Home Novel Cinta Khas Buat Suraya Anne!
Khas Buat Suraya Anne!
kamika
3/2/2022 09:59:01
9,446
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Cursor pad di laptop disentuh. Perisian Genex Assistant terpapar. Sebentar tadi dia ke pantry bagi membancuh segelas minuman campuran oat dan beri. Ketika berada dirumah, sebelum bergegas ke tempat kerja, segelas minuman yang sama turut ditelan. Cukuplah buat mengalas perut. Tiba waktu rehat tengah hari nanti tahulah dia mengatur kembali diet yang tidak menentu itu.

"Anne, guna log files apa?" Soalan daripada Zamri membuatkan Suraya serta-merta menoleh.

"UE."

"Good. Nampaknya Anne ingat apa yang abang ajar."

Dia tidak menyahut sebaliknya hanya tersenyum tipis. Matanya kembali berlabuh kepada skrin laptop, melihat paparan windows yang telah di set kepada susunan horizontally. Jujukan bulatan kecil berwarna hijau gelap, hijau muda, jingga, kuning dan merah dalam salah satu kotak Windows yang terpapar merupakan parameter RSRP iaitu signal power yang diterima oleh UE. Signal yang diperolehi itu dikumpulkan oleh drive test engineer yang bertugas di lapangan. UE, iaitu User Equipment yang digunakan ketika on site adalah adalah seperti telefon pintar, tablet atau laptop yang disambungkan dengan mobile broadband adapter.

Suraya terasing dalam tugasan menyiapkan laporan. Laporan yang lain dari kebiasaan. Selalunya laporan yang dibuat adalah memasukkan screenshot yang dihantar oleh rakan sekumpulan yang on site ke dalam templat laporan yang disediakan. Ketika menyiapkan laporan itu semua sempat dia memasang angan-angan untuk berada di site dan melakukan task itu dengan kedua tangannya sendiri. Kali pertama dan terakhir dia turun ke site melebihi empat minggu yang lalu iaitu ketika dibawa oleh Zamri dahulu. Mengingati peristiwa itu membuatnya menggigit jari. Sudahlah Zamri tiba lewat setelah siap briefing, dia sendiri tidak dapat melaksanakan walau satu test pun disitu. Akhirnya dia cuma menjadi dikalangan pemerhati melihat dari jauh Dr. Adrian yang sedang dikeliling oleh bos-bos yang lain membuat beberapa test ke atas site itu. Saban hari dia ke pejabat dan mendapati tidak dua, pasti seseorang tiada didalam kumpulan itu. Tentunya mendapat arahan untuk turun ke site. Suraya menjeling meja kerja Hadi. Masih kosong sejak kedatangannya pagi tadi. Ken dan ahli kumpulannya yang tersendiri kekal di JB. Manakala Aidil sudah lima hari berturut-turut tiada. Dia pula? Menerima rough report yang dihantarkan oleh Zamri melalui email kemudian membuat full report untuk dihantar pula kepada Mr. Lee. Entah berapa kali hati dijentik cemburu melihat nama pada lampiran rough report itu. Satu pun namanya belum terukir. Kata Hadi, team mereka itu merupakan special team untuk diasah skill sebelum diserap ke bahagian tertentu. Satu minggu yang lalu dia telah dilatih oleh Zamri untuk membuat laporan menggunakan perisian itu semua. Permulaan yang agak berat dan terkial-kial namun, setelah difahami barulah terasa mudah. Walau pun begitu masih sering ditanyakan kepada Zamri sekiranya jalan buntu yang ditemui. Jikalau asyik terperap dipejabat membuat kerja-kerja dokumentasi Suraya pasti harapan untuk berkerja on site bakal terkubur.

'Arghhh!'

Susah hati pula memikirkan hal yang satu itu. Lirikan fokus pada Map Info Professional yang dibuka. Diperhati kawasan berkeluasan kira-kira dua kilometer persegi itu dengan teliti. Sebuah kawasan pinggir bandar yang agak padat. Laluan atau route yang dilalui oleh drive test engineer mengikut perancangan coordinator. Dia kembali melirik kepada paparan di Genex Assistant. Butang Play ditekan. Diam memerhati hasil drive test dihadapan matanya.

"So, what's your theory?"

Hampir tercabut jantung tatkala mendengar satu suara yang dirasakan dekat ditelinga. Dia berpaling. Tergamam. Adrenalin merusuh. Memerah. Wajah kembali menatap skrin. Butang Stop ditekan.

"In term of quality, 95% of the total route is good." ulasnya perlahan. Terlakar sedikit kebimbangan sekiranya ulasan itu silap.

"The remaining 5%?"

"Bad spot." jawabnya. Mata menatap skrin. Tubuh membeku.

