bibik Raihana yang terkocoh-kocoh keluar dari dapur. Aku tahu dia dan bibik Melati mestinya mencuri-curi dengar.

“Masuk bilik Rai dan ambilkan bagasi bawa turun sini.”

Bibik Rana menganggukkan kepala lantas mendaki anak tangga. Rayyan memandang aku dengan pandangan tidak puas hati. Aku hanya menayangkan wajah selamba. Kosong. Sekosong jiwa aku kini. Serena? Pergi mati perempuan tu! Aku tak nak ambil tahu!

“Aku tak izinkan kau pergi selagi baba dengan bonda tak sampai!” tengkingnya.

Aku menggelengkan kepala. “Kenapa? Takut ke? Takut segala harta kau tu baba rampas? Aku ni memang kunci pemegang harta kau ke? Aku rasa aku manusia bukan kunci,” sindir aku cukup selamba. Kedua-dua belah tangannya aku tepis.

“Aazeen!” jeritnya sekuat hati.

Aku tersengih. Dia tak panggil aku dengan panggilan ‘Raihana’ sebab tu nama arwah adik dia.

“Ya saya?” sahut aku bersahaja.

“Kau memang tak cukup serik ke aku dah seksa hidup kau? Dari mula sampai akhir kau tak serik ke? Aku dah buat Adam tinggalkan kau melalui hasutan Serena! Aku dah suruh Ezra rapat dengan kau! Rogol kau! Malukan kau! Kau memang tak reti serik ke, hah!”

Aku terkesima. Dia punca aku dan Adam berpisah? Adam Harith yang dulunya pernah mendapat tempat pertama dalam hati aku. Rupa-rupanya dia dalang semua ini? Rayyan Husaini? Serena Shahar? Bermakna Serena memang dah lama kenal dia dari aku?

“Biy... kenapa...” Mungkin Serena sedar yang Rayyan sudah terlepas cakap, terus berubah air muka dia.

Aku masih lagi dalam keadaan tergamam. Terkedu. Terkejut. Terkesima. Semua perasaan itu sedang menyerang aku. Adam curang dengan aku. Ezra rogol aku. Semua berpunca dari dia? Ya Tuhan... sungguh berat ujianMu ini. Berilah aku kekuatan...



Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.