"Maksud you?"

Dia diam sejenak. Memikir seandainya kemampuannya sedang diuji.

"Pilot pollution." sahutnya.

"Based on?"

"Non-dominant RSRP value."

"Tunjuk."

Suraya mengangkat tangan. Jari telunjuknya menyentuh skrin laptop dibahagian kawasan red spot kelihatan.

"Elaborate."

"Pilot pollution buatkan bacaan SINR lagi teruk. Kualiti network terkesan dan boleh jadi throughput juga terganggu." jelasnya. Memohon dalam diam hipotesis itu diterima.

"Kan ada serving cell tu?" Ujar Dr. Adrian.

"Yup. Tapi bukan site di dalam drive area. Dan serving pula dari side loob."

"Solutions?" Tanya Dr. Adrian lagi.

"Add dominant cell." ucapnya dengan yakin.

"Well done, Suraya. Unfortunately, you're wrong."

'Erk!'

Sekilas dia melayangkan pandangan ke arah lelaki yang sedang berdiri dibelakangnya sambil berpeluk tubuh yang turut memerhatikan skrin laptop.

"Power parameters. Reduce the overshooting cell power and add power to desire cell in coverage area." tutur Dr. Adrian.

'Oo...'

Satu  senyuman kelat terukir dibibir.

"Take your time to learn. But, be precise and never let yourself left behind. Time is ticking, Suraya." ucap lelaki dibelakangnya lagi. Dia memusingkan kerusi sembilan puluh darjah. Kepala didongak memandang lelaki itu yang nampak kemas dalam sehelai kemeja putih berlengan panjang yang dilipat lengannya ke paras siku dan sepasang jeans biru.

"Thanks for your advice, bos. I really appreciate it." tipis senyuman diberikan lantas dipusingkan kembali kerusi ke kedudukan asal dan meneruskan kerja yang tergendala buat seketika itu. Dia tidak pasti apakah niat lelaki itu datang menghampiri. Tetapi jelas beberapa pasang mata memerhati penuh minat akan adegan yang baru berlangsung antaranya dengan Dr. Adrian tadi.

"Zamri, may I know who asked you to make this report?"

Suraya buat-buat tidak dengar. Tekun menyambung kerja.

"Of course Mr. Lee.." sahut Zamri.

"Leave it this instant!!"

Dia tersentak. Jari jemari kaku tidak bergerak.

'Biar betul? Dah separuh kot aku buat ni.'

"Don't know, sir. Kami cuma ikut arahan." Dengan itu dia tidak lagi mendengar sebarang perbualan lagi. Sebaliknya dia mendengar pintu pejabat Mr. Lee ditutup dengan kuat. Tragedi yang membuatkan dirinya menjeruk perasaan sebal.

Tengah hari itu dia dikejutkan dengan panggilan daripada Amy dan Lisa yang bertugas dibahagian documentation. Terkapai-kapai dua sejoli itu melambai tangan memanggilnya. Sharon, yang bertugas sebagai setiausaha dijabatan itu turut ada. Suraya dipelawa untuk makan tengah hari bersama-sama. Sebuah warung yang agak tersorok yang berselindung dibelakang sebuah deretan shoplot dan bangunan-bangunan yang mencacak menjadi pilihan. Sebenarnya ia terletak tidak jauh pun dari pejabat. Hanya berjalan kaki sahaja untuk sampai ke situ. Meski warung nasi campur itu berada dikawasan yang agak terperuk, pelanggannya tidak pernah kurang. Sentiasa tidak cukup meja jika terlambat datang. Dia memilih untuk menikmati nasi putih berlaukkan ikan bakar dan sayur campur.

"Anne, tadi tu kenapa dengan Dr. Adrian?" tutur Lisa memulakan bicara setelah keempat-empat mereka duduk.

"Kenapa, kenapa pulak?"

Sejenak dia berhenti dari mengunyah lalu disoal kembali kerana tidak faham. Dia menyambung makan tanpa membuang masa. Lapar punya pasal. Lagipun perutnya sedang rancak berkaraoke ketika itu.

"Laa.. Belum pernah kitorang dengar dia hempas pintu tau." Sharon menyampuk.

"Kan? Biasanya Dr. Adrian tu orangnya cool aje. Sejuk mata memandang." celah Amy. Dia tetap dengan kunyahan. Suapan demi suapan. Kepala pun tidak diangkat. Tumpuan hanya kepada makanan.

"Hisy, kitorang bercakap ni dia relaks je makan." tegur Lisa.

"Lapar." ringkas disahut sebelum kembali mengunyah lagi. Sharon menggeleng sambil tertawa geli hati.

"Kesian korang. Nak korek rahsia last last tak dilayan." kata Sharon. Suraya menjungkitkan bahu. Dalam masa sepuluh minit pinggan dan gelas minumannya kosong. Dia tersandar kekenyangan.

"Anne, dengarlah apa aku nak tanya ni." getus Amy seakan memaksa. Dia melirik ke arah gadis genit yang sebaya dengannya itu. Gayanya sofistikated. Mengenakan shawl hitam yang melilit dikepala yang menampakkan batang leher dan menonjolkan sedikit jambul serta cuping telinga. Dua bentuk anting-anting tersembul keluar. Busana blouse dengan labuci bergemerlapan di bahagian lengan dan sepasang slack turut berwarna hitam. Berbeza pula dengan Lisa yang lebih gemarkan gaya kasual sepertinya. Tetapi gadis itu lebih suka mengenakan tudung bawal bercorak abstrak. Setiap hari trademark itu pasti digayakan oleh Lisa.

"Apa, Amy?" Soalnya perlahan. Hiruk pikuk keadaan sekeliling tidak menjejaskan perbualan mereka. Melihatkan ada sekumpulan staf mahu menggunakan meja itu pula, Sharon memberi cadangan agar mereka semua beredar terlebih dahulu bagi memberi peluang kepada orang lain untuk menggunakan meja itu. Kesemua setuju dan setelah membuat bayaran mereka bergerak melalui celahan lorong untuk keluar dari kawasan itu.

"Kenapa dengan Dr. Adrian? Dia marah siapa?" tanya Amy tanpa berputus asa mahukan jawapan.

"Entah. Aku tak pastilah sebab masa tu aku tengah buat kerja. Dia bercakap dengan Abang Zam tiba-tiba senyap. Tahu tahu berdentum bunyi pintu." cerita Suraya ketika mereka berhenti sebentar disebuah gerai menjual buah-buahan potong. Dia tidak berminat untuk turut sama membeli kerana seleranya mati apabila perkara itu diungkitkan kembali. Tak mampu ditolak kemarahan Dr. Adrian yang bertugas sebagai konsultan itu adalah disebabkan oleh dirinya. Tentu lelaki itu berang melihat seorang junior sepertinya mengendalikan report itu sedangkan staf yang lebih berpengalaman masih ada. Namun, isi hati itu ditelan sendirian. Biarlah dia seorang sahaja yang menanggung. Usai membeli, mereka kembali menapak ke pejabat. Tatkala tiba di lif lobi, pergerakan mereka terpecah dua. Amy dan Lisa mahu ke surau manakala dia dan Sharon terus ke tingkat enam. Namun singgah sebentar di restroom. Ketika sedang membetulkan shawl dikepala, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Alamak! I lupa save file tadi! I pergi dulu ye, Sharon!" Tuturnya sedikit cemas. Sharon yang baru keluar dari tandas terpinga. Tanpa membuang masa dia bergegas keluar. Bimbang kerana laptop yang digunakan itu tidak disambungkan dengan alat pengecas. Andai laptop itu kehabisan bateri sia-sia sahajalah usaha membuat laporan yang hampir siap itu. Bukan lagi laporan site milik Dr. Adrian tetapi laporan baharu yang diterima daripada Ken. Wajahnya lega ketika melihat pintu pejabat terbuka luas tanpa perlu dia berhenti untuk membukanya menggunakan access card yang tergantung di leher. Tatkala tiba betul-betul di depan muka pintu dia terpaksa berhenti secara tiba-tiba dan terpaksa melicik sedikit untuk mengelakkan tubuhnya daripada berlaga dengan seseorang yang muncul dilaluannya. Dia berpusing dan jika tidak kerana satu tangan telah memegang lengannya pasti dia telah terjatuh ketika itu juga. Dia tercungap. Lelah bercampur terkejut.

"Suraya, are you okay? Kenapa ni?"

Direnggut lengan yang dipegang kemas. Seperti baru tersedar, Dr. Adrian melepaskan dengan kadar segera.

"Sorry."

'Iye.. ye. Maaf diterima. Tapi..,'

"Dr. Adrian, that's not fair. Isn't it too soon to evaluated my performance? Lagi pun apa lagi yang boleh saya buat sepanjang duduk di ofis melainkan buat report seperti yang diarahkan?" luah Suraya sedikit geram sebelum beredar dengan pantas meninggalkan lelaki itu yang terkebil-kebil menapis setiap kata bicaranya. Dada sedikit berdebar. Marah. Kepada dirinya sendiri kerana berani melepaskan perasaannya itu kepada seseorang yang agak berjawatan. Namun apakan daya. Dia benar-benar terkilan kerana kemampuannya dinilai ketika baru sebulan setengah dia berada di syarikat sedangkan tempoh percubaan yang diberikan adalah selama enam bulan.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.